Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4.

Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid ketika berada di sebuah pasaraya terkemuka. Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun ketika menyambut harijadinya.

Berita itu benar benar mengejutkan semua peminat bola sepak tanah air yang kemudian tidak henti henti mendoakan kesembuhan pemain itu.

Ayam tambatan Selangor dan Harimau Malaya itu dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat bahagian yang melecur.

Ada juga yang menyatakan bahawa kecederaan tahap 4 amat serius dan turut melibatkan rawatan seperti memotong bahagian anggota badan yang terkesan.

Paling menakutkan mangsa melecur tahap 4 boleh kehilangan nyawa mereka.

Seterusnya wartawan Nadi Arena melaporkan bahawa Faisal Halim kini berisiko bersara awal daripada bola sepak kerana kecederaan yang dialaminya.

Peminat bola sepak Malaysia berharap Faisal Halim akan segera sembuh. Ramai juga mengecam tindakan orang yang membuat onar. Bukan senang untuk menghasilkan bakat seperti Faisal Halim. Dan kini kariernya cuba dihancurkan di negara sendiri.

Faisal Halim menjadi pemain penting untuk Harimau Malaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sentiasa memberikan aksi terbaiknya ketika di atas padang.\

Faisal Halim juga sudah beberapa kali menjadi ketua pasukan untuk skuad bimbingan Kim Pan Gon.

Semalam laporan menyebut bahawa seorang suspek sudah pun ditahan untuk siasatan.

Diharap keadilan untuk Faisal Halim dan tak lupa untuk Akhyar Rashid dapat ditegakkan.