Faisal Halim akhirnya muncul buat pertama kali di khalayak umum selepas keluar daripada hospital. Faisal muncul dalam sidang media khas di kompleks latihan FAS sebentar tadi.
Sebelum ini Faisal Halim dilanda musibah yang mengejutkan seluruh Malaysia apabila dia disimbah dengan asid.
Bercakap kepada media, Faisal Halim menegaskan bahawa dia memberanikan dirinya untuk muncul di khalayak ramai kerana dia berfikir sampai bila dia harus bersembunyi.
Faisal Halim! @ASTROARENA pic.twitter.com/Aj9PkGgywE
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 13, 2024
Atas semangat itulah Faisal Halim menegaskan bahawa dia mahu tampil bertemu dengan orang ramai buat pertama kalinya.
Progress pemulihan muka faisal halim. pic.twitter.com/VIY8tdi6jm
— Artortoise 🇲🇾🇵🇸 (@Artortoise_full) June 13, 2024
Faisal sangat sedih dan terkejut dengan apa yang menimpanya. Kerana apa yang berlaku turut membuatkan keluarganya kini dalam ketakutan.
Faisal Halim tidak dapat menerima apa yang berlaku kepadanya.
“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan.
“Saya lebih rela tak menerima gaji puluhan ribu dan balik ke kampung dan bekerja dengan gaji RM50, asalkan keluarga saya selamat,” tegas Faisal Halim.
Faisal turut menyatakan bahawa kata kata semangat dan sokongan daripada orang ramai membuatkan dia mahu bangkit semula.
Faisal menambah: “Saya dilahirkan untuk bermain bola sepak, dan saya memang mahu bermain semula di atas padang. Namun dengan keadaan saya sekarang, saya sendiri tidak pasti.
“Kaki memang menggigil dan hati meronta-ronta untuk bermain. Namun saya sekarang fokus kepada proses pemulihan dan rehabilitasi,” kata Faisal yang mengakui dia benar benar mahu bermain bola sepak terutama sekali ketika melihat rakan rakannya bermain untuk pasukan Selangor dan pasukan kebangsaan.
Selain itu Faisal Halim menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan menjejak pelaku yang membuat onar ke atasnya.
Di media sosial netizen tidak henti henti memberikan sokongan kepada Faisal Halim.