Faisal Halim: Terima Kasih TMJ Kerana Mengubah Bola Sepak Malaysia Bermula 2013

Faisal Halim ternyata tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan pujian dan penghargaan kepada TMJ di atas jasa beliau dalam membangunkan bola sepak Malaysia.

Harimau Malaya menang 2 daripada 2 perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam pusingan kelayakan Pialan Dunia 2026. Di mana kali ini Malaysia menang ke atas Taiwan dengan jaringan 1-0 di tempat lawan.

Jaringan tunggal Darren Lok membolehkan Malaysia menapau 3 mata berharga dari Taiwan. Selepas tamat perlawanan, Faisal Halim bercakap kepada Flash Sukan dan menegaskan bahawa TMJ adalah pemangkin kepada pembangunan bola sepak Malaysia. Sehingga meletakkan Malaysia di tahap yang ada pada hari ini.

Faisal Halim turut berbangga kerana dia menjadi pemain tumpuan yang kerap disebut sebut jurulatih Taiwan selain daripada Arif Aiman. Ditanya tentang faktor kebangkitan bola sepak Malaysia, Faisal Halim akui sebenarnya ada banyak aspek yang diambil kira.

Faisal berkata: “Alhamdulillah kita berjaya mendapat kemenangan kedua, seperti yang kita sasarkan 6 mata. Namun perjalanan masih lagi jauh. Kita masih perlu perbaiki beberapa kelemahan.”

“Cukup untuk tahun ini, dan fokus kita adalah Piala Asia pada Januari nanti.”

“Ada banyak aspek yang membawa kepada perubahan bola sepak Malaysia. Tetapi pasukan kebangsaan tak akan berada di tahap yang kita ada sekarang, kalau tidak kerana TMJ.”

“Kita perlu berterima kasih dengan Tunku Mahkota Johor, kalau tidak disebabkan beliau, [bermula] 10 tahun lepas [mulai] membuat perubahan, dalam macam macam aspek.”

“Dari segi fasiliti, standard liga kita. Dan dari situ ada perubahan. Dan kita perlu berterima kasih kepada TMJ kerana kalau tidak kerana beliau, sudah tentunya kita tidak berada di tahap kita sekarnag.”

“Tetapi apa yang penting, saya sebagai pemain kebangsaan, berharap akan ada lagi orang seperti TMJ yang dapat membantu kelab sendiri.”

“Dan sudah tentu apabila kelab bagus, pasukan kebangsan akan lebih bagus. Tunku Mahkota Johor orang yang memulakan membantu aspek pasukan kebangsaan.”

TMJ memulakan revolusi bola sepak di JDT bermula pada 2013. Dan kemudian menjadikan JDT kuasa bola sepak di Malaysia serta Asia Tenggara.

JDT ketika ini bergelar pasukan dengan 10 kejuaraan Liga Super berturut turut. Berjaya menempatkan diri di kalangan pasukan yang beraksi dalam Liga Juara Juara Asia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2015, JDT turut menjadi juara Piala AFC. Menjadi kelab Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang melakukannya. Angin perubahan di JDT memberikan kesan kepada bola sepak Malaysia secara keseluruhannya.

Kritikan TMJ seringkali menjadi perkara yang diambil berat oleh FAM. TMJ sentiasa meletakkan penanda aras tinggi untuk bola sepak di JDT yang untuk dicabar pasukan lain. Ini termasuk dari segi fasiliti dan pengurusan profesional selain daripada pencapaian.