Faizal Azumu: KBS Tak Boleh Terus Perjudikan Maruah Negara, SNBJ Akan Ditutup Lebih Awal

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan bahawa mereka akan menutup Stadium Nasional Bukit Jalil lebih awal daripada perancangan.

SNBJ mendapat kritikan daripada pelbagai pihak terumata sekali Perbadanan Stadium Malaysia dan KBS kerana keadaan padang yang teruk.

Ini ditambah peristiwa bukan bukan dilakukan staf penyelia padang sehingga menggunakan penyodok sampah serta getah paip untuk menanangani air bertakung ketika aksi antara Malaysia dan Bahrain.

Lantas KBS menegaskan bahawa, sesuatu harus dilakukan dengan segara.

Dalam kenyataan media rasminya menerusi Menteri Belia Dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu beliau menyatakan bahawa KBS tidak boleh mempertaruhkan maruah negara lagi.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajamya.

Isu kualiti padang serta fasilitinya adalah isu legasi yang harus ditangani secara pantas dan tuntas.

Perancangan awal KBS adalah menutup Stadium Nasional pada penghujung Mac 2023 untuk memulakan kerja-kerja baik pulih namun keadaan semasa memerlukan tindakan yang lebih segera.

Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan.

Dengan ini, KBS ingin memaklumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan.

– YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu Menteri Belia dan Sukan.”

Ini bermakna, aksi antarabangsa kali ini merupakan aksi terakhir sebelum SNBJ ditutup semula untuk kerja kerja baik pulih.

Isu saliran dan juga pengurusan padang seharusnya dipandang serius. Diharap isu ini akan dapat diselesaikan segera.