Radamel Falcao pernah mendedahkan bagaimana dia berdepan dengan seorang pertahanan yang paling sukar dalam hidupnya.
Falcao sudah bertemu dan berhadapan dnegan ramai pertahanan terbaik dunia dalam kariernya. Namun tidaklah sesukar ketika dia berdepan dengan Jose Maria Gimenez yang ketika itu melakukan debut untuk Uruguay.
Walaupun hanya aksi debut, namun Gimenez membuatkan penyerang yang sedang ranum, Radamel Falcao menjadi gila di atas padang.
Peristiwa itu berlaku dalam aksi Kelayakan Piala Dunia, pada 2013. Gimenez yang ketika itu berusia 18 tahun turun beraksi bersama dengan Diego Godin.
Bekas pemain Monaco, Atletico, Chelsea dan Man United itu menganggap hari itu sebagai salah satu hari paling sia sia untuknya di atas padang selepas mempersiapkan diri sepanjang minggu.
Ini kerana ketika berdepan dengan Gimenez dia telah diajak bermain teka teki dan kuiz pengetahuan am. Daripada soalan jenis kereta sehinggalah kepada Cuaca, dan juga soalan apa akan jadi kalau September tiada huruf P dalamnya.
Falcao tidak menyangka sama sekali akan berdepan dengan pertahanan yang menggunakan kaedah kuasa minda itu.
Bercakap kepada These Football Times, Falcao berkata: “Saya langsung tak boleh fokus, sebab Gimenez membuatkan saya jadi gila hari itu.”
“Dia datang kepada saya dan bertanya banyak soalan. Pertama, dia tanya saya, kereta jenama apa yang saya pandu? Ketika saya menjawabnya, dia sudah berlari ke depan untuk menyambut hantaran lintang rakannya.”
“Itu baru permulaan. Kemudian dia tanya saya, kenapa bendera Ecuador, Colombia dan juga Venezuela memiliki warna yang sama? Saya blurr, dan dia dah pergi.”
“Kemudian dia datang lagi, memberitahu saya bahawa itu adalah hari debutnya, dan dia sangat gembira. Dia mendedahkan kepada saya bahawa dia nak cacah tatu tarikh hari itu. Kemudian dia tanya saya, apa akan jadi kalau September dieja tanpa huruf P. Hasilnya, saya terlepas peluang untuk melompat bagi menyambut cross rakan saya. Dia benar benar membuatkan saya naik gila.”
Falcao kemudian keluar padang menamatkan tugasannya. Dan dia baru merasai bahawa hari itu dia tidak ditarik, atau dibentes secara kasar, atau disiku mahupun diherdik seperti mana dia biasa lalui sebelum ini.
Namun bagi Falcao, cara Gimenez itu tak ubah seperti memukau dia secara psikologi. Dan itu jelas sekali lebih sukar berbanding dengan bergasak secara fizikal.
Harus diakui ianya memerlukan Gimenez melakukan persiapan dan kajian sebelum bertemu Falcao. Dan dia memilih cara yang mengejutkan.
Hasilnya, Uruguay menang 2-0, Gimenez mendapat pujian kerana berjaya mengamankan Falcao yang biasanya digelar garang di atas padang dengan penyudahnya.
Player trait: likes to wind up the opposition pic.twitter.com/Zw1rLJCb64
— Out of Context Football Manager (@nocontextfm1) February 13, 2022
Radamel Falcao dianggap legenda bola sepak Colombia. Menikmati karier yang cemerlang bersama dengan AS Monaco, Atletico Madrid dan beberapa kelab lain lagi. Walaupun agak kurang menjadi bersama dengan dua kelab gergasi Inggeris iaitu Manchester United dan Chelsea.
Berikut adalah kejayaannya dalam kariernya setakat ini.
River Plate
Argentine Primera División: 2007–08 Clausura
Porto
Primeira Liga: 2010–11
Taça de Portugal: 2009–10, 2010–11
Supertaça Cândido de Oliveira: 2010, 2011
UEFA Europa League: 2010–11
Atlético Madrid
Copa del Rey: 2012–13
UEFA Europa League: 2011–12
UEFA Super Cup: 2012
Monaco
Ligue 1: 2016–17
Colombia U20
South American Youth Championship: 2005
Individual
South American Team of the Year: 2007
Portuguese Golden Ball: 2010–11
UEFA Europa League Top Scorer: 2010–11 (17 goals), 2011–12 (12 goals)
UEFA Europa League Final Man of the Match: 2011, 2012
UEFA Super Cup Man of the Match: 2012
FIFA FIFPro World11: 2012
Globe Best Footballer: 2012
UNFP Ligue 1 Player of the Month: August 2017
Coupe de la Ligue Top scorer: 2017–18 (3 goals)