Falcon 8X8, Kereta Kebal Bomba Terbesar Di Dunia, Dihasilkan Di Dubai

Kereta kebal bomba untuk melawan kebakaran seberat hampir 54 tan ini dibuat hampir sepenuhnya daripada gentian kaca yang mahal dihasilkan di Dubai.

Ini merupakan kereta bomba yang terbesar di dunia ketika ini. Kereta bomba tersebut telah dilancarkan dan diumumkan di Dubai, 21 Januari 2020.

Namanya adalah Falcon 8X8 yang kelihatan sangat ampuh.

Ia dihasilkan oleh NAFFCO (Agensi Pembuatan Kebakaran Kebangsaan FZCO).

Falcon 8×8 telah membuat kemunculan pertamanya di pameran keselamatan dan kebakaran yang terkenal di dunia, Dubai Intersec pada 21 Januari di Dubai World Trade Centre.

Model ini telah dihasilkan di Jebel Ali, Dubai.

Kereta perisai kebakaran ini adalah dikhaskan untuk berhadapan dengan kebakaran di lapangan terbang.

Falcon 8×8 adalah kereta kebal yang memiliki kabin. Ianya mampu untuk menyimpan lebih 18,000 liter air.

Selain itu, Falcon 8×8 juga dilengkapi dengan penyembur api DCP yang megandungi tepung ammonium phosphate – yang digunakan untuk menentang kebakaran yang berpunca daripada elektrik dan cecair mudah terbakar.

Ianya kini menjadi lori bomba yang terbesar di dunia. Dikuasakan dua enjin dengan 1,400 kuasa kuda.

Kelajuannya, boleh mencapai 88kmj dalam masa 25 saat sahaja.

Jurucakap NAFFCO, iaitu Al Khatib menyatakan ketika ini mereka memiliki 2,000 orang jurutera pelbagai kepakaran dan memiliki kilang seluas 6 juta kaki persegi, yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti.

Beliau berkata: “Kami telah menjadi pengeluar dan pengedar nombor satu di dunia untuk kelengkapan keselamatan. Kami menawarkan solusi pada kualiti tertinggi untuk melawan kebakaran.”

“Daripada sistem perlindungan kebakaran, sehinggalah loceng dan kenderaan kebakaran yang direka khas. Misalnya ambulan dan lori bomba.”

Baca yang lain