Falsafah Ancelotti: Saya Tak Perlu Rumitkan Taktikal Atau Ajar Benzema Cara Jaringkan Gol

Carlo Ancelotti dikenali dengan gaya pengurusan taktikal yang agak pragmatik.

Namun dia juga menggemari sistem binaan serangan dari bawah.

Ancelotti sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia sentiasa cuba untuk memudahkan taktikal di atas padang berbanding dengan merumitkannya.

Ancelotti berkata: “Saya tidak mencuba untuk merumitkan strategi permainan. Dalam bola sepak itu ada dua aspek iaitu bertahan dan menyerang.”

“Ketika bertahan ianya berkaitan organisasi.”

“Manakala ketika menyerang pula ianya berkaitan bakat dan kreativiti. Saya berpendapat bahawa saya boleh mengajar para pemain lebih dalam aspek bertahan.”

“Namun dalam serangan saya tidak mahu menghentikan bakat.”

“Saya tidak boleh memberitahu Benzema di mana dia harus berada dalam kotak penalti atau memberitahu Modric cara untuk menghantar bola.”

Carlo Ancelotti pernah menjawab sindiran daripada pengurus Barcelona ke atas corak permainan pasukan Real Madrid.

Carlo Ancelotti Jawab Sindiran Xavi: “Apa Dimaksudkan Dengan Bermain Bagus?”

Xavi ketika itu membandingkan situasi Barcelona yang kalah di tangan Frankfurt dengand kejayaan Real Madrid di Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea.

Kelab ibu negara Sepanyol itu memerlukan jaringan masa ekstra daripada Karim Benzema untuk memastikan diri mereka layak ke separuh akhir.

Pengurus Barcelona Xavi ternyata menyaksikan aksi Real Madrid dan Chelsea sebelum aksi Barcelona dan Frankfurt.

Dan dia memperlekehkan kemenangan Real Madrid secara agregat dalam dua perlawanan menentang Chelsea sebagai dicapai dengan corak permainan yang tidak bagus.

Di mana perkara tersebut tidak boleh berlaku di Barcelona. Kerana mereka akan dicemuh kerana menang sebegitu.

Xavi menegaskan bahawa di Barcelona, mereka ada tanggungjawab untuk sentiasa ‘bermain dengan bagus / cantik’ dan bukannya sekadar memenangi perlawanan semata mata, berbanding seteru mereka.

Ancelotti diminta mengulas komen Xavi tentang sindirannya ke atas pasukan seteru Barcelona yang menurut Xavi cuma memikirkan kemenangan tanpa perlu memikirkan soal main bagus atau tak.

Ancelotti berpendapat bahawa setiap orang mempunyai pendapat mereka sendiri tentang ‘bermain dengan bagus’ dan baginya, bermain bagus adalah mengenai bermain dengan baik ketika dengan bola ataupun ketika tanpa bola. Pengurus dari Itali itu berkata:

“Saya ingin menjawabnya dengan soalan – Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan bermain dengan bagus? Setiap orang mempunyai pendapat mereka sendiri tentang itu.”

“Bagi saya, bermain dengan bagus bermakna bermain dengan baik apabila anda mempunyai bola dan apabila anda tidak ada bola [off ball].”

“Anda boleh menjadi cemerlang dalam bertahan, tetapi itu tidak bermakna anda bermain dengan baik, kerana jika anda tidak melakukan apa-apa ketika memiliki bola, anda tidak melakukan apa yang anda perlu lakukan untuk menang jadi anda tidak bermain dengan bagus.”

“Dan sebaliknya, jika anda menyerang dengan baik dan bertahan dengan teruk, anda tidak bermain dengan bagus,” tegas Ancelotti yangh menyindir balik Barcelona yang melepaskan 3 bolos ke menetang Frankfurt dia Nou Camp dan hanya membalas 2 gol.

Pengurus berusia 62 tahun itu telah menyatakan bahawa bola sepak adalah mengenai ‘menyerang dan bertahan’. Dia juga memetik contoh Atletico Madrid bermain baik dalam bertahan menentang Manchester City.

Ancelotti menambah:

“Bola sepak adalah mengenai menyerang dan bertahan. Pasukan bermain dengan baik apabila mereka boleh menyerang dengan baik dan bertahan dengan baik – sama ada dengan tekanan rendah, sederhana atau tinggi. Itu bola sepak pada pandangan saya, dan tiada siapa yang akan mengubah apa yang saya fikirkan.”

“Saya akan berikan anda satu contoh, menentang City, Atlético bertahan dengan sangat baik, selepas itu anda boleh berhujah sama ada mereka boleh melakukan lebih baik lagi apabila mereka menguasai bola tetapi pertahanan mereka sangat baik.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.