Falsafah, Taktikal & Perjalanan Ralph Hasenhuttl Di Southampton

Ralph Hasenhuttl mengambil alih Southampton dari Mark Hughes pada pertengahan musim ketika kelab berada di zon penyingkiran.

Tugas menyelamat pasukan itu tersingkir dari Liga Perdana lebih penting berbanding membina skuad lebih baik pada masa depan.

Southampton bermula teruk dibawah pengurusan Hughes apabila pasukan ini hanya mampu menang sekali dari 14 perlawanan awal.

Akhirnya Hasenhuttl berjaya mengangkat pasukan ini menamatkan musim ditangga ke-16, 5 mata dari zon penyingkiran.

Perubahan tersebut mendapat respon baik dari penyokongnya dan mereka mula memasang harapan lebih tinggi pada musim seterusnya.

Bagaimanapun Southampton sekali lagi bermula hambar apabila hanya menang 2 kali dari 13 perlawanan awal.

Lebih memeritkan Southampton tewas besar (0-9) ketika bertemu Leicester City pada 25 Oktober 2019.

Amalan kebiasaan, kelab akan bermula dengan pengurus baharu jika situasi sebegitu berlaku namun Southampton terus memberi kepercayaan kepada pengurus Austria itu.

Ternyata ia keputusan itu tepat apabila Hasenhuttl sekali berjaya mengubah pasukan itu sepenuhnya.

Lebih manis dia membawa Southampton menamatkan kedudukan yang lebih baik dari musim sebelum dengan berada di pertengahan liga.

BAGAIMANA HASENHUTTL LAKUKANNYA?

Hasenhuttl juga diberi jolokan The Alpine Klopp, dia mempunyai banyak persamaan dengan pelatih Jerman itu yang cukup terkenal di pelusuk dunia.

Membina pasukan berteraskan heavy pressing, quick transitions, kerjasama pasukan yang kuat, tidak lelah berlari dan memecah kubu lawan untuk menjaringkan gol dalam tempoh 10 saat.

Pressing, hunting, hungry dan apabila mendapat bola buat keputusan dengan cepat, lakukan quick transition menyerang. Ia akan menjadi situasi yang cukup emosional, ghairah dan penuh semangat.”

“Tidak lupa kekalkan tempo pada tahap tinggi dan jangan melambatkan permainan. Itulah yang saya mahu orang lihat.”

Kaedah ini diterapkan oleh Hasenhuttl ketika mengurus Ingolstadt dan berjaya mengangkat kelab itu ke Bundesliga buat pertama kali dalam sejarahnya. Pencapaian itu menarik minat RB Leipzig, sebuah kelab baharu yang lebih bercita-cita tinggi.

Leipzig melantik Hasenhuttl dan mereka berjaya menamatkan Bundesliga di tangga ke-2 pada musim pertamanya walaupun hanya mempunyai saiz skuad yang kecil. Pada musim seterusnya mereka berada di tangga ke-6.

Dia akhirnya dilepaskan oleh Leipzig selepas kelab itu mengumumkan Julian Nagelsmann sebagai pengurus baru untuk musim 2019-2020.

Pada bulan Disember 2018 Hasenhuttl bersiap sedia menjejakan kakinya ke Liga Perdana Inggeris.

Hasenhuttl menyelamatkan Southampton dari tersingkir liga melalui sistem 3-5-2 yang mampat, para peminat teruja melihat apa yang akan dilakukan oleh pengurus ini pada pra musim 2019/20.

IA BERMULA DENGAN ‘BENCANA’

Hasenhuttl melakukan beberapa perubahan dalam skuadnya, dia berusaha untuk menjadikan pemain lebih fleksibel dalam taktikal.

“Kami mempunyai 4 shape (taktikal) berbeza.” kata Hasenhuttl pada pra musim

“Kami boleh bertukar dengan cepat. Pada musim lepas (2018/2019), kebiasaanya kami bermula dengan 4-2-2-2 dan bertukar menjadi 5-3-2. Asas setiap shape adalah sama.”

Pada musim ini Southampton bertukar kepada beberapa formasi yang berbeza, beberapa pemain perlu bermain diluar posisi kebiasaanya.

Ia menyukarkan pihak lawan mengenalpasti peranan pemain Southampton kerana sentiasa berubah dalam permainan.

Dalam salah satu temubual pertama Hasenhuttl di Southampton dia bercakap tentang ‘setiap lelaki harus tahu apa yang perlu dilakukan dan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan dirinya didalam padang’.

Pada permulaanya pemain seperti tidak tahu apa yang harus mereka lakukan dan tidak menonjolkan dirinya dia dalam padang.

“Saya rasa saya juga melakukan kesalahan pada masa itu.” kata Hasenhuttl

“Paling penting bagi seorang pengurus adalah melihatnya dengan jelas dan jujur.”

“Saya selalu bercakap tentang sikap jujur kepada diri sendiri, mengambil tanggungjawab dan mungkin memikirakn apa yang telah anda lakukan adalah salah.”

“Saya rasa kami telah menemui beberapa perkara yang harus kami ubah dan jika anda faham, bermakna anda boleh membuatkan pemain faham kerana mereka adalah sebahagian darinya.”

Sejak itu Hasenhuttl meringkaskan sedikit taktikalnya yang rumit, kembali kepada 4-2-2-2 yang digunakan di Leipzig.

Selepas hanya hanya merekod 2 kemenangan dari 13 perlawanan awal akhirnya Southampton meningkat melalui 7 kemenangan dari 12 perlawanan seterusnya.

Southampton juga berjaya menewaskan Chelsea, Tottenham Hotspur dan Leicester City.

PRESSING

Tumpuan utama Hasenhuttl adalah ketika pasukannya berada dalam situasi tanpa bola.

“Kami mahu menjadi pasukan yang jijik bagi pihak lawan. Permainan tidak bermula ketika kami memiliki bola. Permainan kami bermula apabila lawan mempunyai bola.” kata Hasenhuttl

“Saya selalu dibandingkan dengan Jurgen Klopp kerana kunci kerja saya berkerja merampas bola. Pep mempunyai permainan hebat merampas bola. Mereka mengurangkan penguasaan bola tetapi tiada siapa yang melihat dia mempunyai permainan hebat melawan bola.”

“Semua orang berusaha mengikut cara sendiri dan saya yakin dengan apa yang sedang kita lakukan.”

Southampton tidak hanya duduk dan menyerap tekanan. Mereka melakukan pressure di bahagian atas untuk memenangi bola dan memaksa pasukan lawan melakukan kesilapan.

“Ia saat kita boleh bergerak ke arah bola, memberi tekanan pada pemain lawan yang memiliki bola.”

“Sekiranya kita lakukan secara bersama-sama dan memilik jarak yang tepat diantara pemain, kita akan memiliki peluang besar memenangi bola di kawasan di mana kita mempunyai banyak pemain.”

“Itulah falsafah yang saya fokuskan.”

Playmaker terbaik adalah the ball winner. Statistik menunjukkan peluang mencipta gol lebih tinggi dalam masa 10 saat selepas memenangi bola.”

Setup permainan Southampton tidak asing kepada peminat yang sering melihat perlawanan Leipzig ketika dibawah kendalian Hasenhuttl. Southampton tidak melakukan tekanan terlalu tinggi di bahagian atas tetapi turun sedikit kebawah dengan bentuk 4-4-2.

Ia menyukarkan pihak lawan melakukan hantaran panjang bagi mengeksploitasikan ruang di belakang pertahanan. Garisan pertahanannya sudah cukup bersedia untuk melakukan perlindugan jika ia berlaku.

Pemain Southampton akan menghalang atau sitting off untuk mendorong pihak lawan melakukan hantaran ke belakang dan kembali ke hadapan. Mereka akan mengumpan pihak lawan untuk melakukan hantaran ke depan dan melihat peluang melakukan pintasan.

Jika mereka berjaya, Southampton akan melakukan quick transition menyerang dan cuba menggunakan tempoh 10 saat selepas memenangi bola tersebut.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari