FAM Cawangan Argentina Mahu Rehatkan Jersi No.10 Selamanya Selepas Messi Bersara

FA Argentina merancang untuk merehatkan dan mengosongkan jersi nombor 10 setalah Messi bersara daripada bola sepak antarabangsa suatu hari nanti.

Perkara itu disahkan sendiri oleh presiden AFA ataupun FAM Cawangan Argentina, Claudio Tapia.

Menurut mereka, itu adalah satu satunya cara yang mereka boleh buat sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Messi kepada bola sepak Argentina sepanjang kariernya yang gemilang.

Messi dianggap GOAT dalam bola sepak oleh ramai pihak. Setelah dia memiliki koleksi lengkap dalam kabinet trofi peribadinya di kelab atau peringkat kebangsaan.

Bukan itu sahaja Messi juga menjadi pemain paling banyak memenangi Ballon d’Or dengan lapan dalam koleksinya.

Presiden AFA, Claudio Tapia menyatakan selepas Messi tiada lagi pemain lain yang berhak untuk memakai jersi tersebut.

“Apabila Messi bersara daripada bola sepak antarabangsa kelak, kami tak akan membenarkan sesiapa lagi pemain lain memakai jersi no.10 selepas beliau,” tegas bekas pemain kebangsaan Argentina itu.

“Nombor 10 ini akan direhatkan untuk selamanya sebagai penghormatan kepadanya. Sekurang kurangnya ini yang dapat kami lakukan untuk membalas jasa beliau,” tambah Tapia lagi.

Messi berjaya membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar menerusi penentuan sepakan penalti menentang Perancis. Messi turut menjaringkan 2 gol dalam final itu.

Sehingga ke hari ini, pemain berusia 35 tahun itu sudah menjaringkan 186 gol daripada 180 kaps untuk La Abiceleste. Dia turut mengetuai Argentina menjuarai Copa America 2021.

Reaksi peminat

Kenyataan Tapia mahu merehatkan jersi no.10 itu benar benar mendapat tentangan daripada ramai peminat Argentina.

Menurut mereka no.10 adalah inspirasi kepada ramai generasi muda yang mahu menjadi Maradona atau Messi seterusnya.

Dave Holmes berkata: “Baju [no. 10] telah menjadi inspirasi kepada generasi baharu, dari  Maradona ke Messi, dan kepada pemain muda seterusnya yang akan muncul berimpian mereka boleh mengikut jejak langkah atau mengatasi hero mereka.”

“Ianya adalah sesuatu yang sangat memalukan untuk merampas peluang generasi akan datang daripada memakai no.10.”

Fiago berkata: “Ini benar benar tak masuk akal. Tidak merehatkan jersi ini ketika Maradona bersara, kenapa nak rehatkannya sekarang? Pilihan lebih baik adalah terus kekalkan jersi itu untuk menginspirasikan generasi berbakat Argentina yang seterusnya.”

Seorang lagi berkata, AFA jelas sekali tidak berfikir panjang. Untuk merehatkan no.10 dalam pasukan kebangsaan adalah perkara yang rumit. Kerana pertandingan FIFA biasanya menetapkan nombor wajib 1-23. Malah idea untuk merehatkan no.10 sebelum ini pernah cuba dilakukan AFA untuk Maradona. Namun mereka tidak dapat melakukannya kerana peraturan pertandingan FIFA.

Ianya akan memerlukan FIFA memberikan pelepasan khas untuk Argentina untuk merehatkan no.10 dan mereka dibenarkan menambah jersi 24 untuk pertandingan yang membenarkan 23 pemain didaftarkan.

Ada juga yang menyatakan idea ini mungkin tidak akan dipersetujui oleh Lionel Messi sendiri. Kerana dia seringkali mahukan pemain pemain generasi baharu menjadi pelapis yang boleh harap dalam membantu negara mereka di masa akan datang.

Jersi no.10 adalah simbol kepada bintang penting Argentina yang boleh menjadi titik kuasa kepada pasukan dan pemain pemain lain di sekitar mereka.

Selain itu, Diego Maradona sendiri merupakan inspirasi Lionel Messi untuk menjadi pemain bola sepak sama seperti kanak kanak Argentina lain. Maradona membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 1986 dan menjadi pemain terbaik temasya pada masa itu.

Selain itu ada beberapa nama lain yang ikonik dengan no.10 seperti Riquelme, Ariel Ortega dan Omar Sivori.

Jadi apa pula pandangan anda? Setuju dengan langkah yang dicadangkan AFA ini?