Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihatkan mana-mana pengadil tempatan yang masih berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia (Liga-M) supaya tampil membuat aduan rasmi kepada badan induk itu untuk tindakan susulan.
Isu tunggakan gaji dalam bola sepak Malaysia bukan satu perkara yang baharu.
Sebelum ini MFL sudah banyak kali mengeluarkan surat amaran dan denda – termasuk potong mata – kepada pasukan yang tak bayar gaji pemain.
Beberapa hari lalu, kecoh isu melibatkan syarat PFAM dalam isu pemotongan gaji. Di mana timbul isu berkaitan dengan beberapa pasukan yang masih tertunggak gajinya.
Dan hari ini, sebuah laman peminat di Facebook, Cerita Bola Sepak telah menyeru agar pihak bertanggungjawab melunaskan gaji pengadil yang tertunggak.
“Mohon FAM dan MFL melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap para pengadil yang terlibat.”
“Mereka masih menunggu bayaran elaun bayaran perlawanan pada tahun lepas dan juga tahun ini bagi kelayakan Piala FA.”
Laman tersebut juga berkongsi satu mesej langsung daripada pihak yang tidak didedahkan namanya berkata: “Salam mintak tolong pada tuan viral kan.”
“Pengadil kita banyak yg belum terima bayaran elaun game tahun lepas..seperti liga premier, challeng cup..tahun ni piala FA kelayakan.”
“Semua belum terima bayaran, yang tahun lepas sudah dekat setahun — janji nak bayar selepas liga bermula. [Tetapi] janji tinggal janji.”
“Dengan penyakit cov19 semua perlukan duit, mohon tuan viralkan.”
“Nama saya mintak di padamkan atau diembunyikan maklumat saya — terima kasih tuan.”
“MFL yang janji, sebab MFL yang buat bayaran.”
Status tersebut telah mendapat perhatian daripada ramai pihak.
Adakah perkara ini benar terjadi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak MFL dalam masa yang terdekat.
Tampil jumpa FAM
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, aduan tersebut perlu dikemukakan kepada Unit Pengadil atau Sekretariat FAM secara bertulis dan disertai maklumat tepat untuk memudahkan proses tindakan yang bakal diambil.
Menurut beliau, tanpa aduan rasmi FAM tidak akan mengetahui situasi sebenar yang dihadapi pengadil terjejas selain menyifatkan tindakan melaporkan kepada pihak media hanya merumitkan keadaan dalam mencari jalan penyelesaian.
“Berhubunglah dengan Unit Pengadil dan Sekretariat FAM secara rasmi melalui surat atau pun e-mel dengan penjelasan dan maklumat yang tepat untuk FAM mengambil langkah membantu.”
“FAM boleh bertindak jika pihak pengadil mengambil langkah mengikut proses yang telah ditentukan.
“Sekadar melaporkan kepada media memang susah untuk ambil apa-apa tindakan sebab kita tidak tahu dengan terperinci.”
“Adakah tidak dibayar tiga perlawanan, 10 perlawanan, melibatkan Liga M3, Piala FA atau mungkin dia tak hadir tapi nak tuntut, kita tidak tahu sebab tak ada maklumat,” katanya hari ini.
Sebelum ini, timbul dakwaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan pentadbir Liga-M mengabaikan pembayaran elaun pengadil yang bertugas bagi saingan Piala Malaysia dan Liga M3 musim 2019 serta aksi kelayakan Piala FA 2020 mengikut tarikh ditetapkan.
FAM turut terkena tempias kecaman sesetengah peminat bola sepak tanah air berhubung isu tersebut, namun Stuart menjelaskan tanggungjawab FAM adalah membuat pelantikan pengadil dan hanya menguruskan soal pembangunan pengadil.
“FAM menyediakan semua pelantikan pengadil untuk pertandingan dan MFL menguruskan bayaran kepada pengadil,” katanya.
Jadi diharap masalah ini akan dapat diselesaikan dengan secara.