Sinar Harian melaporka bahawa PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan kepada semua pegawai perlawanan yang bertugas dalam aksi di antara UiTM FC dan Kuala Lumpur City – pada aksi Liga Super minggu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram menyatakan pengadil membuat kesilapan dengan membenarkan gol Shukor Adan yang kontroversi. Di mana pemain tersebut menjaringkan bola dengan tangannya.
Dipetik dari sumber Sinar Harian, Sivasundaram berkata: “FAM melalui Jawatankuasa Penilaian Pengadil mendapati pengadil perlawanan gagal mengesan kesalahan memainkan bola dengan menggunakan tangan oleh Shukor dan seterusnya mengesahkan jaringan tersebut.”
Sivasundaram juga menyatakan mereka akan mengambil kira situasi ketika gol itu terhasil. Di mana pengadil tidak ada pandangan yang jelas dalam keadaan pergelutan di antara pemain.
“Suasana padat dalam kawasan penalti di samping dengan kehadiran penjaga gol Kuala Lumpur City FC, ditambah dengan kepantasan bola dan pada sekali imbas kelihatan seperti bola mengenai kepala pemain pertahanan UiTM FC menjadikan situasi ini agar sukar bagi seseorang pengadil melakukan keputusan.
FAM akan mengambil tindakan ke atas semua pegawai perlawanan yang bertugas pada aksi Liga Super membabitkan UiTM FC dan KL City FC berhubung insiden jaringan Shukor Adan yang menggunakan tangan. #sinarharianhttps://t.co/PcNnMqzgOY
— SinarOnline (@SinarOnline) May 10, 2021
“Persatuan melalui unit pengadil sentiasa tekankan aspek posisi pengadil yang melibatkan jarak dan sudut pandangan, jangkaan fasa permainan dan ‘dropping zone’ bagi bola aerial, fokus dalam perlawanan terutama minit-minit terakhir serta kerjasama antara kesemua pegawai perlawanan agar dapat memberikan keputusan yang sewajarnya akan tindakan-tindakan pemain dalam perlawanan.
“Ternyata dalam situasi ini kesemua pegawai perlawanan kurang menitik beratkan aspirasi yang telah digariskan dalam memberikan satu keputusan yang tepat.”
“Justeru, tindakan yang sewajarnya akan dikenakan kepada semua pegawai perlawanan yang bertugas pada perlawanan tersebut kerana kealpaan mereka dalam mengesan kesalahan memainkan bola dengan tangan sehingga mengubah keputusan perlawanan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Hand of Shukor yang kontroversi
Shukor Adan telah mengejutkan dunia bola sepak tanah air apabila dengan sempurnanya mengulangi semula gol gaya Diego Armando Maradona yang digelar ‘The Hand of God’ dan beliau melakukan Hand Of Shukor!
Diego Armando Maradona menjaringkan gol ikonik ‘Hand of god’ yang menyingkirkan England daripada saingan Piala Dunia 1986 dan menjadi antara gol kontroversi dalam dunia bola sepak.
Peter Shilton, Gary Lineker dan Glenn Hoddle adalah antara mereka yang gagal menyekat Maradona untuk menjadi inspirasi kemenangan 2-1 Argentina di suku akhir ke atas Three Lions.
Gol Maradona tersebut dianggap sebagai jaringan paling kontroversi dalam sejarah bola sepak apabila beliau menumbuk bola dengan tangganya untuk menewaskan Shilton.
"I don't believe it's cheating. I believe it's a craftiness."
— BBC Sport (@BBCSport) November 26, 2020
Pemain veteran yang berstatus legenda hidup di Malaysia telah menjaringkan gol menggunakan tangan itu dalam perlawanan menentang UiTM FC.
Jaringan Shukor Adan itu merupakan gol penyamaan penghujung perlawanan yang menafikan kemenangan pertama UiTM FC musim ini.
— -Hey HM- 🇲🇾 (@HanifMiswan17) May 8, 2021
UiTM FC mengalami kemerosotan prestasi yang sangat teruk musim ini dan terperosok ditangga terbawah liga dengan mengumpul satu mata sebelum turun menentang Kuala Lumpur City FC.
Seperti pasukan Liga Super yang lain, UiTM FC menggunakan jendela perpindahan pertengahan musim ini untuk mendapatkan pemain baru bagi menguatkan pasukan.
UiTM FC agak baik dalam perlawanan ini dan mampu bertahan dan mengekang Kuala Lumpur City FC tanpa bolos selepas permainan berbaki 10 minit sahaja lagi.
84' Gol | Pemain baharu UiTM FC, Kwon Yong-hyun memecah kebuntuan di Shah Alam!@uitmfclions 1-0 @KLCityFootball #LigaSuper2021 pic.twitter.com/mkIrGVK0IS
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 8, 2021
Pemain import baharu UiTM FC daripada Korea Selatan, Kwon Yong Hyun membuktikan kenapa beliau menjadi pilihan yang berbaloi untuk UiTM.
Pada minit ke-84 Kwon Yong Hyun telah menjaringkan gol pendahuluan melalui satu sepakan penalti yang gagal namun pantas disambar untuk gol pertama perlawanan.
Ketika tiga mata pertama dan kemenangan pertama UiTM FC bakal diraih dan hanya dipisahkan dengan masa beberapa saat dengan wisel penamat Kuala Lumpur City FC mendapat sepakan percuma.
90+4' Gol | Gol penyamaan KL City pada saat-saat terakhir!@uitmfclions 1-1 @KLCityFootball #LigaSuper2021 pic.twitter.com/f0ewvF7pZz
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 8, 2021
Paulo Jose membuat sepakan ke tengah kotak penalti UiTM dan tepat menemui Shukor Adan dan gol penyamaan telah terhasil dari pemain veteran itu.
Semuanya tampak normal sehingga ulang tayang dilihat apabila jelas tangan digunakan Shukor Adan untuk menolak masuk bola ke gawang.
Pemain pemain UiTM membantah gol itu. Namun Shukor meraikannya dengan gaya agak jahat.
Shukor Adan telah menjaringkan gol persis jaringan ikonik milik Diego Armando Maradona yang digelar ‘The Hand of God’ bergegar media sosial dengan jaringan itu.
KEPUTUSAN MASA PENUH LIGA SUPER – LS13#LigaSuper2021 pic.twitter.com/S17UcIKnqu
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 8, 2021
Pengadil telah mengesahkan jaringan Shukor Adan walaupun pemain UiTM membantah dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 sama dan tidak dapat diubah lagi.
UiTM memperoleh keputusan seri kedua musim ini dan mengutip mata kedua dan Kuala Lumpur City FC kekal ditangga keenam dengan 17 mata.