Sebelum ini terdapat persoalan sama ada TMJ akan dikenakan tindakap oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pemilik JDT itu melemparkan kritikan ke atas FAM.
Menurut TMJ, FAM merupakan melakukan banyak perkara yang tidak munasabah ketika persiapan Piala AFF 2020 yang lalu. Ini termasuk tidak telus dalam memberikan kenyataan kepada umum tentang sesuatu perkara. Ini termasuk tentang situasi kecederaan pemain dan isu keluarga melibatkan Sumareh.
Selain itu TMJ juga menganggap FAM sebagai lemah dalam perancangan serta penetapa sasaran. Menurut TMJ, FAM telah mengubah perancangan pada saat akhir untuk menggunakan pemain senior dalam aksi Piala AFF 2020. Sedangkan sebelum itu mereka mahu menggunakan pemain B-23. Ianya membuatkan ramai pemain senior sudah merancang cuti mereka.
Itu antara kritikan yang dilemparkan TMJ kepada FAM dalam sesi bual bicara menerusi siaran YouTube Astro Arena.
Oleh keran tindakan beliau itu, ada pihak merasakan TMJ kini berisiko berdepan dengan hukuman oleh FAM seperti mana ramai tokoh yang lain sebelum ini dikenakan tindakan kerana mengkritik FAM secara terbuka.
Dipetik dari BH Online, FAM menegaskan bahawa mereka tidak akan mengambil tindakan ke atas TMJ kerana kritikannya membina dan bernas.
Pengerusi Jatawankuasa Undang FAM iaitu Saaran Nadarajah menegakan bahawa TMJ bersuara atas kapasitinya sebagai mantan Presiden FAM, di mana pengalaman itu membuatkan pandangan TMJ adalah untuk memajukan bola sepak Malaysia.
#BHsukan FAM anggap kritikan pemilik JDT sebagai kritikan yang membina demi kebaikan pasukan kebangsaanhttps://t.co/ouZcg8X6Y7
— Berita Harian (@bharianmy) February 6, 2022
Sambil menegaskan bahawa FAM sentiasa terbuka menerima kritikan.
“Itulah sebabnya kami memintda artikel 88 dalam Statut FAM ke Artikel 82 pada tahun 2020 bagi memberi kelonggaran kepada mereka yang membuat kritikan membina untuk kebaikan dan kemajuan bola sepak kita,” kata Nadarajah.
Beliau menyatakan bahawa sehingga kini, artikel 61 dalam Kod Tatatertib FAM dan juga Artikel 82 dalam Statut FAM masih relevan dan masih lagi berfungsi dengan sebaiknya.
Beberapa tahun yang lalu, ramai individu dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM menggunakan Artikel 88. Namun kemudian artikel tersebut dipinda demi untuk membuka ruang kepada semua pihak untuk bersuara.
FAM pinda Artikel 88 yang benarkan pegawainya selain Presiden dan Setiausaha Agung untuk membuat kenyataan media
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 17, 2013
Dalam sidang media sebelum ini ketika sesi bersama media, FAM menerusi presidennya, Dato Hamidin Mohd Amin turut mengalu alukan semua pihak tampil menyuarakan pandangan mereka.
Hamidin memberikan jaminan bahawa pihaknya sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk datang berbincang dan menyuarakan pandangan mereka asalkan ianya demi untuk membangunkan bola sepak Malaysia.
BACA JUGA ARTIKEL: ‘FAM Tak Transparen Dan Tiada Hala Tuju, Pemilihan Pemain Dan Taktikal Tan Cheng Hoe Tidak Memuaskan’
Tengku Mahkota Johor ataupun TMJ menafikan bahawa beliau adalah tangan ghaib dalam panggilan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala AFF 2020. Sebaliknya kelemahan itu berlaku pada FAM sendiri yang lemah dalam perancangan dan tak telus.
Seterusnya, TMJ juga mempersoalkan pemilihan pemain oleh Tan Cheng Hoe yang ada unsur unsur pilih kasih dan favoritism. Bercakap dalam saluran YouTube Arena, TMJ menyatakan bahawa sebelum ini FAM sudah merancang untuk menghantar skuad B-23 untuk bermain Piala AFF 2020. Namun pada saat saat akhir menukar perancangan untuk menghantar pemain pemain senior.
Perubahan perancangan mengejut ini membuatkan ramai pemain senior sudah mengira mereka tak akan terlibat dalam pertandingan Piala AFF dan sudah merancang cuti bersama dengan keluarga mereka.
Bercakap tentang bahagian perhubungan media, TMJ membidas FAM sebagai tak telus dan tidak menjelaskan hal dengan lebih baik kepada peminat dan media.
Misalnya tentang situasi pemain seperti Matt Davies,Syamer Kutty Abba yang terpaksa diketepikan daripada panggilan skuad kebangsaan kerana kecederaan.
“Apabila FAM terlalu lama berdiam dan ada gap komunikasi antara FAM dengan media dan penyokong, ini yang berlaku, timbul macam macam spekulasi.”
Misalnya dalam isu Sumareh, TMJ pelik FAM tidak berterus terang situasi Sumareh. Pemain tersebut sudah bertahun tidak berjumpa dengan keluarganya. Tiba tiba keluar laporan bahawa pemain tersebut menolak untuk bermain untuk Malaysia.
Peminat sendiri menyaksikan dalam satu sidang media yang sama ketika itu, ada dua versi berbeza disampaikan FAM dan jawatankuasa bedah siasat mereka tentang situasi Sumareh. Satu kata Sumareh tak nak lapor diri. Dan satu lagi cakap Sumareh nak lapor diri tetapi minta lewat kerana nak balik ke kampung kerana ada masalah keluarga.
Menurut TMJ, berlaku konflik dan spekulasi liar melibatkan Sumareh kerana FAM tak telus dan tidak bagus dalam berhubung dengan media dan peminat.
Sedangkan Sumareh sudah berjumpa sendiri dengan Tan Cheng Hoe dan FAM untuk bertanya, boleh ke tidak dia minta pelepasan tugasan kebangsaan kerana perancangan untuk balik ke Gambia itu sudah lama dibuat kira kira satu tahun.
Dan tiba tiba dia menerima panggilan untuk AFF dia terpaksa minta jasa baik FAM, maka FAM dan coach lepaskan Sumareh. Namun tidak seorang pun dari FAM yang menjelaskan tentang perkara itu.
“Takkanlah sebelum ini dia bermain bersungguh sungguh untuk pasukan kebangsaan sampai nak patah kaki, dan hanya sekali sahaja dia minta untuk balik selepas setahun tak balik, kamu tak nak benarkan? Ini yang saya katakan, sikap kemanusiaan. Kalau pengurusan ada sikap kemanusiaan, pemain itu akan memberikan lebih komitmen lagi kepada pasukan.”
Seterusnya FAM tidak ada sasaran yang jelas pada setiap tahun. TMJ berkata:
“FAM kena ada target yang jelas pada setiap tahun. Harus ada target A, B dan C [misalnya].”
“Setahu saya perancangan awal Piala AFF adalah untuk hantar skuad B-23 kerana ada sasaran pertandingan yang lain. FAM mahu memberikan pendedahan kepada skuad B-23, jadi mereka yang harus bermain dalam Piala AFF. Apabila menuju ke akhir musim, awak tukar pula perancangan. Pemain dah kurang semangat [apabila dipanggil] kerana sudah merancang cuti dengan keluarga.”
Seterusnya, jurulatih tidak memainkan peranannya. Awak kena kawal situasi, kalau perancangan awal tak jelas, itulah akibatnya. Awak kena ambil kira semua faktor dalam setiap keputusan dan kegagalan. Bukannya lepas begitu sahaja.”
Media FAM tidak jujur dan telus dalam menyampaikan informasi kepada media lain dan peminat. Sehingga menimbulkan spekulasi.
“FAM dan Tan Cheng Hoe kena lebih jelas kepada media tentang call up. Matt Davies ada pembedahan hernia [kecederaan], kenapa tiada yang cakap dengan media. Corbin Ong ada kecederaan groin 4 sentimeter. Kemudian, Natxo Insa kena periksa kadar jantungnya kerana ianya merosot selepas aksi berdepan KL dalam final Piala Malaysia. Dan terpaksa di-scan di Barcelona.”
“Kemudian ada persepsi, TMJ tak nak lepaskan pemain [JDT]. Kalau saya tak nak lepaskan pemain, kenapa ada Arif Aiman dalam pasukan kebangsaan. Itu saya punya MVP. Jadi, pada pandangan saya, ada kegagalan dalam komunikasi antara FAM dengan media – tak telus.”
TMJ juga menyatakan bahawa tiada laporan tentang kecederaan groin pada Syamer Kutty Abba.
Kemudian, TMJ menganggap pemilihan pemain oleh Tan Cheng Hoe agak pelik dan ada unsur unsur pilih kasih. Di mana ada beberapa pemain seolah olah sudah menjadi nama wajib dalam senarai Tan Cheng Hoe walaupu kurang minit permainan. Misalnya Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid.
“Dan saya mempersoalkan Tan Cheng Hoe, kenapa ambil Akhyar Rashid dan Syafiq Ahmad yang kurang minit perlawanan. Tan Cheng Hoe berkata mereka adalah best player. Dan semua best player ada dalam JDT. Tetapi mana mana jurulatih dalam dunia akan mengambil pemain yang bermain secara regular. Saya mempersoalkan, dalam senarai panggilan, kenapa sampai 15 pemain JDT? Takkan budak budak ni nak cuti 6 hari je, lepas tu lapor diri untuk pra musim.”
“Oleh kerana demi pasukan kebangsaan, kita lepaskan mereka. Kerana itulah perhubungan yang kita ada dengan pasukan kebangsaan… bekerjasama.”
Selain itu dari segi taktikal, TMJ menganggap Tan Cheng Hoe suka menurunkan pemain di posisi lemah.
“Kemudian kamu ambil Baddrol Bakhtiar yang merupakan center midfielder ataupun center attacking midfielder, atau right attacking midfielder, tetapi kamu mainkan dia di center defensive midfielder. KENAPA?”
“Faisal Halim [Terengganu] yang 6 bulan main left wing. Bila masuk pasukan kebangsaan, dia main center midfielder. Macamana kamu nak expect pemain pemain ini mahu menyerlah?”
Ditanya tentang adakah TMJ adalah tangan ghaib yang dimaksudkan beberapa pihak? TMJ berkata: “Saya boleh tahan suka juga nama tangan ghaib itu. Dalam politik orang cakap saya tangan ghaib. Dalam bola sepak orang cakap saya tangan ghaib.”
TMJ kemudian meminta semua pihak imbas kembali ketika 15 pemain JDT dilepaskan untuk tugasan ke Jordan. TMJ menyatakan bahawa setiap kelab memainkan peranan mereka dalam usaha membantu pasukan kebangsaan termasuk JDT.
“Macamana fans yang lebih tahu daripada orang yang ada dalam FAM dan orang dalam industri bola sepak.”
Ditanya tentang dakwaan bahawa, sebelum memanggil pemain, FAM harus mempersembahkan nama pemain kepada TMJ dahulu.
TMJ berkata: “Semua kelab [akan dipersembahkan dengan senarai tersebut]. Nama nama tersebut akan dimaklumkan kepada semua kelab sebelum pemain ini dipanggil. Sebab maklumat itu melibatkan pemain kami. Kami yang membayar gaji mereka. Itu SOP biasa, bukannya hanya dipersembahkan kepada saya sahaja.”
“Jadi, bagi saya itu adalah cerita dongeng [menuduh saya sebagai tangan ghaib].”
Berkaitan dengan peranan jurulatih yang seharusnya bebas tanpa campur tangan luar. TMJ setuju dan menyarankan bahawa, pengurus pasukan Harimau Malaya seharusnya bukan dari kalangan ahli exco FAM.
“Kenapa perlu ada manager? Tak payah! Sepatutnya jurulatih itu sendiri jadi manager dan ketua jurulatih. Dan bagi dia kebebasan dari segi perancangan dan pemain mana dia nak. Ini akan berikan banyak ruang untuk dia terus membangunkan diri.”
Ditanya tentang kenyataan Bojan Hodak yang menegaskan kalau dia dilantik jadi coach kebangsaan, dia tak mahu ada campur tangan pihak luar. TMJ menjelaskan Bojan sendiri sudah mesej kepadanya menjelaskan bahawa kenyataannya sudah diputar belit. Kerana Bojan bukan menujukannya kepada TMJ.
“Isu tangan ghaib ni lebih kepada ada beberapa pihak nak lepas tangan. Nak selamatkan diri masing masing. Kegagalan perancangan, kegagalan jurulatih dan kegagalan untuk transparen dengan media dan penyokong – maka mereka ambil jalan mudah, nyatakan ada tangan ghaib. Maka sayalah kambing hitam. Sedangkan saya tak ada kena mengena dengan benda ini semua.”
“Bagi saya, jurulatih pun tak boleh lembut sangat, takkanlah sampai saya dengar ada pemain yang pergi ke white board – tunjuk taktikal. Benda itu tak berlaku dalam mana mana pasukan di dunia. Pemain pula yang tunjuk set pieces macamana. Kalau dah sampai macam itu, saya katakan itu salah Tan Cheng Hoe. Jadi semua kena bertanggungjawab dalam hal ini, lepas tu jadikan saya sasaran. Tak adil! Sekurang kurangnya saya berani berdepan.”
TMJ menegaskan bahawa dia tak bermusuh dengan mana mana pihak dalam FAM termasuk Tan Cheng Hoe. Namun apabila ada benda tak kena, TMJ akan berterus terang.
TMJ juga menyatakan bahawa tidak perlu takut menukar jurulatih. Namun paling penting perancangan, visi dan polisi haruslah jelas. Kalau tidak, ianya akan jadi benda sia sia. TMJ sendiri menyatakan beliau sudah menukar 9 jurulatih dalam JDT.
Sebelum ini TMJ mengambil tanggungjawab melantik dan memecat Nelo Vingada selepas merasakan bahawa pemilihan jurulatih itu tidak tepat dan melantik Tan Cheng Hoe.
“Semua orang akan buat silap. Tetapi kita kena ada sikap bertanggungjawab,” tambah TMJ lagi.
Rumusannya, apa yang dikatakan TMJ ini jauh lebih baik daripada bedah siasat yang dilakukan oleh jawatankuasa bebas dilantik FAM.