Sebentar tadi FAM mengumumkan bahawa pengadil Malaysia, Amirul, Nazmi & Yusri akan bertolak ke Qatar bagi mengendalikan perlawanan Liga Juara Juara Asia yang bertempat di sana.
FAM dalam kenyataannya berkata:
Pengadil dari Malaysia terus mendapat kepercayaan di pentas antarabangsa apabila dua Pengadil FIFA, Amirul Izwan Yaacob dan Muhammad Nazmi Nasaruddin serta Penolong Pengadil FIFA, Mohd Yusri Muhamad tersenarai dalam kalangan pegawai perlawanan yang bertugas sepanjang saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 bagi Zon Timur yang sedang berlangsung di Doha, Qatar sejak 19 November lalu.
Amirul, 34, bertindak sebagai Pengadil bagi perlawanan Kumpulan E, Melbourne Victory lwn Beijing Guon pada 27 November 2020 serta sebagai Pegawai Keempat bagi tiga lagi perlawanan iaitu Beijing Guon lwn FC Seoul pada 21 November, Ulsan Hyundai lwn Perth Glory pada 24 November dan aksi Pusingan 16, Yokohama Marinos lwn Suwon Samsung Bluewings pada 1 Disember 2020.
Nazmi, 30, pula menjadi Pengadil pada perlawanan Kumpulan F, Ulsan Hyundai lwn Perth Glory pada 24 November serta sebagai Pegawai Keempat pada dua lagi perlawanan iaitu Melbourne Victory lwn Beijing Guon pada 27 November dan Yokohama F. Marinos lwn Jeonbuk Hyundai Motor pada 1 Disember 2020.
Sementara Yusri, 41, menjadi Penolong Pengadil pada empat perlawanan iaitu Beijing Guon lwn FC Seoul pada 21 November, Ulsan Hyundai lwn Perth Glory pada 24 November, Melbourne Victory lwn Beijing Guon pada 27 November dan Yokohama Marinos lwn Suwon Samsung Bluewings pada 1 Disember 2020.
Mereka bertiga turut diberikan ‘tugasan tambahan’ mengendalikan perlawanan tunggal Kumpulan E, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Qatar lwn Bangladesh yang berlangsung di Doha, 4 Disember lalu yang mana Amirul bertindak sebagai Pengadil, Yusri sebagai Penolong Pengadil manakala Nazmi selaku Pegawai Keempat pada perlawanan tersebut.
Saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 bagi Zon Timur kini memasuki peringkat suku akhir yang menyaksikan Ulsan Hyundai telah diundi bertemu Beijing Guon manakala Vissel Kobe bakal berdepan Suwon Samsung Bluewings, esok (10 Disember 2020) dengan kedua-dua aksi berlangsung di Stadium Al Janoub, Doha.
Rata rata respon peminat adalah bercampur baur. Di mana ada yang mengucapkan tahniah. Namun ramai juga yang mempersoalkan, kenapa sebelum ini JDT dilarang untuk terbang ke Doha untuk saingan yang sama?
Ramai peminat meminta Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberikan komen kepada perkara itu.
Mana mana warganegara Malaysia dilarang ke luar negara. Sekarang aku baru balik dari Doha, transit di Tokyo, Jepun. aku & 3 pengadil ni macam mana boleh terlepas dan dapat kebenaran JIM. Taknak jawab ke @IsmailSabri60 @MKNJPM ??
— 🗼 (@sydmafndi) December 9, 2020
Ada yang meminta Ismail Sabri menjelaskan beza SOP melibatkan pengadil dengan pasukan yang membawa nama negara.
@IsmailSabri60 sila jawab apa perbezaan SOP pengadil berbanding sebuah pasukan yang mewakili negaraku MALAYSIA tapi tidak diberi kebenaran ke luar negara ?? Esok lusa mohon jangan tuduh rakyat buat fitnah lagi ya ??
— Bangsa Negaraku (@Witch_was_Bitch) December 9, 2020
Ada juga menyindir kemungkinan mereka dihantar dengan teknologi.
Aku rasa pengadil kat Malaysia je tapi ada technology yang boleh buat mereka ada kat Qatar🤔 Tak caye tanye pak long kau
— azman 🇲🇾 (@azmanazzraii) December 9, 2020
Ini kerana sebelum ini Ismail Sabri pernah menjelaskan alasan kenapa bola sepak dilarang dan acara hiburan diteruskan.
Seperti semua sedia maklum, liga Malaysia tak akan dapat diteruskan pada musim ini.
Kerajaan masih kekal dengan keputusan untuk menangguhkan kempen Piala Malaysia 2020 sebagai langkah pencegahan penularan pandemik, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata walaupun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), selaku badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M), telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar saingan itu diteruskan, keputusan itu kekal bagi mengelak risiko penularan wabak itu dalam kalangan pemain dan pegawai pasukan.
Beliau, bagaimanapun, berkata sekiranya penularan wabak itu dapat dikawal sebaiknya dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang, saingan bola sepak itu mungkin boleh diteruskan.
Peminat keliru
Sebenarnya ia bukan masalah pun. Cuma peminat bola sepak mulai mempertikaikan kenapa acara hiburan dibenarkan dan bola sepak tak dibenarkan?
Sedangkan para pemain bola sepak dan jurulatih sentiasa menjalani ujian swab yang ketat.
Kebal betul konsert Gegar Vaganza, langsung tidak diusik MKN, KKM.
Liga Malaysia, Piala Malaysia ditunda dua tiga kali, sampai ada suruh batal.
Industri hiburan terus dibela: Ada drama, filem baru.
Malangnya, kerajaan tidak sudi membela industri sukan bolasepaknya sendiri.
— Dandelion Biru (@newdandbiru) November 10, 2020
Apa pula relevannya membenarkan beberapa acara hiburan terus dilangsungkan sedangkan dalam beberapa siri acara hiburan kelas tidak mengikut SOP penjarakan sosial.
Seterusnya semalam kerajaan melarang JDT ke Doha untuk meneruskan saingan ACL.
Ianya mendapat reaksi pelbagai pihak. JDT akur dengan larangan itu.
Kecewa dgn keputusan MKN tidak membenarkan JDT utk menghabiskan baki saingan peringkat kumpulan AFC Champions League di Doha.
Begitu juga dgn berakhirnya kempen Piala Malaysia.
— Nizar Irman Nordin (@ninordin) November 11, 2020
Itu adalah pandangan peminat bola sepak yang buntu.
Menteri jawab
Perkara itu dijawab sendiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau ditanya berhubung perkara itu berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP) umum ketika ini, sebarang aktiviti berkumpulan tidak dibenarkan.
[Berita] Keputusan tangguh Piala Malaysia 2020 kekal – @IsmailSabri60 https://t.co/LL4iDT5JBF https://t.co/iFjxFSsODK
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 11, 2020
Menurut Ismail Sabri, permainan bola sepak akan mengumpulkan ramai pemain di atas padang dan mungkin berlaku kontak rapat secara fizikal.
Oleh sebab itu acara itu tak dibenarkan.
Ismail Sabri berkata:
“Bola tak boleh main seorang, akan ada 22 pemain di padang, tidak seperti badminton single jadi kita tidak boleh benarkan walaupun selepas PKP.”
“Jika PKP tamat hari ini tidak bermakna esok rakyat boleh bergerak bebas seperti sebelumnya kerana ada SOP yang perlu dipatuhi dan ia sedang disiapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).”
Acara hiburan menggunakan kepandaian komputer
Ditanya tentang pandangan sesetengah pihak yang mempertikai kenapa acara hiburan dibenarkan. Beliau berkata dia dimaklumkan oleh Menteri KKKM bahawa apa yang berlaku di atas pentas adalah helah kamera.
Itu yang membuatkan para penari nampak ramai dan berada rapat rapat.
“Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri KKMM (Komunikasi), kadang-kadang kita nampak di atas ‘stage’ yang ramai-ramai tersebut.”
Lebih menarik menteri turut menjelaskan para penonton dikelirukan oleh kepandaian teknologi yang menyatukan imej dengan teknologi dalam alam siber teknologi terkini.
“Sbenarnya yang menari dalam masa yang berbeza-beza di tempat berbeza tetapi dari segi teknologi moden, gambar itu disatukan seolah-olah nampak pertarian itu bersama. Itu yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri KKMM.”
“Itu dari segi SOP lebih mudah kerana tiada penonton, semua yang terlibat pakai ‘face shield’ atau ‘mask’ tetapi tidak mungkin pelitup muka dipakai oleh pemain bola sebagai contoh. Itu satu.
“Di atas padang dia tidak bermain setakat jumlah pemain itu sahaja yang berada di padang tetapi krew dia, petugas teknikal yang lain, semua, ramai yang berada bersama mereka, mereka balik dalam satu bas yang sama.
“Pergi dalam satu bas yang sama, mengadakan latihan dan didalam bilik persalinan juga. Agak sukar untuk mengawal SOP dalam bilik persalinan kerana tidak ada sesiapa dalam bilik persalinan untuk mengawal pergerakan dan segalanya.”
“Jadi, kesan kita fikir agak besar pada kesihatan dan tanggungjawab kerajaan untuk jaga kesihatan rakyat. Maka, sekali lagi mesyuarat membuat keputusan untuk tidak membenarkan pertandingan ini [Piala Malaysia] diteruskan dan ditangguhkan.”
Hah? Penari menari di waktu dan tempat yang berbeza beza dan di cantum kan??? Amboi canggih betul. Bila masa nya #GegarVaganza ke #VokalMania ada buat macam tu @saifuddinabd @IsmailSabri60 oiii. HAHAHAHAHA! pic.twitter.com/RalRrbZFxR
— KZ📸🇲🇾 (@teknosual) November 11, 2020
Larangan kepada JDT atas alasan keselamatan
Pada awal November lalu, Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) disahkan tidak menyertai saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Zon Timur di Doha, Qatar susulan keputusan kerajaan yang masih kekal menutup pintu sempadan negara.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan dasar itu yang tidak membenarkan rakyat ke luar negara serta kemasukan warga asing ketika ini turut meliputi pasukan bola sepak.
“Pertama sekali kami tidak benarkan atas alasan ia adalah kerana tertakluk kepada dasar sempadan negara ditutup iaitu rakyat kita tidak dibenarkan ke luar negara.
“Jadi dalam kes bola sepak, kami juga tidak benarkan untuk menjamin keselamatan pemain-pemain kalau mereka ke luar negara kerana kami tidak tahu bagaimana SOP ditetapkan di sesebuah negara,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Liga Juara-Juara AFC 2020 Zon Timur dijadual berlangsung dari 18 Nov hingga 13 Dis, dengan JDT yang merupakan juara Liga Super 2020 dijangka meneruskan kempennya dalam saingan Kumpulan G.
Skuad bimbingan Benjamin Mora itu akan menentang kelab China, Guangzhou Evergrande pada 19 Nov; Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan (25 Nov); pasukan Jepun Vissel Kobe (1 Dis); sebelum menamatkan perlawanan pusingan awal, sekali lagi menentang Guangzhou Evergrande pada 4 Dis.
Semua perlawanan itu akan berlangsung di Doha, Qatar.
JDT berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan G dengan mengutip tiga mata selepas dua perlawanan (satu menang dan satu kalah).
Vissel Kobe kekal di kedudukan teratas dengan enam mata daripada dua perlawanan.
Perkara itu mendapat respon daripada JDT. Di mana mereka akur dengan larangan tersebut atas pertimbangan tentang faktor keselamata.
JDT menerusi Alistair Edwards dalam kenyataannya berkata:
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa kami tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar untuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2020 (ACL).
Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia dan juga Piala Malaysia, kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik.
Keselamatan setiap orang — termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha — adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021.”
Apapun selamat maju jaya kepada pengadil kita yang terpilih dan syabas.
Sumber: BERNAMA / JST