Fans Man United Rancang Protes Glazer Semasa Pelancaran Jersi Selasa

Penyokong Manchester United benar benar menyampah dengan Glazer. Beberapa musim lalu mereka pernah ‘menawan’ padang Old Trafford ketika aksi menentang musuh tradisi Liverpool.

Banyak lagi protes anti Glazer dibuat sejak pemilikan firma dari Amerika Syarikat itu.

Kini satu lagi protes dirancang oleh peminat Man United yang mendesak Glazer segera menjual kelab mereka kepada Sheikh Jassim.

Beberapa minggu lalu, Sheikh Jassim mendedahkan pihaknya masih bersemangat mahu memiliki Man United. Namun bidaan terakhir mereka tiada jawapan.

Sheikh Jassim akui keliru dan sudah berminggu menunggu jawapan dari Glazer.

Antara kumpulan penyokong terlibat adalah The 1958 yang akan berkumpul di hadapan kedai rasmi kelab di Old Trafford pada Selasa.

Mereka mahu menyuarakan kemarahan kepada Glazer.

Tindakan Glazer yang melengah lengahkan penjualan kelab itu dikhuatiri akan memberikan impak besar kepada pasukan yang akan kembali bersaing di UCL musim ini.

Dengan Erik Ten Hag tidak mendapat sokongan dari segi dana yang sebaiknya untuk mendapatkan pemain dia suka.

Seterusnya, peminat juga risau Ten Hag menjadi mangsa kepada isu masa depan pemilik yang tak menentu, dan sukar untuk membuat keputusan akhir.

Peminat mulai membandingkan urusan perpindahan di United dengan jiran mereka Manchester City.

Di media sosial telah dilancarkan tanda pagar #GlazerOut.

Mereka juga menulis #BoycottAdidas sebagai tanda protes agar peminat tidak membeli jersi terbaru Man United itu yang akan memberikan sebahagian pulangan kepada kelab dan dirembat oleh Glazer.

Tidak kurang juga meletakkan tanda pagar #FullSaleOnly. Kerana peminat mahu Glazer terus berambus dan tidak perlu ada lagi dalam kelab itu walaupun hanya untuk peranan kecil.

Peminat Man United menganggap Glazer adalah parasit dalam kelab itu.

Sheikh Jassim menjadi individu pilihan penyokong di Man United kerana dia berjanji akan melabur pada kelab dan akademi. Selain itu Sheikh Jassim mahu pemilikan penuh dan mengeluarkan nama Glazer sepenuhnya daripada senarai pemegang saham.

Berbanding Sir Jim Ratcliffe, dia sedia mengekalkan sebahagian kecil pegangan saham oleh Glazer dalam Man United.