Fantasi dan Realiti di Sebalik Pesona ‘President of the United State’

President of the United State (POTUS) menjadi idaman ramai ahli politik Amerika Syarikat. Kuasa dan prestij yang datang dalam pakej apabila menyandang jawatan itu memberi pesona yang membuai fantasi dan imaginasi ahli-ahli politik Amerika Syarikat.

Antara individu menyatakan hasrat menggunung bagi merebut jawatan itu pada pilihan raya adalah Naib Presiden Amerika Syarikat daripada parti Republikan pada pilihan raya 2008, Sarah Palin. Jutawan hartanah Amerika Syarikat, Donald Trumph.

Seperti mana Palin, Trumph juga memilih bertanding di bawah tiket parti Republikan. Untuk pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 2012.

Sarah Palin dan Donald Trumph

Apa lagi yang diinginkan oleh hartawan kaya-raya seperti Trumph yang memiliki rangkaian pusat peranginan dan kasino terkemuka Amerika Syarikat ini?

The Donald’ menyatakan negaranya tidak lagi menjadi negara pengeluar barangan. Jadi, Trumph mengimpikan dirinya melakukan perubahan ekonomi.

Menagapa Trumph mahu bersusah payah memeningkan kepalanya memperbaiki ekonomi negara, sedang beliau boleh bergoyang kaki menikmati kekayaan yang dimilikinya?

Menjadi Presiden Amerika Syarikat bukan perkara yang mudah. Individu yang mahu menjadi POTUS perlu memahami risiko dan tanggungjawab yang akan digalas, baik kepada rakyat jelata, negara, dunia dan kumpulan-kumpulan yang membiayainya menuju ke Oval Office.

Kemasyuran dan prestij POTUS sebagai manusia terkuat di Amerika Syarikat dan dunia adalah fantasi yang diimpikan oleh ahli politik Amerika Syarikat. Tetapi realitinya, kuasa berada di tangan orang ataupun kumpulan yang melantik POTUS.

Kebebasan membuat pilihan dalam amalan demokrasi dikatakan tidak wujud. Orang yang akan yang akan memenangi piliha raya presiden didakwa sudah dipilih oleh kumpulan-kumpulan yang berpengaruh, perahsia dan penuh agenda.

Sekiranya begitu keadaannya, fantasi sebagai POTUS tidak lebih dari sekadar pengalaman-pengalaman mimpi indah. Realitinya, kuasa sebenar berada di tangan orang lain yang tidak begitu berminat dengan fantasi menjadi penghuni White House

Para presiden datang dan pergi, bersilih ganti, tetapi tidak mereka yang memiliki kuasa sebenar disebalik tabir.

Tidak dinafikan kebolehan dan kepimpinan para Presiden Amerika Syarikat. Ada diantara mereka yang berkebolehan dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Barangkali, baik para presiden mahupun mereka yang bersembunyi di sebalik pintu Oval Office, kedua-duanya saling memerlukan.

Menyedari hakikat ini, mungkin ada sesuatu yang kita dapat pelajari. Rancangan rapi dan tersusun, selain kesepakatan antara kedua-duanya membolehkan mereka menguasai pentas politik antarabangsa.

Orang awam juga mempunyai fantasi mereka sendiri kepada POTUS. Masyarakat dunia menyambut dengan gembira perlantikan Presiden Barrack Obama sebagai POTUS ke-44.

Obama dilihat calon yang jauh lebih baik daripada mantan presiden, GeorgeW.Bush yang secara terang mengakui beliau adalah Presiden Perang’.

Beberapa bekas ‘President of the United State’ (POTUS)

Presiden Bush dianggap oleh masyarakat dunia sebagai ancaman besar kepada keamanan dunia, melebihi musuhnya Presiden Saddam Hussein.

Matthias Chang menegaskan di dalam bukunya Future Fast Foward, kerajaan bayangan Zionis Anglo-Amerika yang mengawal politik Amerika Syarikat memerlukan individu yang cukup kejam seperti Bush bagi mencetuskan perang.

Walaupun John Kerry adalah veteran dan hero perang yang disanjungi, dan pernah berjanji ‘mengajar’ Iraq dalam kempen pilihan raya presiden pada 2004, namun beliau bukan individu kejam.

Kerry pernah menyertai tunjuk perasaan anti-perang selepas pulang dari medan perang di Vietnam. ‘Kerajaan banyangan’ tidak dapat mengambil risiko dengan melantik seorang Commander-in-Chief yang mempunyai rekod anti-perang.

Presiden Obama memenuhi fantasi para pencinta keamanan sejagat dengan menjanjikan hubungan yang lebih baik dengan negara-negara yang pernah dijadikan musuh Amerika Syarikat pada pentadbiran sebelumnya.

Presiden Obama selepas itu menjadi Commander-in-Chief angkatan tentera Amerika Syarikat, tetapi beliau bukannya seorang veteran perang ataupun bekas tentera.

Bahkan Obama dilihat tidak mungkin akan lebih kejam berbanding presiden Bush. Jadi, apa pula yang sedang difikir dan diatur oleh ‘kerajaan bayangan’ di sebalik tabir White House?

Adakah kerana ini juga, Presiden Obama bertindak di luar fantasi para penyokongnya dengan melancarkan perang ke atas Libya pada Mac 2011? Apa pula yang berlegar-legar dalam fikiran presiden Obama?

Realitinya, dasar-dasar luar yang unilateral tanpa menimbang pandangan negara-negara lain yang hanya akan memberi impak buruk kepada pentadbiran White House.

Amerika Syarikat akan terus dikaitkan dengan tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan kumpulan-kumpulan berkempetingan yang mahukan sesuatu daripada dasar-dasar luarnya.

Paling jelas, Amerika sentiasa dilihat cuba menjaga kepentingan Israel melalui keputusan-keputusan yanh dibuatnya dalam isu melibatkan negara-negara Arab.

Sebenarnya, hubungan istimewa Amerika-Israel tidak pernah wujud, kecuali beberapa dekad selepas penubuhan negara haram Zionis itu. Sebelum perang dunia ke-2, para pemimpin Amerika Syarikat meluahkan sokongan retorik kepada penubuhan negara Yahudi di Palestin.

Presiden Harry Truman pada masa itu turut memaminkan peranan menyokong UN Partition Plan 1947 yang mewujudkan Israel dan kemudianya, mengiktirafkan Israel pada Mei 1948.

Tetapi presiden Dwight Eisenhower sedar hubungan Amerika Syarikat dan negara-negara Arab akan menjadi lebih keruh. Hal ini membuka ruang kepada Soviet Union melebarkan pengaruhnya ke Timur Tengah.

Pada era itu juga hubungan Amerika dan Israel pernah panas kerana beberapa isu yang melibatkan program perluasan wilayah Israel yang tidak disenangi oleh Washington.

Walaupun begitu, hubungan Amerika-Israel mula baik sekitar lewat 1950-an. Hubungan kedua-dua negara sebetulnya mula menjadi istimewa pada era Presiden John F.Kennedy.

Kennedy menunjukkan komitmennya yang jelas kepada aspek keselamatan dan ketenteraan Israel. Hal ini mudah difahami kerana Kennedy dilihat memerlukan sokongan pengundi dan pembiaya kewangan Yahudi untuk tujuan politiknya.

John F.Kennedy

Hal ini jelas banyak mempengaruhi banyak keputusan yang diambil Kennedy semasa pentadbirannya.

Bermula dari era itu, Amerika Syarikat menjadi sayang kepada Israel. Dasar-dasar luarnya kepada negara seperti Iran, Libya dan Iraq misalnya mula dibentuk dalam acuan tidak mesra seperti yang dikehendaki Israel.

Amerika mula dibenci masyarakat dunia kerana sikap pilih bulu ini.

Dasar-dasar luar Bush daripada Republikan yang keras dan unilateral kepada negara-negara tertentu ada ditegur oleh presiden sebelumnya, Bill Clinton. Clinton menulis di dalam buku autobiografinya, My Life.

Saya fikir hubungan baik pada peringkat antarabangsa yang kita bentuk selepas Perang Dingin akan menjadi tegang dengan pendekatan unilateral yang diamalkan Republikan.

Namun Presiden Bush mempunyai fantasi yang berbeza. Bush menyakini perang yang dicetuskannya di Iraq adalah suatu tindakan yang betul bagi mewujudkan demokrasi di tanah asing. Bush menulis di dalam bukunya, Decision Points.

Sejak bermulanya perang di Iraq, kepercayaan saya adalah kebebasan itu bersifat universal. Demokrasi di Timur Tengah akan menjadikan wilayah itu lebih aman. Ada masanya kelihatan seperti sebaliknya. Tetapi saya tidak pernah hilang kepercayaan, ia adalah betul.

Sekiranya menjadi POTUS adalah sesuatu yang diinginkan oleh individu-individu tertentu di Amerika Syarikat, maka individu itu pasti perlu memahami hakikat sebenar terlebih dahulu.

Hakikat di mana presiden itu tidak terlepas daripada tugasan-tugasan memenuhi kehendak dan arahan daripada pihak-pihak yang membawanya ke White House. Sukar membayangkan Presiden Amerika Syarikat mampu memenangi pilihan raya presiden tanpa bantuan dan sokongan pihak-pihak tertentu seperti lobi Zionis.

Zionis tidak mahu apa-apa pun selain dominasi peringkat antarabangsa dan jaminan keselamatan ke atas Israel. 2 perkara ini adalah amanah Zionis Anglo-Amerika yang perlu digalas oleh POTUS.

Pada penghujung tahun 2010, majalah Foreign Policy mengeluarkan senarai 100 pemikir terbaik dunia. Antara personaliti yang tersenarai adalah bekas presiden Clinton dan isterinya, Hillary Rodham Clinton.

Mereka berdua menerima pengiktirafan atas peranan penting yang dimainkan pada peringkat antarabangsa bagi mewujudkan dunia yang lebih baik kehidupannya.

Ini menjadi bukti seseorang itu tidak perlu menjadi presiden bagi bertindak sebagai presiden. Ini ada kemungkinan kerana padangan Clinton tidak lagi ‘berhutang’ dengan mana-mana pihak.

Baca yang lain