Fantasy Premier League: Medan Korang Menguji Kehandalan Sebagai Pengurus

Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal membuka tirainya pada 12 September 2020 dimulai dengan perlawanan diantara Fulham, pasukan yang baru dinaikan pangkat ke divisyen utama menentang juara Piala FA, Arsenal.

Bukan hanya kehangatan perlawanan pembukaan EPL yang dirasai oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Pengurus Fantasy Premier League (FPL) turut merasa kehangatannya.

Apa Itu FPL?

FPL adalah permainan di mana peminat EPL berpeluang menjadi pengurus dan mengumpulkan pemain membentuk satu pasukan impian. Setiap minggu, pasukan akan memperoleh mata berdasarkan prestasi sebenar pemain atau sumbangan mereka di padang.

Bina Pasukan Fantasi

Bermula dengan modal £100juta, pengurus perlu memilih 15 pemain yang merangkumi 11 pemain utama dan 4 pemain simpanan. Satu skuad terdiri daripada 2 penjaga gol, 5 pemain pertahanan, 5 pemain tengah dan 3 pemain penyerang. Hanya tiga pemain boleh dipilih dari  satu kelab yang sama.

Musim ini boleh dikatakan harga seakan mengikut inflasi yang berlaku dalam pasaran bola sepak sebenar. Agak sukar mengumpulkan pemain yang berstatus premium. Namun disini kita dapat lihat kebijaksanaan pengurus menguruskan kewangan serta taktikal untuk mengutip mata tertinggi setiap minggu.

Pengurus mesti memilih kesebelasan utama permulaan sebelum setiap tarikh akhir Gameweek (GW). Terdapat pelbagai formasi yang boleh dipilih selagi barisan pemain merangkumi minimum 1 penjaga gol, 3 pertahanan, 3 pemain tengah dan 1 penyerang.

Tempoh terakhir untuk memuktamadkan senarai pemain adalah 90 minit sebelum waktu permulaan perlawanan pertama setiap GW. Musim sebelumnya, waktu terakhir untuk memuktamadkan pasukan adalah 60 minit.

Kiraan Mata

Mata diberikan kepada pemain yang melakukan sumbangan seperti gol, assist, saves (penjaga gol) dan clean sheet.

Pemain juga boleh mendapat mata bonus tambahan jika mereka berada di antara yang berprestasi terbaik dalam Bonus Point System (BPS) dalam satu-satu perlawanan.

Mata pasukan untuk GW akan ditentukan oleh kesebelasan utama mereka. Namun jika pemain utama tidak beraksi, mata yang dikutip oleh pemain simpanan akan dikira mengikut turutan.

Oleh itu, pengurus harus meletakkan pengganti mengikut urutan pilihan, untuk memastikan pemain simpanan pilihan pertama mereka berada di barisan pertama.

Pengurus mesti memilih captain dan vice captain setiap GW. Mata captain digandakan, tetapi jika captain yang dipilih tidak bermain, mata vice captain digandakan.

Perpindahan Pemain

Pengurus diberi satu transfer percuma untuk setiap GW. Namun transfer hanya boleh dilakukan selagi tidak melebihi bajet. Sekiranya pengurus ingin melakukan transfer tambahan dalam GW, mereka akan ditolak 4 mata untuk setiap transaksi.

Jika pengurus tidak menggunakan free transfer mereka, mereka boleh membawanya dan mempunyai dua transfer untuk GW seterusnya. Namun, mereka tidak dapat mengumpulkan lebih dari dua free transfer.

Chips

Setiap pengurus akan diberi 5 cip sepanjang musim. Cip ini adalah token yang mempunyainkelebihan tersendiri dan boleh digunakan untuk menaikkan mata GW anda.

Berikut adalah senarai cip serta penggunaannya:
Wildcard – Merombak sepenuhnya pasukan anda tanpa kehilangan mata (dua kali semusim)
Triple Captain – Dapatkan tiga kali ganda jumlah mata anda untuk kapten anda.
Bench Boost – Semua mata pemain akan dikira termasuk simpanan.
Free Hit – Tetapkan semula pasukan anda selama satu minggu sebelum ia kembali kepada asal.

Liga FPL

Bagi memeriahkan lagi saingan FPL, pengurus boleh membuat liga mereka sendiri. Terdapat 2 jenis liga yang boleh dibina iaitu classic dan head-to-head.

Untuk classic, jumlah mata menentukan ranking manakala bagi liga head-to-head, di mana pengurus bertarung setiap GW, memperoleh tiga mata untuk menang dan satu untuk seri.

Ada yang setup liga untuk bermain bersama sahabat handai. Ada juga page/persatuan yang menyediakan hadiah bagi pemenang liga. Pandai-pandai la selak facebook tuan-tuan.

Rumusan

Inilah masa untuk menguji kecekapan dalam menguruskan pasukan anda baik dari segi taktikal, kewangan mahupun kemahiran menganalisis data. Paling kurang pon, setiap pagi Isnin boleh diisi dengan perbualan mengenai FPL bersama rakan sekerja. Tak gitu?

Sudahkan anda menyiapkan dream team anda? Tunggu apa lagi tuan-tuan. Deadline GW1 sudah hampir. 12 September 2020 jam 6.00 petang waktu tempatan.

Baca yang lain