Pemain skuad kebangsaan pasukan Singapura, Faris Ramli, menjadi tumpuan ramai dalam aksi separuh akhir Piala AFF 2020. Ianya selepas kegagalannya menyempurnajan sepakan penalti serta ejekan daripada Asnawni Mangkualam yang secara sinis mengucapkan terima kasih kepadanya.
Ketika itu Faris Ramli sedang memegang kepalanya kehampaan dan tiba tiba Asnawi meluru kepadanya sambil mengejeknya.
Faris berpeluang meletakkan Singapura 3-2 di hadapan menuju ke wisel penamat. Namun gagal, dan akhirnya Indonesia menang dengan 4-2, mara secara agregat 5-3.
Faris Ramli akhirnya bersuara tentang apa yang berlaku ketika itu. Dia mengaku tidak tahu apa yang dikatakan oleh Asnawi pada ketika itu kerana kepalanya bercelaru.
“Ia adalah perasaan yang paling teruk pernah saya alami. Satu-satunya fikiran yang terlintas di fikiran saya ialah: ‘Bagaimana saya boleh gagal melakukannya?'”
Bercakap tentang reaksi Asnawi, Faris berkata: “Saya tidak menyedari kapten Indonesia bercakap dengan saya. Saya mendengar suaranya tetapi tidak dapat menangkap apa yang dia katakan. Saya berterima kasih kepada Shahdan [Sulaiman] dan beberapa pemain kami yang berdiri di sebelah saya,” tambahnya lagi.
Faris menjelaskan bahawa, dia bukanlah pemain yang memang dilantik untuk mengambil penalti. Kerana keputusan untuk mengambil penalti itu adalah naluri semata-mata.
Namun, keputusan tersebut diakuinya menghantuinya hingga ke hari ini.
“Saya tahu pasukan memerlukan seseorang. Ketika itu. naluri saya membuatkan saya tampil untuk mengambil bola dan melakukan penalti. Saya akan berbohong jika saya berkata saya tidak memikirkan saat itu. Ianya terus berulang di kepala saya,” katanya. berkata.
Walaupun ramai menganggap insiden itu kelakar dan satu jenaka, namun Shin Tae Yong jelas sekali tidak gembira dengan tindakan pemain bintangnya Asnawi Mangkualam yang menganjing lawannya ketika Faris Ramli kecewa selepas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti.
Menurut Shin Tae Yong, pemain tersebut tidak seharusnya meraikan kegagalan penalti lawan dengan cara tersebut. Ada banyak lagi cara lain untuk melakukannya. Tetapi bukannya pergi ke arah lawan sambil memegang mereka dan mengejek depan depan.
Indonesian captain mocks S'pore's Faris Ramli for missing penalty in AFF Suzuki Cup semi-finals https://t.co/lvhSuWMGiK pic.twitter.com/J9XN09Su26
— Mothership.sg (@MothershipSG) December 25, 2021
Shin berkata: “Saya tidak nampak ia berlaku di stadium. Namun, saya terkejut melihat tayangan semula. Saya marah kepada Asnawi selepas makan tengah hari dan berkata, ‘Jika perkara seperti berlaku lagi semasa saya menjadi jurulatih, jangan harap kamu boleh masuk pasukan kebangsaan Indonesia lagi,'” kata Shin Tae-yong menurut laporan daripada media Korea Selatan, The JoongAng.
Shin Tae Yong tidak menerima perkara seperti itu dalam pasukannya walaupu jurulatih lain mungkin akan tutup mata.
“Semua pemain di atas padang adalah rakan sekerja. Hatinya [Faris Ramli] pasti hancur kerana gagal melaksanakan penalti itu. Asnawi telah berjanji tidak akan melakukannya lagi,” kata Shin Tae-yong lagi.
#News | 🇮🇩 After the match against Singapore, Shin Tae Yong was angry with Asnawi Mangkualam for his provoking gesture towards Singapore player, Faris Ramli.
🗣 "If it happens again while I'm coaching, don't even think about joining the national team,
Source : JoongAng pic.twitter.com/CEUE5NQlI5
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 27, 2021
Pasukan kebangsaan Indonesia akan bertemu Thailand pada perlawanan akhir Piala AFF 2020. Perlawanan itu akan berlangsung dalam dua aksi. Final pertama Rabu 29 Disember 2021 dan final kedua pada 1 Januari 2022.
Indonesia dianggap antara kuasa besar dalam Asia Tenggara, namun malangnya mereka masih belum pernah menjuarai Piala AFF Suzuki yang dahulunya digelar Piala Tiger.
Indonesia menjadi pasukan paling banyak menjadi naib juara dengan sebanyak 5 kali. 3 daripada kekalahan itu adalah di tangan Thailand.
Ini adalah peluang terbaik Indonesia untuk menamatkan penantian panjang mereka untuk bergelar jaguh sebenar Asia Tenggara.
Aksi di antara kedua dua pasukan pastinya menarik kerana kedua dua pasukan berada dalam prestasi terbaik dengan skuad yang hebat.
Informasi Lengkap Jelang Final Piala AFF 2020, Timnas Indonesia Vs Thailand: Saatnya Garuda Terbang Tinggi! https://t.co/FmQ65lUcu4
— BOLA.COM (@bolacomID) December 29, 2021