Fasha Sandha Kongsi Cerita Kemuliaan Hati Abam Yang Menyentuh Hati

Hari ini, peminat seni tanah air berduka cita dengan kehilangan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey.

Abam memang salah seorang insan yang sangat disenangi peminat dan juga rakan artisnya.

Ikuti perkongsian daripada Fasha Sandha ini:

Fasha Sandha: Abam insan mulia

Fasha Sandha hari ini  berkongsi perbualan terakhir di Whatsapp bersama arwah.

Fasha Sandha nyata sangat terkesan dengan berita pemergian arwah. Dan terkenang kembali detik di mana Abam sanggup memenuhi permintaannya untuk makan mee rebus.

Menerusi IG beliau, Fasha berkongsi:

Allahuakbar..Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee, lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar

Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Fasha Sandha berkongsi perbualan terakhir beliau dengan Abam menerusi WhatsApp:

Fasha Sandha bertanyakan kepada Abam di mana dia boleh dapat mee rebus yang dijual Abam kerana dia mengidam.

Abam menyatakan, dia sudah tak jual mee rebus tersebut ketika itu.

Fasha kemudian, menyatakan dia mengidam nakkan mee rebus tersebut.

Abam tanpa berlengah menawarkan diri untuk masak khas untuk Fasha Sandha.

Rata-rata warganet terkesan dengan perkongsian oleh pelakon bintang tersebut.

Hari ini, peminat seni tanah air berduka cita dengan kehilangan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey.

Perginya Abam

Pelakon dan pelawak tersohor tanah air, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey, 32 tahun telah dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi Isnin 10 Februari 2019 di kediamannya di Gombak, Selangor

Hal ini telah disah kan oleh rakan pelawaknya Fad dan Achey serta adiknya sendiri Ali Putih. Isterinya Nor Hidayah memberitahu perkara itu disedarinya awal pagi tadi ketika mahu mengejutkan Allahyarham untuk bangun menunaikan solat subuh.

Menurut isterinya, Allahyarham Abam sebelum ini memang ada mengadu dia kurang sihat kepada isterinya sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi beliau tidak mahu jika diajak ke Hospital.”

“menurutnya beliau hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” kongsinya kepada Astro Gempak.

Pemergian Abam itu turut di kongsi oleh beberapa rakan pelawak yang lain. Industri seni lawak hari ni berduka dengan berita pemergian beliau.

https://www.instagram.com/p/B8XkbqLFfPQ/?igshid=146810t3ll650

Mark Adam turut memuat naik status memberi penghormatan terakhir kepada Arwah.

Fad yang kini berada jauh di Jepun sekadar mampu membuat naik status sebagai penghormatan terakhir beliau untuk Arwah.

Achey ketika membuat pengumuman tentang berita duka ini tidak mampu menahan kesedihan beliau dan menangis dalam Live Ig nya.

Berita sedih ini sememangnya mengejutkan semua peminat. Ramai yang berkongsi rasa tidak percaya tentang apa yang berlaku. Abam antara pelawak yang paling disayangi di Malaysia.

Terima kasih Abam kerana pernah menghiburkan kami semua ketika anda berlawak. Abam juga adalah seorang anak yang sangat baik. Semua orang tahu bagaimana beliau sayang dan prihatin terhadap ibunya.

Tetapi ajal maut semua ditangan Allah dan Takdir kita sudah tertulis, takziah kepada keluarga Arwah.

Abam berusia 32 tahun, Abam meninggalkan seorang Balu ,Nor Hidayah yang telah dikahwini sejak tahun 2017.

Beliau juga meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini baru berusia lima bulan.

Baca yang lain