Permainan video tembak menembak yang dinanti-nantikan di India iaitu Fearless and Unified Guards, FAU-G, dilancarkan di India sempena Hari Republik ke-72 negara itu.
Permainan berbilang pemain (multiplayer) dalam talian yang dikembangkan oleh permainan nCore adalah bertemakan kehidupan tentera India yang berkhidmat di sempadan.
Tidak lama selepas permainan PUBG Mobile dan PUBG Mobile Lite dilarang di India, dengan alasan ancaman terhadap ‘kedaulatan dan integriti India, permainan FAU-G diumumkan oleh pelakon terkemuka Akshay Kumar – yang turut mendapat sokongan daripada kerajaan India.
Face the enemy. Fight for your country. Protect Our Flag. India’s most anticipated action game, Fearless and United Guards: FAU-G takes you to the frontlines and beyond! Start your mission today.
Download now: https://t.co/8cuWhoq2JJ#HappyRepublicDay #FAUG @BharatKeVeer pic.twitter.com/uH72H9W7TI— Akshay Kumar (@akshaykumar) January 26, 2021
Sejajar dengan visi PM Narendra Modi mengenai “Atmanirbhar Bharat”, Akshay Kumar mengumumkan pelancaran permainan aksi multiple player, FAU-G.
Pelakon berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa selain daripada berhibur, para pemain “juga akan belajar mengenai pengorbanan tentera kita”.
Selain itu, 20% dari pendapatan bersihnya yang disumbangkan ke yayasan ‘Bharat Ke Veer’ – yang memberi penghormatan dan sokongan kepada hati negara yang berani.
“Menyokong perjuangan PM Narendra Modi, dengan bangganya saya mempersembahkan permainan aksi, Fearless And United-Guards FAU-G.”
“Selaim hiburan, pemain juga akan belajar mengenai pengorbanan tentera kita. 20% dari pendapatan bersih yang dihasilkan akan disumbangkan kepada @ BharatKeVeerTrust #FAUG.”
Bercakap mengenai permainan baru, pelakon itu berkata: “Bagi anak muda di India, permainan video telah menjadi bentuk hiburan yang penting.”
“Dengan FAU-G, saya berharap ketika mereka bermain permainan ini, mereka akan belajar tentang pengorbanan tentera kita dan juga memberi sumbangan kepada keluarga para perajurit yang berkorban.”
“Dan dengan ini, kita masing-masing memiliki kemampuan untuk mendukung visi PM Modi mengenai Atma Nirbhar.”
Menurut pembangun permainan ini, FAU-G adalah berdasarkan senario sebenar yang dihadapi oleh Pasukan Keselamatan India untuk menangani ancaman dalam dan luar negara.
Supporting PM @narendramodi’s AtmaNirbhar movement, proud to present an action game,Fearless And United-Guards FAU-G. Besides entertainment, players will also learn about the sacrifices of our soldiers. 20% of the net revenue generated will be donated to @BharatKeVeer Trust #FAUG pic.twitter.com/Q1HLFB5hPt
— Akshay Kumar (@akshaykumar) September 4, 2020
Pengasas dan Pengerusi penerbit permainan, Vishal Gondal, berkata: “Adalah suatu kebanggaan untuk menyahut seruan PM Modi dan mempersembahkan kepada dunia permainan bertaraf dunia.”
“Permainan ini tidak hanya akan membantu para pemain dalam suasana maya melawan kekuatan kejahatan; tetapi juga memberi sumbangan positif untuk pembangunan negara dengan menyokong para wira kita. ”
India sebelum ini sudah melancarkan boikot kepada banyak produk daripada China termasuk aplikasi digital dari negara tersebut. Ia mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat India.
FAU-G terima banyak kritikan
Oleh kerana ia bukan permainan Battle Royale, FAU-G ternyata bukan alternatif untuk PUBG Mobile. Episod pertama permainan ini berpusat di Lembah Galwan di Ladakh.
Sejak dilancarkan, ramai netizen di India memberikan komen mereka. Dan lebih banyak yang menghentam berbanding memuji. Mungkin kerana meletakkan harapan yang agak tinggi membuatkan mereka rasa agak kecewa.
Expectations Reality#FAUG pic.twitter.com/8mOO6yYVLw
— Aayush Salman Trends ™ (@ibeingaayushh) January 26, 2021
Before Start After Start pic.twitter.com/k0AP3e0M2e
— Chinta.Mukt (@Chintamukt_) January 26, 2021
Ada juga beberapa bugs yang berlaku dalam permainan ini yang agak kelakar. Misalnya, pemain boleh melangkau untuk bertumbuk dengan hanya bergerak maju ke hadapan tanpa menyerang musuh.
Turns out you can skip fights in #FAUG by just moving forward 😂 pic.twitter.com/py6gL1uZoI
— Shimon Das (@shimonips) January 26, 2021
Tak kurang juga yang menyatakan mereka lega kerana tak memuat turun permainan tersebut selepas mendengar banyak keluhan daripada mereka yang mencubanya.
After seeing all reviews of #FAUG
Me:- ( who didn't installed game & saved 460mb data ) pic.twitter.com/fhFU0MfsNq
— VrooFamily (@vroofamily) January 26, 2021
Me after exhausting my whole internet data for downloading #FAUG game : pic.twitter.com/rwKzAh4Jd5
— Mr. Stark (@Mr_Stark_) January 26, 2021
Ramai juga yang mengeluh dan menganggap FAU G tidak dapat menggantikan PUBG sama sekali dan meminta kerajaan membenarkan semula permainan PUBG.
#FAUG expectations vs reality 😂 pic.twitter.com/X4hKfWLQaw
— Mr_Turk tweets (@mTrk53813435) January 26, 2021
Larangan kepada PUBG
Beberapa bulan lalu, kerajaan India mengenakan larangan kepada PUBG dan PUBG Lite kerana mendedahkan rakyat mereka kepada risiko privasi dicabuli.
PUBG juga merupakan produk dari China. Krisis diplomatik di antara kedua dua negara telah membuatkan India memboikot sebahagian besar produk dari China.
PUBG yang kehilangan berjuta juta pemain di India kemudian mengumumkan bahawa mereka diuruskan oleh pentadbiran khas untuk versi di India.
Jadi, kesemua pangkalan data untuk pemain PUBG di India diuruskan di India. Namun kerajaan tetap berkeras dengan keputusan mereka.
Walaubagaimanapun, PUBG baru baru ini mengumumkan bahawa PUBG untuk India sahaja akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Namun India Today melaporkan bahawa larangan untuk PUBG Mobile mungkin akan kekal, menyekat kemasukan permainan battle royale yang menjadi permainan paling diminati di India itu.
Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat (MeitY) memberitahu syarikat, termasuk PUBG Corporation, mengenai larangan kekal awal minggu ini.
Dan sekarang sepertinya tidak mungkin larangan kekal ini dibatalkan di India, sehingga menyulitkan PUBG Mobile untuk kembali dalam bentuk yang disensor.
Menurut laporan oleh IGN India, permainan battle royale itu mungkin tidak akan kembali. Pemerintah “tidak ada rencana untuk membebaskan” versi mudah alih Playerunknown’s Battlegrounds.
“Pihak berkuasa tidak bodoh, bahkan jika tugas penerbitannya telah berubah tangan, pengembangan permainan ini masih berpusat di China,” kata sumber itu seperti dikutip dalam laporan itu.
Namun pihak PUBG dilaporkan tetap optimis mereka akan dapat meyakinkan kerajaan India. Mereka menunggu masa yang sesuai untuk berunding. Kerana buat masa ini kerajaan India kurang berminat untuk membincangkannya.
Pendirian pemerintah terhadap PUBG Mobile tidak begitu jelas dan terdapat banyak kekeliruan di pihak syarikat juga. Walaupun dengan perubahan yang tidak menentu, Krafton terus mengambil peranan penting di India. Bulan lalu, Krarfton melantik Aneesh Arvind sebagai pengurus negara untuk PUBG Mobile India yang sebelum ini bekerja dengan Tencent, yang merupakan syarikat China.
Bukan hanya Arvind, ada beberapa orang lain yang sebelum ini bekerja di Tencent India yang telah dilantik bekerja dengan Krafton untuk PUBG Mobile India.