FCWC: Liverpool Juara Dunia!

Liverpool turun dalam aksi final Piala Dunia Kelab 2019 berhadapan dengan pasukan Flamengo.

Liverpool mara ke final selepas menewaskan Monterrey. Sementara itu Flamengo pula mara ke final selepas menewaskan Al Hilal di separuh akhir yang beraksi lebih awal.

Liverpool terus mendapat peluang awal menerusi Bobby Firmino namun dilambungkannya bola itu. Aduh, terus rasa nak memaki.

Naby Keita pun mendapat peluang yang sama. Namun juga dilambungkannya juga gagal menyempurnakan gol dalam situasi satu lawan satu.

Kedua dua pasukan kemudian agak seimbang. Flamengo kemudian melancarkan beberapa ancaman bahaya sekitar mini ke-27 sehingga minit ke-35.

Liverpool berhadapan dengan kesukaran yang teramat sangat ketika melakukan transisi. Segalanya serba tak menjadi.

Separuh masa pertama berakhir dengan tanpa faedah untuk penyokong Liverpool saksikan.

Ramai yang mengambil masa menghabiskan ayam tandoori di kedai mamak dengan aksi tanpa shot on target daripada pasukan Liverpool.

Pada separuh masa kedua Liverpool terus bergelut dengan serangan Flamengo.

Alisson melakukan beberapa save untuk menafikan percubaan gol pasukan lawan.

Flamengo terus mengancam Liverpool dengan rentak yang lebih baik.

Liverpool cuma mendapat sedikit rentak pada 10 minit terakhir. Mohamed Salah menyaksikan gol beliau dibatalkan kerana ofsaid pada separuh masa kedua

Pada masa kecederaan, Sadio Mane hampir memberikan Liverpool penalti namun VAR membatalkannya dan tiada foul diberikan.

Tamat separuh masa kedua perlawanan berakhir dengan Liverpool dan Flamengo terikat dengan 0-0.

Pada masa tambahan Firmino akhirnya meletakkan Liverpool di hadapan. Ianya berpunca daripada hantaran Henderson yang gagal dikeluarkan pemain lawan.

Mane melakukan kawalan bola dan melorongkan bola kepada Roberto Firmino

Firmino sempat melakukan aksi yang mengundang amarah kalau tak gol. Tetapi akibat dia gol kita pun gembira dengan gol secantik itu.

Firmino mencatat 2 gol secara back to back.

Masuk pada separuh masa kedua masa tambahan. Liverpool cuba memberikan keseimbangan pada pertahanan.

Flamengo kelihatan keletihan dan sukar untuk melancarkan serangan.

Liverpool kemudian mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti namun sepakan percuma Trent Alexander-Arnold berjaya dihadang penjaga gol.

Pada masa kecederaan Flamengo memiliki peluang keemasan dan ke

Tamat perlawanan Liverpool dinobat sebagai Juara Dunia untuk kelab.

Kejayaan yang menyaksikan Piala antarabangsa ketiga milik Liverpool tahun 2019 selepas UCL dan Piala Super Eropah.

Tahniah kepada Liverpool, staf, pemain, Coach, dan korang semua Fans Liverpool yang dihormati dan disayangi.

Baca yang lain