Fedal: Kisah Perseteruan Terbesar Arena Tenis – Dari Lawan Kepada Kawan

Dalam mana mana suka pasti ada kisah perseteruan yang hebat. Messi vs Cristiano Ronaldo, Zidane vs Ronaldinho antara contoh di arena bola sepak, kemudiannya ada perseteruan Rossi vs Marquez di arena MotoGP dan di arena tenis ada perseteruan di antara Roger Federer vs Rafael Nadal.

Roger Federer

Roger Federer lahir di Binningen, Switzerland, 8 Ogos 1981. Federer adalah pemegang rekod untuk gelaran Grand Slam terbanyak dalam perseorangan lelaki dalam sejarah dengan 19 gelaran.

Ramai pengulas, penganalisis, pemain tenis aktif, dan bekas pemain tenis menganggapnya sebagai pemain tenis terbaik sepanjang zaman / GOAT.

Federer mula bermain tenis pada usia 6. Pada usia 14 tahun, dia menjadi juara junior Switzerland. Pada tahun 1998, tahun terakhirnya dalam tenis junior, dia memenangi kejohanan junior di Wimbledon.

Pada bulan Julai tahun yang sama, dia menyertai jemputan Tennis Professionals Association (ATP). Dua tahun kemudian di Sukan Olimpik Sydney 2000, dia berjaya ke separuh akhir, tetapi kalah dalam perebutan pingat gangsa.

Kejohanan ATP pertama yang dimenanginya adalah kejohanan di Milan pada tahun 2001. Pada tahun itu, dia berjaya ke suku akhir di Terbuka Perancis dan Wimbledon.

Dalam perjalanan ke suku akhir di Wimbledon, dia mengalahkan juara bertahan, Pete Sampras. Pada tahun berikutnya, dia gagal dalam kedua-dua kejohanan, tetapi berjaya ke final Tenis Masters Series pertamanya dan juga layak ke Piala Tenis Masters.

Pada tahun 2003, dia menjadi atlet Swiss pertama yang memenangi Wimbledon, mengalahkan Mark Philippoussis di final dan hanya tewas satu set sepanjang kejohanan. Dia memenangi empat Piala Davis dan memimpin pasukan Switzerland ke separuh akhir. Pada tahun itu juga dia memenangi Piala Tenis Masters di Houston.

Pada tahun 2004, dia mencatat prestasi luar biasa dengan memenangi tiga dari empat kejohanan Grand Slam, Terbuka AS, Terbuka Australia dan Wimbledon. Selain itu, dia juga memenangi tiga kejohanan Seri Masters.

Roger Federer memenangi gelaran Wimbledon sekali lagi pada tahun 2005, mengalahkan Andy Roddick di final. Dalam perlawanan itu, dia merekodkan 49 kejayaan mendapat skor dan hanya 12 kesalahan unforced.

Di  Terbuka AS pada bulan September, dia mengalahkan Agassi untuk merebut gelaran Terbuka AS untuk kali kedua.

Pada tahun 2006, dia memenangi gelaran Terbuka Australia setelah menewaskan Marcos Baghdatis di final. Pada final Terbuka Perancis, Federer ditewaskan oleh pesaingnya di peringkat dunia, Rafael Nadal,

Federer kemudian membalas kekalahannya dalam mempertahankan gelaran Wimbledon pada bulan Julai, yang merupakan gelaran Wimbledon keempat berturut-turut.

Dia menambah koleksi gelaran Grand Slam dengan memenangi Terbuka AS pada bulan September.Kegagalannya mempertahankan gelaran di Wimbledon 2008 membuatnya cukup kecewa. Tetapi dia berjaya menangani kekecewaannya dengan memenangi Terbuka AS 2008 untuk kali kelima berturut-turut.

Pada Jun 2009 ini, di Terbuka Perancis, Federer berjaya menambah gelaran Grand Slam keempat belas untuk menyamai rekod American Pete Sampras dengan menewaskan Robin Soderling dari Sweden dalam set straight. Pada kejohanan Wimbledon pada tahun yang sama Federer mengalahkan Roddick dan memecahkan rekod Sampras.

Rafael Nadal

Rafael “Rafa” Nadal Parera lahir di Manacor, Mallorca, Sepanyol, 3 Jun 1986. Beliau digelar raja tanah liat di arena tenis.

Setelah menduduki tempat kedua di dunia selama 158 minggu, pada 18 Ogos 2008 dia menjadi pemain tenis nombor satu dunia untuk menggantikan Roger Federer.

Kedudukan itu kekal  sehingga 6 Julai 2009 ketika Federer memenangi Wimbledon dan kembali menjadi pemain nombor satu dunia.

Dia kembali menduduki tempat nombor satu di dunia pada 7 Jun 2010.

Nadal merupakan juara Grand Slam sepuluh kali, setelah memenangi gelaran perseorangan lelaki di Terbuka Perancis (2005-2008) empat kali berturut-turut.

Beliau mencatat rekod 31 kemenangan berturut-turut di Terbuka Perancis, Nadal kalah buat pertama kalinya dalam kejohanan itu dalam pertandingan pusingan keempat menentang Robin Soderling pada tahun 2009.

Nadal memenangi gelaran Wimbledon pada tahun 2008 dan 2010. Pada tahun 2008, menewaskan Federer setelah kalah pada tahun 2008.  Sementara pada tahun 2010 dia mengalahkan Tomáš Berdych.

Nadal memegang rekod 32 kemenangan berturut-turut pada tahun 2008. Pada tahun 2011, dengan memenangi Monte Carlo Masters, dia menjadi pemain pertama yang memenangi tujuh edisi berturut-turut di peringkat ATP.

Nadal berada di kedudukan No. 2 dunia, di belakang Roger Federer, untuk rekod 160 minggu berturut-turut sebelum mencapai puncak. Nadal berada di kedudukan No. 1 di dunia dari 18 Ogos 2008 hingga 5 Julai 2009.

Nadal kembali naik ke kedudukan No. 1 di dunia sejak 7 Jun 2010, setelah memenangi gelaran Terbuka Perancis kelima. Dia bertahan di kedudukan itu sehingga 3 Julai 2011, ketika Novak Djokovic menggantikannya di No. Dunia ke-1.

Perseteruan Fedal!

Pada 26 Mac, 2004, salah satu perseteruan terhebat dalam tenis dan serta dalam sukan dunia. Ramai yang mengiktiraf ia perseteruan terbesar di dalam sukan. Itu pandangan masing-masing.

Perseteruan ini juga digelar sebagai Fedal Rivalry.

Roger Federer dan Rafael Nadal bertemu buat kali pertama di Miami pada 2004. Nadal yang baru berusia 17 tahun, yang menduduki tempat ke-34 di dunia, melakukan kejutan ke atas pemain no.1 dunia, Roger Federer.

Sejak dari hari itu mereka telah bermain menentang satu sama lain sebanyak 40 kali. Rafael Nadal memenangi 24 daripadanya.

Bukti bahawa Nadal adalah pemain yang paling mengganggu Fedex di dalam dia mendominasi.

Nadal  telah sebagai antagonis kepada Federer yang berimej lebih tenang dan budiman. Nadal pula lebih agresif dan sentiasa bersedia merosakkan parti Federer.

Sehinggalah beliau sendiri berdiri menjadi no.1 dunia.

Orang kata, dalam perseteruan pasti ada good and evil. Dan evil itu adalah Nadal berdasarkan karakternya.

Perseteruan ini dibawa ke tahap tertinggi. 2 pemain ini memegang rekod kemenangan berturut-turut terbanyak dalam era moden.

Nadal digelar jaguh tanah liat kerana memengang rekod 81 kemenangan berturut-turut di tanah liat. Federer juga memegang rekod 81 perlawanan tanpa dikalahkan di gelanggang biasa dan 65 rekod kemenangan berturut-turut di gelanggang rumput.

Banyak kejayaan Grand Slam di antara mereka berdua dengan 33 dimenangi oleh 2 nama ini. Fedex dengan 18, Nadal dengan 15 Grand Slam.

Terbaik Sepanjang Zaman

Kedua-dua mereka sentiasa menghasilkan perlawanan yang berkualiti walaupun Nadal beberapa kali bermain dalam keadaan kecederaan. Namun untuk berhadapan dengan Federer, Nadal tidak ada alasan untuk akur dengan kesakitannya.

Antara perlawanan yang diingati adalah final di Wimbledon 2008, mereka bertarung selama 4 jam dan 48 minit dalam 5 set.

Ini juga merupakan final Grand Slam Wimbledon berdurasi paling panjang. Nadal mengakhiri rekod 65 perlawanan tanpa kalah Federer di gelanggang rumput. Agak ironi apabila Nadal adalah jagoan tanah liat mematikan rekod jagoan gelanggang rumput yang tidak merasa kekalahan dalam masa 5 tahun.

Nadal-Federer menduduki tanggan 2 teratas dalam ranking jelajah ATP sejak dari Julai 2005 Julai sehingga 17 Ogos 2009.

Federer menduduki rangking tempat ke-1 dengan rekod 237 minggu berturut-turut sehingga Ogos 2008. Tahukah anda siapa yang menolak beliau ke tangga ke-2? Ya! Rafael Nadal.

Pengulas dan penganalisis lebih melihat Nadal sebagai lawan yang keras dan bergantung kepada kekuatan pukulan. Federer pula lebih kepada ‘masterstroke’ dalam skil dan teknik. Federer memiliki pukulan backhand yang luar biasa.

Dengan sifat Nadal yang lebih ofensif dan Federer yang lebih kepada ‘game-reading’, ini yang menjadikan perseteruan mereka berkualiti tinggi. Jika Federer juga agresif seperti Nadal, kemungkinan perseteruan ini kurang keseimbangan.

Nadal memiliki rekod kemenangan lebih baik dalam pertemuan mereka. Namun Federer memiliki rekod kejuaraan yang lebih banyak berbanding Nadal.

Pada 2017, Federer memegang rekod sepanjang zaman untuk kejuaran Grand Slam dengan 19 kejuaraan. Beliau memenanginya 10 di gelanggang keras (court), 8 gelanggang rumput dan 1 di tanah liat.

Nadal menjadi pemain kedua dengan gelaran Grand Slam terbanyak dengan 15 kejuaraan. 10 di tanah liat, 3 di gelanggang keras dan 2 di gelanggang rumput.

Nadal memengang rekod 30 kejuaraan Masters, sama dengan Novak Djokoic. 22 kejuaraan beliau adalah dari gelanggang tanah liat dan 8 lagi dari gelanggan keras.

Federer memiliki 26 kejuaraan Masters dengan 20 dari gelanggang keras, 6 lagi dari gelanggang tanah liat.

Nadal menghalang Federer menjuarai kejohanan Monte Carlo sebanyak 3 kali, dari 2006 sehingga 2008. Nadal menewaskan Federer 2 kali di final Rome (2006, 2013).

Pada 2005, Federer menggagalkan Nadal di final Miami dalam pertarungan 5 set, selepas Nadal memenangi 2 set awal. Federer bangkit untuk menang 3 set seterusnya.

Nadal dan Federer bertemu 37 kali di gelanggang keras. Federer menang 10 dan Nadal menang 9. Manakala di lapangan tanah liat, Raja tanah liat, Nadal mendominasi 13 kemenangan daripada 15 pertemauan dengan Federer.

Mereka bertemu 3 kali di gelanggang rumput dan Federer menang 2 daripadanya.

Dari Musuh Kepada Rakan Karib

Selepas bertahun mereka menjadi seteru di dalam dan luar gelanggang. Lama-kelamaan mereka menghargai antara satu sama lain dan menjadi rakan baik.

Panasnya perseteruan ini dahulu membuatkan ramai pihak bertelagah dan bergaduh termasuk wartawan yang membangkitkan sentimen pro-Nadal dan pro-Federer.

Sehingakan satu ketika Federer membuat kenyataan media pada 2010 menegur semua pihak agar lebih tenang menikmati perseteruan beliau dan Nadal.

Pada Januari 2017, mereka bertemu buat pertama kali setelah 6 tahun tidak bertemu. Nadal berkata:

“Jika dahulu, perlawanan di antara kami lebih panas. Ramai peminat tidak bercakap dengan satu sama lain. Mereka mengharapkan yang salah seorang daripada kami akan menang untuk melenyapkan ego penyokong satu lagi.”

“Namun kini ianya tidak perlu lagi menjadi begitu.”

Daripada permusuhan panas, penyokong dan peminat Fedal kini lebih merasakan pertemuan di antara 2 legenda ini sebagai detik untuk dinikmati.

Kedua-dua mereka sudah dalam fasa akhir karier mereka. Tenis yang mereka pernah sajikan kepada dunia tenis sangat hebat.

3 pertemuan 2017 di antara mereka, Federer menang kesemuanya. Namun apresiasi peminat lebih tinggi untuk nama Nadal-Federal sebagai satu entiti berbanding dengan terlalu menjulang nama pemenang.

Federer dan Nadal sentiasa menunggu aksi bertemu di dalam gelanggang untuk mengingati dan menghidupkan detik gemilang mereka sejak lebih sedekad yang lalu.

Federer pernah berkata:

“Rafa telah memberikan saya cabaran paling sukar dalam perlawanan. Saya bertemu beliau banyak kali. Beliau ada teknik ‘shot’ unik yang menjadikannya pemain istimewa. Saya sangat menghormati beliau.”

Itulah serba sedikit tentang perseteruan Fedal ini. Nadal unggul dalam pertarungan ini, namun Federer unggul dengan jumlah kejuaraan.

Nadal vs Federer, akan kekal menjadi antara perseteruan yang kita semua akan rindui suatu hari nanti, jika kedua-dua legenda ini bersara.

Baca yang lain