Federer Terlepas French Open, Peluang Nadal Mengejar Rekod 20 Grand Slam

Pemain Tenis terbaik sepanjang zaman iaitu Roger Federer, terpaksa melupakan seketika untuk aksi Tenis kerana mengalami kecederaan di bahagian lutut dan memerlukan pembedahan.

Federer telah melakukan pembedahan arthroscopic di Switzerland pada hari Rabu minggu lepas dan membuatkan beliau terlepas aksi French Open yang juga merupakan kejohanan kedua Grand Slam dalam kalendar tahunan Tenis.

Roger Federer dalam aksi French Open tahun lepas

Kecederaan Pada Kejohanan Australia Open

Menurut Federer, kecederaan yang dialaminya sedikit sebanyak menganggu momentum dan rentaknya dalam permainan. Beliau mula merasai kecederaanya adalah pada kejohanan Australia Open baru-baru ini, Roger terpaksa memberhentikan perlawanan seketika ketika bertemu Tennys Sandgren sebelum menewaskannya dan mara ke separuh akhir.

Ketika aksi separuh akhir Australia Open menentang Novak Djokovic, Federer dipuji oleh Djokovic kerana tetap memberi aksi yang terbaiknya walaupun mengalami kecederaan. Djokovic menewaskan Federer dan mara ke final Australia Open.

Jelas kecederaan yang dialaminya  pemain berusia 38 tahun itu, membataskannya untuk mempamerkan aksi yang konsisten di dalam court.

Ketika Roger Federer mengalami kecederaan di Australia Open 2020

“Keadaan lutut saya ini sedikit sebanyak telah mengganggu saya. Saya harap perasaan itu akan hilang, tetapi selepas melakukan beberapa pemeriksaan, perbincangan bersama pasukan saya. Saya membuat keputusan untuk melakukan pembedahan arthroscopic di Switzerland semalam (rabu).”  Jelas Federer.

Penguguman ini dilakukan oleh Roger Federer di laman rasmi Twitter, Instagram dan Facebook nya. Selain dari kejohanan French Open, Roger Federer juga bakal terlepas beberapa kejohanan penting di dalam kalender ATP iaitu Dubai Open, Indian Wells , Bogota dan Miami Open.

Bakal Kembali Pada Musim “Grass Court”

Namun demikian, beliau sangat yakin untuk kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan dan bakal kembali di musim “grass court” yang bakal bermula pada Jun sehingga Julai 2020.

Federer pada aksi Wimbledon 2019 yang merupakan kejohanan di padang rumput
“Selepas beberapa prosedur, doktor telah mengesahkan ini merupakan perkara yang tepat untuk dilakukan dan saya sangat yakin untuk pulih sepenuhnya selepas ini. Namun dukacitanya, saya bakal terlepas Dubai, Indiana Wells, Bogota, Miami dan French Open. Saya sangat berterima kasih diatas sokongan semua orang.”

“Saya tidak sabar untuk kembali beraksi selepas ini, jumpa anda di padang rumput!” Jelas Roger Federer.

Peluang Nadal Untuk Mengejar Rekod Roger Federer

Pada ketika ini, pencabar terdekat Roger Federer iaitu Rafael Nadal berpeluang untuk menyamakan rekod 20 kali Grand Slams yang dimiliki Federer pada kejohanan French Open selepas ini.

Nadal yang sangat terkenal dengan gelaran “Raja Tanah Liat” telah memenangi 12 kali kejohanan French Open. Malah merupakan pemain yang paling banyak memenanginya dalam kejohanan tersebut.

Pada ketika ini, Rafael Nadal berumur 33 tahun, masih mempunyai lebih banyak masa untuk mengejar rekod tersebut malah berpeluang untuk mengatasinya.

Rafael Nadal bersama trofi ke 12 nya dalam French Open pada tahun lepas.

Walaupun kedua-dua pemain ini telah meningkat usia, mereka masih lagi mampu mempamerkan aksi yang terbaik. Malah masih lagi mampu untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Selain Nadal, Novak Djokovic yang juga merupakan pemain No. 1 dunia pada ketika ini berpeluang untuk memberi cabaran kepada 2 pemain ini. Novak sekarang ini memenangi 17 Grand Slam dan satu tahun lebih muda daripada Rafael Nadal.

Walaubagaimanapun, kami berharap Roger Federer untuk cepat sembuh dan kembali untuk menghiburkan warga dunia tentang keindahan dalam sukan Tenis.

Novak Djokovic memenangi gelaran Australia Open baru-baru ini.

Video aksi Federer di French Open :-

Baca yang lain