Felipe Melo: “Kalau Dani Alves Dengan Robinho Buat Benda Tu Kat Anak Aku Taulah Nasib Mereka”

Felipe Melo tidak mahu membela Robinho atau Dani Alves walaupun ramai yang menyokong dua pemain tersebut sebagai mangsa keadaan.

Sebelum ini Robinho dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah di Itali kerana jenayah cabul dan perkosa wanita di Itali.

Namun Robinho tidak ke dalam penjara kerana dia berada di Brazil.

Kemudian Dani Alves pula melakukan jenayah yang sama di tandas kelab malam.

Kedua dua pemain itu menafikan salah laku tersebut. Menyatakan bahawa mangsa mereka melakukannya atas dasar suka sama suka.

Dani Alves sudah diceraikan isterinya yang percaya bahawa suaminya itu adalah pemangsa seksual. Isteri Alves memberikan sokongan penuh kepada mangsa selaku seorang wanita.

Dani Alves telah dibebaskan seketika daripada penjara dengan ikat jamin lebih €1 juta, sementara dia menunggu perbicaraan yang akan datang.

Felipe Melo mahu dua rakannya itu menanggung akibat dan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Ianya sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak terutama sekali pemain bola sepak profesional yang kaki perempuan.

Melo berkata: “Saya ada anak gadis berusia 15 tahun. Sebagai ayah… jika mereka buat perkara itu kat anak perempuan saya, saya rasa saya tak ada berada di sini memberikan temuramah dengan kamu,” tegas Melo yang membayangkan dia mungkin sedang berada di penjara ketika ini kerana membantai pelaku tersebut.

Felipe Melo dikenali sebagai seorang yang panas baran. Dan dia sangat benci dengan orang yang menggunakan status populariti mereka untuk memanipulasi orang lain.

“Mereka berdua harus bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan. Ianya harus dijadikan pengajaran untuk yang lain agar tidak mengulangi kesalahan seperti itu,” tegas Melo.

Ramai yang menyokong kenyataan Felipe Melo itu.

Baca yang lain