Fellaini Jadi Pemain CSL Pertama Positif COVID-19

Bekas bintang Manchester United dan Everton, Marouane Fellaini telah diuji positif COVID-19.

Ini menjadikan beliau pemain bola sepak Liga Super China yang pertama positif COVID-19.

Fellaini yang menyertai Shandong Luneng pada Januari tahun lalu, kembali ke China semula.

Dan beliau menyertai saringan COVID-19. Malangnya, pemain antarabangsa Belgium itu disahkan positif COVID-19.

Fellaini mengesahkan sendiri perkara itu menerusi laman sosial miliknya.

Kelab beliau dalam kenyataannya menegaskan bahawa Fellaini tidak mengalami sebarang gejala seperti demam. Namun beliau sebenarnya ada COVID-19.

Jadi Fellaini terus dikuarantin sehingga beliau benar-benar pulih.

“Keputusan rasmi saringan COVID-19 mengesahkan bahawa Fellaini telah diuji positif koronavirus ketika dalam kuarantin pemerhatian.”

“Pada ketika ini, suhu badan pemain adalah normal dan beliau tidak ada mengalami rasa sakit sakit. Beliau akan menerima rawatan dan pemantauan berterusan oleh petugas perubatan.”

Keadaan COVID-19 ketika ini semakin membaik. Namun mereka masih lagi aktif menangangi kes kes baharu di negara mereka.

China merupakan negara pertama yang diserang oleh COVID-19. Ini apabila wabak itu mulai ditemui di Wuhan.

Selain itu, di Jepun, penyerang dari Brazil, Dori yang bermain untuk Meizhou Hakka juga disahkan positif.

Pemain China yang bermain di Liga Sepanyol Wu Lei pula mengesahkan beliau kini dalam proses untuk sembuh sepenuhnya daripada COVID-19.

Diharap kesemua yang dijangkiti wabak, tak kiralah sesiapa sahaja, di mana sahaja, akan cepat sembuh.

Ketika ini hampir kesemua liga bola sepak di dunia telah digantung sementara. Ini kerana kebimbangan ke atas wabak koronavirus yang terus menyerang dunia.

Baca yang lain