Fenerbahce Protes Keluar Padang Selepas Gol Mauro Icardi Dalam Aksi Final Piala Super Turki

Satu lagi insiden gila berlaku di Turki. Di mana pemain pemain Fenerbahce telah keluar meninggalkan padang hanya selepas seminit aksi.

Insiden itu berlaku dalam aksi final Piala Super Turki menentang musuh tradisi Galatasaray. Yang menjadikan ianya final paling pendek dalam sejarah bola sepak Turki.

Fenerbahce, menurunkan pasukan B-19 mereka sebagai protes kepada FA Turki. Aksi tersebut berlangsung di Sanliurfa, kira kira 1,000 km dari Istanbul.

Mauro Icardi sempat mencetak gol dalam perlawanan tersebut.

Sebelum ini Fenerbahce telah meminta aksi ini ditunda ke tarikh lain kerana ada aksi suku akhir UECL melibatkan pasukan mereka yang akan menentang Olympiakos.

Piala Super Turki ini sebelum ini dijadualkan dilangsungkan di Arab Saudi. Namun kedua dua pasukan ketika itu memutuskan untuk tidak bermain kerana larangan pihak kerajaan Saudi ke atas pemakaian simbol dan baju t negarawan yang mengasaskan era Turki moden, Mustaffa Kemal Ataturk.

Konflik berlaku dengan pihak Saudi dengan pemain kedua dua pasukan setuju untuk tidak bermain pada hari itu.

Presiden Fenerbahce, Yildirim Ali Koc mengeluarkan satu kenyataan penuh kecaman dan menyenaraikan beberapa siri penindasan dan ketidakadilan ke atas Fenerbahce dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sambil menggesa agar bola sepak Turki diset semula dengan segera.

Fenerbahce turut mengecam FA Turki di atas layanan mereka ke atas kelab itu selepas insiden kekacauan penyokong yang menceroboh masuk padang ketika aksi menentang Trabzonspor sebelum ini.

Di mana terdapat dua pemain Fenerbahce yang digantung oleh FA Turki iaitu Irfan Can dan Jayden Oosterwolde yang mengasari penyokong lawan.

Fenerbahce kemudian diarahkan untuk bermain enam perlawanan dalam stadium kosong tanpa penyokong.

Tindakan itu membuatkan Ali Koc bengang dan mempertahankan tindakan pemainnya yang dianggap mempertahankan diri mereka daripada serangan oleh penyokong lawan yang tiba tiba boleh masuk ke dalam padang pada wisel penamat.

Ini telah menjadi punca kenapa Fenerbahce melancarkan boikot ke atas aksi final Piala Turki kerana merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil dari segi kesukanan.

“Dalam sukan yang paling popular di dunia dengan 30 juta penyokong yang mengabadikan semangat kebangsaan negara yang bermaruah, kami akan terus berdiri teguh untuk hari ini dan di masa akan datang, seperti mana kami lakukan semalam,” tegas Fenerbahce dalam satu kenyataan di media sosial.

Penyokong penyokong Galatasaray meraikan detik pemain pemain Fenerbahce keluar dari padang selepas gol Mauro Icardi.

Pengadil mengesahkan bahawa Fenerbahce telah diiktiraf kalah dalam perlawanan itu kerana meninggalkan padang. Dan kejuaraan diberikan kepada Galatasaray.

Bukan itu sahaja, pemain pemain Galatasaray sempat bermain bola sepak sesama mereka di atas padang atas alasan, supaya penyokong yang hadir dapat menyaksikan aksi bola sepak pada malam itu.

Bola sepak Turki terus menjadi perhatian dunia sejak akhir akhir ini. Dengan beberapa insiden yang berlaku di dalam kalendar bola sepak mereka.

Baca yang lain