Fenomena di Korea Selatan : Dari Segi Individu Son Heung Min Mungkin Lebih Baik Dari Park Ji Sung

Masih ingatkah anda dengan jaringan gol cantik dari Son baru-baru ini?

Jaringan tersebut telah mengingatkan Jose Mourinho pengendali Spurs tentang Ronaldo Nazario. Sehinggakan anak Jose juga pernah mengelarkan Son sebagai ‘Sonaldo’.

Penampilan di Premier League

Setakat ini Heung Min Son telah melakukan 144 penampilan bersama Spurs di Premier League.

Dalam 144 penampilan tersebut Son telah menjaringkan 47 gol dan telah melakukan 26 bantuan gol.

Sekaligus ianya mengatasi pencapaian yang pernah dilakukan oleh Park Ji Sung di Premier League, iaitu sebanyak 19 gol dan 21 bantuan gol dalam 154 penampilan Ji Sung bersama Manchester United.

Jika diikutkan kepada pencapaian trofi Park Ji Sung mungkin lebih baik, kerana Son masih belum memenangi trofi bersama Spurs.

Tetapi itu adalah pencapaian berpasukan, dan bukannya pencapaian individu.

Dua Icon Korea Selatan di Zaman Yang Berbeza

Kalau satu ketika dahulu, Park Ji Sung pernah mengemparkan bola sepak Asia. Beliau telah menjadi seorang pemain bola sepak Asia pertama yang bermain untuk Manchester United.

Ianya satu fenomena yang luar biasa di Asia, bukan sahaja di Korea Selatan.

Peminat Manchester United di Asia pada ketika itu dikatakan meningkat dengan mendadak.

Park Ji Sung telah menaikkan ‘engagement’ Manchester United dan Premier League dikalangan peminat bola sepak di Asia dan Korea Selatan khususnya.

Selepas era Park Ji Sung, dunia bola sepak Asia dikurniakan seorang lagi pemain yang berbakat iaitu Heung Min Son.

Mereka tidak bermain dalam satu zaman, 2 era yang berbeza.

Park Ji Sung bermain ketika Manchester United dipuncak. Manakala Son bermain ketika Manchester United masih lagi bergelut.

Namun, fenomenanya tetap sama,keterujaan peminat bola sepak Korea Selatan terhadap Son tetap sama dari minggu ke minggu.

Sehinggakan CNN Sports pernah menerbitkan satu artikel berjudul, “Son Heung-Min is a true South Korean icon”.

Di Mesir, Mo Salah mungkin antara individu yang boleh bertanding jawatan sebagai Presiden negara. Di Korea, mungkin Heung Min Son juga berpeluang.

Sama seperti Mo Salah, gambar-gambar dan poster-poster Son boleh dikelihatan di setiap pelusuk negara.

Nampak? Ais Krim pun guna nama Son

Menurut Jurnalis dari CNN mengatakan, peminat di Korea terlalu obses dengan Son. Setiap minggu dan setiap kali Son bermain, mereka akan tertunggu-tunggu berita tentang Son.

Sehinggakan setiap cerita tentang Son di media sudah pasti mendapat sambutan hangat di Korea malah laku keras.

Son sendiri menceritakan kepada CNN, ketika dia pulang ke Korea Selatan bagi tugas antarabangsa atau bercuti. Son akan terima banyak hadiah dari peminat.

Antaranya adalah, gula-gula, chocolate, bantal, pelembab bibir, krim matahari dan macam-macam lagi.

Sebagai pemain Son sangat menghargai sokongan dari peminatnya terutamanya dari negaranya sendiri.

Menurut Son, beliau gembira kerana menjadi contoh atau icon di negaranya. Baginya, dia ingin membawa satu contoh yang baik kepada seluruh rakyat di negaranya.

Baru-baru ini Son Heung Min telah menerima anugerah AFC Asian International Player of the Year Award buat kali ketiga berturut-turut.

Park Ji Sung dan Son Heung-Min bukan sahaja sangat penting kepada negara mereka. Ia memberi gambaran sangat jelas, mereka juga pemain yang sangat penting kepada kelab mereka wakili.

Sampai hari ini aku tak pasti diantara Blankpink dan Son siapa yang lebih terkenal di Korea Selatan?

Tetapi sudah pasti, Son, Ji Sung dan Blackpink antara icon yang sangat terkenal di Korea Selatan.

 

Baca yang lain