Ferdinand Akui Dia Dan Vidic Koyak Kerana Serangan Mental Daripada Busquets

Wajahnya yang pendiam dan selamber di atas padang pasti membuatkan kita anggap Busquets ni bukan tipikal pemain yang bermain perang saraf.

Namun Ferdinand mencerita kisah sebenar ketika berhadapan dengan pemain itu. Menurut Ferdinand, angkara Busquets membuatkan dia koyak dan hilang fokus di atas padang ketika aksi final UCL 2011.

Bukan sahaja Ferdinand, malah dengan Vidic sekali boleh terbeli permainan perang saraf yang dijual oleh Busquets.

Jika tidak kerana pasukan Barcelona yang terlalu kuat di bawah Guardiola, Ferdinand mungkin sudah memiliki medal UCL kedua dalam kariernya.

Dua kali pasukan Pep Guardiola menewaskan salah satu generasi terbaik dalam sejarah United dan karier Sir Alex Ferguson di final UCL. Pertamanya pada 2009 dan keduanya pada 2011.

Pada 2009, gol oleh Samuel Eto’o dan Lionel Messi memberikan kejuaraan UCL buat Barcelona. Dua tahun kemudian mereka bertemu lagi dalam aksi final, kali ini di Wembley.

Tanah kelahiran Ferdinand di England. Namun dia masih tak percaya Busquets membuatkannya hilang fokus di tempat dia.

Wayne Rooney menyamakan kedudukan buat United selepas gol Pedro. Namun Messi dan Villa memberikan kemenangan buat Barcelona menerusi gol mereka separuh masa kedua.

Ferdinand berkata, dia masih terasa geram campur lucu mengenangkan peristiwa itu. Di mana Busquest membuatkan dia terasa kerdil buat seketika dan seperti budak bermain di liga bawahan.

“Kami bermain di Wembley, dan kami pula dibuli Barcelona, mereka pasukan yang sangat bagus,” kata legenda United itu.

“Keyakinan kami menipis, kami cuba mendapatkan bola daripada lontaran ke dalam – saya meminta, ‘give me the ball, give me the ball [bagi aku bola tu, bagi aku bola tu]!’”

“Dan tiba tiba dia [Busquets] berkata dari belakang,‘Ah, Ferdinand, [Nemanja] Vidic – boom, boom, boom’ [merujuk kepada hantaran panjang].”

Ferdinand dan Vidic disakat oleh Busquets kerana seringkali melakukan hantaran panjang dari belakang berbanding dengan build up lebih teratur.

“Sumpah saya cakap, saya terasa seperti pemain liga bawahan, sukar dipercayai, saya seperti ‘wow, tenang kawan’.”

Sebenarnya Ferdinand dan Vidic dua pasangan bek yang berbeza corak permainan. Ferdinand sebenarnya pemain ball playing defender dan bukan jenis kaki pam bola. Tetapi Busquets malam itu menggunakan ayat yang membuatkan Ferdinand terkedu.

Dia bukanlah kaki long ball, dan dia pastinya boleh sahaja bermain dalam sistem Guardiola sekalipun.

Namun malam itu dia terpaksa. Ini kerana Ferdinand tiada opsyen untuk menghantar bola rendah. Pasukan mereka dipressing dengan teruk oleh Barcelona.

Menurut Ferdinand, Busquets sengaja membunuh moral pemain lawan, dan Ferdinand harus mengakui dia berjaya melakukannya dengan baik.

Ferguson Iktiraf Barca 2011 Tak Terkalahkan & Ini Perancangan Tak Terlaksana Dengan Smalling

Sir Alex Ferguson memiliki sejarah panjang di Manchester United. Pengurus yang sangat sukar untuk mengiktiraf lawannya lebih bagus kerana egonya sebagai seorang pengurus.

Ryan Giggs pernah mendedahkan, di Man United, apabila kamu masuk ke dalam sistem Ferguson, maka kamu harus ada ego dan rasa bangga diri.

Roy Keane pernah mengakui perkara yang sama. Itu antara resipi yang membuatkan Man United era Alex Ferguson berani berdepan dengan sesiapa sahaja.

Namun pada akhirnya Sir Alex mengakui hanya ada 1 pasukan yang beliau tak mampu untuk kalahkan iaitu Barcelona 2011 di bawah kendalian Pep Guardiola.

Terbaru, France Football mengiktiraf Fergie sebagai pengurus pasukan impian – ‘Ballon d’Or Dream Team’.

Ferguson memuji skuad Guardiola ketika itu. Dan pasukan itu menurutnya paling dekat dengan pasukan Impian sebenar yang pernah dihasilkan oleh satu pasukan.

Ferguson berkata: “Pasukan yang memberikan kesan terbesar pada diri saya adalah Barcelona yang kami tentang di Wembley, di final Liga Champions 2011. Mereka tidak dapat dikalahkan langsung [unplayable].”

United dikalahkan secara total dalam aksi final UCL  dengan kekalahan 3-1.

Pasukan Barca ketika itu merangkumi duo Sepanyol, Andres Iniesta dan Xavi di bahagian tengah, sementara pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi menjadi tumpuan utama di barisan serangan.

Selepas perlawanan itu, Ferguson tidak menunjukkan sisi egonya selama ini. Fergie dengan semangat kesukanan tinggi akhirnya mengakui bahawa Barcelona ketika itu terlalu bagus dan tidak ada alasan lagi untuk beliau tidak mengiktiraf mereka.

Ferguson mengatakan kepada The Guardian: “Tidak mudah ketika kamu kalah dengan cara sebaik itu  — untuk memikirkan cara lain lagi untuk kalah. Tidak ada lagi pasukan yang membuatkan kami ‘bersembunyi’ seperti itu.”

“Itu adalah momen terbaik buat mereka [Barca].”

Kekalahan itu menyebabkan jurulatih legenda dari Scotland itu membuat rancangan untuk merantai Messi, dalam pertemuan berikutnya.

Perancangan tak terlaksana

Namun sayangnya, Ferguson bersara pada tahun 2013 dan tidak pernah berdepan pemain Argentina itu lagi.

Ferguson menyatakan, selepas aksi final 2011, beliau sudah ada perancangan khas untuk berdepan Barcelona, jika mereka bertemu lagi di final.

Ferguson menjelaskan: “Untuk mengalahkan Barcelona dalam perlawanan itu, anda memerlukan bek tengah yang benar-benar positif.

“Rio [Ferdinand] dan [Nemanja] Vidic berada pada usia di mana mereka  memilih untuk mempertahankan ruang [space marking]. Tidak ada yang salah dengan itu. Cukup betul. Tetapi, menentang Barcelona, ​​ini adalah pendekatan yang terhad [terpaksa bermain man marking].”

“Anda memerlukan bek tengah yang bersedia untuk menjatuhkan diri mereka tepat di atas Messi dan tidak bimbang tentang apa yang berlaku di belakang mereka. ”

“Ok, dia akan melarikan diri ke sisi lain. Itu tak mengapa daripada Messi menghadirkan ancaman di bahagian tengah.”

“Selepas inkues, saya memberitahu diri sendiri: “Apabila bermain di final UCL lawan Bercelona lagi, saya ada [Phil] Jones dan [Chris] Smalling, atau Smalling dan [Jonny] Evans, mengawal Messi. Saya berkata: ‘Saya takkan biarkan Messi mendera kami lagi.”

Tetapi perancangan itu menjadi perancangan tak terlaksana, kerana Fergie bersara selepas itu.

Rooney turut kata, Sir Alex buntu masa itu

Beberapa bulan yang lalu, Rooney pernah membuka mulut tentang pendekatan Sir Alex yang memilih untuk man marking ke atas Messi sebagai pendekatan membunuh diri.

Wayne Rooney percaya Manchester United telah diberikan pengajaran berguna daripada Barcelona dalam dua aksi Final UCL mereka pada 2009 dan 2011.

The Red Devils adalah juara England pada kedua musim mereka akan menentang pasukan Pep Guardiola di final, tetapi mereka jelas sekali outplayed oleh Barcelona di dalam kedua dua final.

Jurang kualiti di antara kedua dua pasukan ketika itu cukup besar. Barcelona, ​​yang dipimpin oleh Lionel Messi, jelas sekali selayaknya menjadi pasukan pilihan dengan kualiti mereka ada.

Namua itu bukan sesuatu yang perlu untuk terlalu dikesali. Pasukan Guardiola ketika akan dikenang sebagai salah satu yang terbaik dalam sejarah bola sepak.

Memang, Sir Alex Ferguson sendiri dengan rendah hati pernah menyatakan dia terasa kerdil melihat pasukan Barcelona yang ada ketika itu.

“Tidak pernah pasukan lain membuatkan kami bersembunyi [tak keluar taring] seperti yang mereka lakukan” kata Sir Alex setelah kekalahan 3-1 di Stadium Wembley pada final 2011, menurut Telegraph.

Alex Ferguson menganggap pasukan Barcelona ketika itu sebagai pasukan terbaik yang mereka pernah hadapi di dalam kariernya bersama Man United.

“Ini adalah saat yang tepat bagi mereka. Mereka berhak kerana mereka bermain dengan cara yang betul dan menikmati bola sepak mereka. ”

Namun, terdapat beberapa bekas pemain Man United mengkritik taktikal Ferguson dalam permainan sebagai sebab kenapa mereka gagal.

Tahun lalu, Rio Ferdinand mengatakan pasukan high pressin Guardiola pada 2011 adalah lawan yang sangat sukar, selepas mereka diberikan kesulitan berdepan pasukan Barca 2 tahun sebelumnya.

“Saya tidak setuju dengan pendekatan beliau. Saya menyuarakan pendapat saya, tetapi pada masa itu anda yakin pada insan seperti Alex Ferguson, “kata Ferdinand di BT Sport.

Dan terbaru, Wayne Rooney telah tampil dengan kritikan terbuka kepada taktikal Ferguson ketika bersaing dengan Guardiola ketika itu.

“Kami kalah dua final Liga Juara-Juara bertanding dengan pasukan Guardiola – Barcelona, ​​dengan berusaha menekan mereka di garisan tinggi [high line pressin] dan cuba mengalahkan mereka, yang bagi saya adalah taktikal bunuh diri,” tulis Rooney dalam kolom Sunday Times.

Ferguson merupakan pengurus yang tak suka pasukannya dibuli dan bertahan. Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer pernah menyatakan prinsip Man United di bawah Sir Alex adalah mahu bermain di kawasan lawan seberapa lama yang mungkin dan sentiasa menyerang.

Mereka tak akan pernah nak parking bas.

Namun pada hari itu, Rooney merasakan mereka tidak seharusnya melawan Barcelona dengan pendekatan high pressing yang berbeza daripada pendekatan mereka sebelum ini.

“Saya ingat Alex Ferguson mengatakan ‘kita Man United dan kita akan menyerang, ini adalah budaya kelab bola sepak ini’ dan berfikir ‘Saya tidak terlalu yakin tentang ini pada kali ini’.”

“Saya rasa semua pemain tahu, jauh di sudut hati kami, itu adalah pendekatan yang salah, bahawa kita meninggalkan cara yang bermain yang berjaya membawa kita ketika separuh akhir 2008 – dan ya kami ‘ouyplayed’ di kedua dua final itu.”

“Kita harus jujur dengan diri sendiri, dan kita akhirnya duduk meratapi dan berkata: ‘Kita dah kalah’.”

Kekecewaan Ferdinand pada final 2011, yang disiarkan tahun lalu di BT Sport, sungguh menarik.

“Di kawasan tengah mereka ada Xavi, Iniesta dan Busquets, mereka mungkin memiliki tiga daripada enam pemain terbaik di dunia, Iniesta juga …,” kata bekas bek tengah sensasi United itu.”

Adakah perancangan Fergie boleh digunakan?

Jika Barca bertemu Man United lagi, anda rasa Fergie akan berjaya merantai Messi?

Jawapannya mungkin ya! Kerana 6 tahun selepas Sir Alex Ferguson bersara, protege Sir Alex, Ole Gunnar Solskjaer pernah menggunakan Smalling  untuk melakukan tugasan itu.

Dan Smalling melakukannya dengan cemerlang, bermain man to man marking ke atas Messi. Di mana beliau berjaya meneutralkan pemain itu.

United kalah tipis pada perlawanan suku akhir pertama itu dan kalah 3-0 pada perlawanan kedua.

Namun prestasi Smalling di Old Trafford sangat bagus. Membuktikan, ball winning cb diperlukan untuk merantai Messi. Bukannya pemain yang terlalu zonal.

Ferguson pernah menggunakan direct player macam Park Ji Sung dan juga Fletcher untuk merantai pemain fokal pasukan lawan.

Ada sesetengah perlawanan anda memerlukan pemain yang tak banyak fikir soal taktikal. Cuma perlu melaksanakan dirty work.

Baca yang lain