Legenda Man United, Rio Ferdinand melabel Wayne Rooney sebagai rakan sepasukannya yang paling teruk ketika di kelab itu. Kerana dia pemain yang paling degil dan tak dengar cakap.
Ferdinand dan Rooney masing masing pemain penting dalam sejarah kegemilangan Manchester United.
Namun dia mendedahkan bahawa Wayne Rooney adalah rakan sepasukan yang paling dia menyampah kerana suka bertengkar dengannya. Ada sahaja benda yang dia akan menjawab setiap kali Ferdinand menegurnya.
Rio berkata: “Rakan sepasukan saya paling teruk dan selalu bertikam lidah dengan saya adalah Wayne Rooney, ini jujur saya beritahu kamu. Tetapi pertelingkahan kami tak pernah sampai ke bertumbuk. Perbalahan itu berlaku di atas padang sahaja.”
“Di padang latihan kami tak pernah berbalah atau apa pun. Cuma pada hari perlaawanan. Rasanya saya dan Rooney akan bertengkar setiap dua atau tiga perlawanan, memaki hamun dan mencarut ke arah satu sama lain. Berteriak kepada satu sama lain, sebab saya nak yang terbaik daripadanya.”
Rio Ferdinand: “The worst teammate I probably had the most arguments with Wayne Rooney, to be honest with you. Never came to blows, it was on the pitch. We never argued in training really, it was just match day, we probably argued once every two or three games, screaming at each… pic.twitter.com/nHJzdFiqi7
— Football Talk (@FootballTalkHQ) December 17, 2023
“Saya tahbu dia bagus, dan saya tahu dia boleh buat lebih lagi. Saya nak dia menjadi lebih efektif.”
“Perkara paling penting tentang Wayne Rooney, jika dia nak bermain hantara panjang 30 ke 35 meter macam Paul Scholes dia boleh buat, dia sangat bagus melakukannya. Saya nak dia menjaringkan 30 ke 40 gol semusim, sebab dia boleh.”
Ferdinand kemudian menganggap Wayne Rooney sebagai rakan sepasukan yang paling berbakat ketika dia bermain di Man United dan England.
Rio Ferdinand says Wayne Rooney was his ‘worst ever team-mate’ in a recent podcast 😳 pic.twitter.com/udXH0m4QgS
— Mail Sport (@MailSport) December 13, 2023
“Kami bermain satu musim, dia menjaringkan 30 lebih gol macam tu. Dan dia tak gembira kerana dia tak banyak terlibat dalam perlawanan dan tidak menjadi penguasa dalam padang.”
“Dia pemain yang luar biasa, dan itulah sebabnya dia menjadi penyerang berkelas dunia. Saya nak dia menjadi seperti itu kerana dia boleh berada di situ.”
“Namun dia nak bermain bola seperti dia bermain di taman permainan. Itulah sebabnya kami selalu bertengkar. Saya suruh dia shoot dan dia pun maki saya balik. Namun perbalahan seperti itu adalah bagus.