Ferdinand: “Busuknya Hati Orang Yang Memperlekehkan Perpindahan Ronaldo Ke Arab Saudi”

Rio Ferdinand telah mempertahankan Cristiano Ronaldo berikutan perpindahannya ke kelab Arab Saudi Al-Nassr, membandingkan perpindahan itu dengan perpindahan akhir karier yang dinikmati oleh bekas bintang Manchester United Wayne Rooney dan David Beckham di Amerika Syarikat.

Ronaldo mengesahkan perpindahannya ke pasukan Arab Saudi dengan kontrak sensasi £175 juta setahun pada hari Jumaat lalu.

Ronaldo, 37, telah menjadi ejen bebas selepas meninggalkan United ekoran temu bualnya yang kontroversi dengan Piers Morgan, dengan peminat kini berpusu-pusu ke media sosial untuk mendakwa dia ‘dah habis’ / ‘finished’ selepas berpindah ke Timur Tengah.

Ferdinand membalasnya selepas Gary Neville dan Jamie Carragher meluahkan ‘kesedihan’ dengan tindakan itu, dengan pundit Sky Sports berkata langkah itu menandakan berakhirnya aksi Ronaldo bermain di peringkat tertinggi.

Bekas pertahanan United, Ferdinand mendakwa langkah Ronaldo harus dibandingkan dengan beberapa bekas bintang Liga Perdana Inggeris yang menamatkan karier mereka di Amerika Syarikat, memetik dua tahun Wayne Rooney dalam MLS bersama DC United.

Ferdinand berkata, tiada pemain lain di dunia ini lebih berhak daripada Ronaldo menamatkan karier dengan kontrak paling lumayan dalam bola sepak.

Ferdinand mendakwa ramai pihak hipokrit memuji perpindahan Beckham, Rooney dan Gerrard ke MLS namun memperlekehkan perpindahan Ronaldo ke Asia menyertai pasukan di Arab Saudi.

“Kita seronok melihat David Beckham, Frank Lampard, Wayne Rooney, Steven Gerrard, dan sangat menggembirakan melihat mereka pergi ke Amerika,” kata Ferdinand dalam podcast Vibe dengan LIMA.

“Betapa baiknya cara untuk menamatkan karier mereka, mendapatkan wang yang hebat, pergi ke liga yang tidak begitu kompetitif, mereka berhak untuk itu, mereka telah memperoleh hak mereka.”

“Itu sahaja yang saya lihat di media. Tetapi kerana itu Arab Saudi, ia dianggap aib, ia dianggap menyedihkan.”

“Biarkan sahaja seorang lelaki mahu pergi ke mana dia suka dan hidup, biarkan seorang lelaki pergi ke sana dan nikmatinya. Ia adalah pengembaraan baharu yang dia dengan membawa keluarganya untuk merasai budaya baharu.”

Ferdinand turut mendengar ada pihak mengecam Ronaldo kerana pergi ke Arab Saudi yang dianggap ada isu dengan kemanusiaan. Terutama sekali negara itu tidak menyokong kebebasan hubungan bebas.

Ferdinand menambah, apa kurangnya Amerika Syarikat? Mereka juga ada isu tersendiri dari segi kemanusiaan.

“Setiap negara di dunia mempunyai isu tersendiri, jadi Amerika mempunyai lebih sedikit isu daripada Saudi, bukan?”

“Tetapi tidak mengapa untuk semua pemain ini pergi ke Amerika. Mari biarkan mereka pergi ke Amerika dan menikmati tahun terakhir karier mereka.”

“Saya tidak suka. Busuknya hati kita tidak mendengar perbualan jenis ini. Ia tidak terkawal dah.”

“Semua orang harus dilayan sama. Setiap pemain lain yang pergi ke liga yang kurang kompetitif untuk menamatkan kerjaya mereka telah diberitahu bahawa anda telah memperoleh hak.”

“Tiada lelaki di planet ini yang berhak lebih daripada lelaki ini.”

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.