Ferdinand: “Melihat Chelsea Membeli Pemain Semudah Itu, Membuatkan Kami Di United Kecewa”

Rio Ferdinand telah menyuarakan kekecewaannya terhadap kurangnya aktiviti perpindahan Manchester United, sementara saingan mereka terus meningkatkan lagi kekuatan skuad mereka.

Ferdinand secara terbuka mengkritik polisi pasukannya, Man United.

United berjaya menduduki tempat ketiga musim lalu setelah melakukan perubahan pada separuh masa kedua musim ini, dengan kedatangan Bruno Fernandes sebagai pemangkin perubahan.

Ferdinand sangat berharap ada lagi tambahan dibuat oleh United di beberapa bahagian.

Kerana menurut beliau, walaupun ada Bruno, jelas sekali masih banyak bahagian dalam skuad perlu diperbaiki dan pasukan Ole Gunnar Solskjaer.

Ferdinand sangat berharap United dapat memulai rombakan pasukan dengan menandatangani Jadon Sancho, namun kesepakatan masih gagal dicapai.

Dengan tempoh jendela perpindahan yang semakin ke penghujung, pasukan Liga Perdana Inggeris hanya menambah Donny van de Beek setakat ini.

Ini yang membuatkan Ferdinand sangat kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Beliau berpendapat United harus menambahkan lagi kekuatan pasukan mereka. Terutama sekali pesaing mereka yang lain sudah mengorak langkah.

“Frank (Lampard) telah membuatkan proses pemain menandatangani permainan seperti benda biasa, seperti mudah – seperti air mengalir dari belakang itik ,” kata bekas kapten England itu di saluran YouTube LIMA .

“‘Perbezaan cara Chelsea menjalankan perniagaan mereka berbanding dengan pasukan saya Man United …”

“Chelsea melakukannya, tidak ada bunyi, seperti tiada apa berlaku, kemudian bang! deal!”

“Berbincang sekali dua, bang! Deal lagi!”

“Itulah yang mengecewakan saya dan semua peminat Man United, melihat apa yang berlaku.”

Walaupun United telah bergelut teruk untuk menandatangani pemain keutamaan mereka, Chelsea dan Lampard pula telah menambah Timo Werner, Hakim Ziyech, Ben Chilwell, Kai Havertz dan Thiago Silva ke dalam pasukan yang menduduki tempat keempat musim lalu.

The Blues bukan satu-satunya saingan United yang bertambah baik. Di mana Spurs bersedia menambahkan Gareth Bale dan Sergio Reguilon ke dalam pasukan mereka minggu ini, dua pemain yang menarik minat Solskjaer sebelum ini.

Dan terbaru Liverpool semakin hampir dengan seorang lagi pemain dikehendaki Ole iaitu Thiago.

Ferdinang mengakui, dia dan seluruh peminat United sangat kecewa dengan situasi Sancho. Mereka sangat berharap perjanjian itu dapat dimeterai selepas beberapa bulan rundingan positif.

“Sancho telah dibicarakan beberapa bulan yang lalu,” Ferdinand menambah lagi.

“Masih belum berjaya diselesaikan, ini sangat mengecewakan, saya tidak mengatakan kesepakatan itu mudah dilakukan tetapi Chelsea menunjukkan kesepakatan dapat dilakukan jika anda meletakkan wang yang mereka mahukan dan semuanya selesai dengan cara yang betul. ”

United kini memiliki masa dua minggu lagi untuk mendapatkan Sancho dan merawat kelukaan peminat United.