Ferdinand: “Messi Baru Tunjukkan Aksi Individu Terbaik Dalam Piala Dunia Kali Ini”

Australia telah cuba segala galanya pada separuh masa kedua untuk bangkit daripada ketinggalan 2 gol. Namun ianya masih belum cukup.

Kekebalan Emi Martinez dan satu pintasan menyelamat oleh Lisandro Martinez antara yang menjadi sebab kenapa Australia gagal mengheret Argentina ke masa ekstra.

Lionel Messi beraksi perlawanan ke-1000 dalam kariernya. Dan ia menandakan momen itu dengan salah satu persembahan individu luar biasa di dalam Piala Dunia.

Rio Ferdinand menganggap Messi baru sahaja mempamerkan aksi individu terbaik dari kalangan semua pemain dalam aksi Piala Dunia 2022 kali ini.

Messi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35, selepas pergerakan tanpa bolanya membolehkan dia berada di tempat dan masa yang tepat merembat lencong rendah bola dari kaki Alexis MacAllister.

Gol itu menjadikan Messi sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Argentina dalam kempen Piala Dunia mengatasi mendiang Diego Armando Maradona.

Messi kini mencetak 10 dalam kempen Piala Dunia. Ia juga gol pertama Messi dalam peringkat kalah mati pentas Piala Dunia.

Dalam 1000 perlawanan Messi bermain, penyerang PSG itu yang juga legenda Barca tersebut telah menjaringkan 789 gol. Ianya angka yang sangat luara biasa.

Bintang yang boleh dianggap membuat breakthrough, Julian Alavarez telah menambah 1 lagi gol pada minit ke-57.

Australia kemudian cuba bangkit selepas gol tersebut.

Harapan mereka tiba tiba kembali bersinar. Ini selepas Goodwin merembat bola yang terbias pada Enzo Fernandez dan masuk pada minit ke-77.

Australia turut mendapat beberapa peluang keemasan lagi termasuk percubaan terakhir yang dilakukan oleh Kuol yang diselamatkan oleh Emi Martinez.

Australia cuba bermain  hantaran tinggi dan memanfaatkan kelebihan fizikal mereka.

Keadaan lebih mendebarkan buat Argentina apabila Lautaro Martinez terlepas 2 atau 3 peluang terbaiknya.

Tamat perlawanan Argentina 2 Australia 1.

Argentina akan berdepan Belanda dalam aksi klasik Piala Dunia di peringkat suku akhir.

Australia boleh balik dengan bangga. Mereka pertama kalinya mengutip 6 mata di peringkat kumpulan Piala Dunia. Dan pertama kalinya mecipta 2 clean sheet di Piala Dunia.

Selain itu mereka juga berjaya mara ke pusingan 16 akhir dan memberikan malam yang sukar buat Argentina.

 

Baca yang lain