Ferdinand Yakin Arteta Akan Tinggalkan Arsenal Demi Manchester United

Legenda Manchester United yakin bahawa Mikel Arteta akan meninggalkan Arsenal jika Manchester United datang mahu menapatakan khidmatnya.

Ferdinand jelas sekali terlibat sekali lagi dalam memberikan pandangan kontroversinya berkaitan Arsenal.

Sebelum ini dia mengutuk Arteta yang mengetuai keraian berlebihan Arsenal selepas menang ke atas Liverpool.

“Pengurus Arsenal berlari di sekitar stadium mungkin dalam 10,000 langkah macam tu. Untuk apa? Adakah mereka sudah bergelar juara liga? Keraian itu berlebihan. Mereka harus tidak hanya risau tentang Liverpool tetapi Man City,” tegas Ferdinand.

Tidak lama selepas itu dia melabel Bukayo Saka bukan pemain world class berbanding dengan Phil Foden.

Dan kini Ferdinand mahu Arteta menjadi pengurus Man United pula.

Reputasi Arteta semakin meningkat naik sejak menyertai Arsenal. Dengan Erikt Ten Hag turut berada dalam tekanan berikutan kekalahan 1-2 di tangan Fulham Sabtu lalu.

Ten Hag telah gagal untuk bersaing dengan pasukan dalam Liga Perdana musim ini dengan United ketika ini 16 mata daripada pasukann yang berada di tempat teratas.

Sementara Arsenal sedang memburu kejuaraan di bawah bimbingan Arteta, yang telah menyegarkan semula penyokong di Stadium Emirates sejak ketibaannya pada 2019.

Dia pernah bermain sebagai pemain ketika bersama Arsenal. Membuat hampir 150 penampilan untuk Gunnners sebelum bersara.

Arteta sebelum ini enggan berbincang tentang isu minat daripada kelab luar ke atasnya. Di mana ketika itu Barcelona dikatakan berminat dengan beliau.

Arteta akui selesa di Arsenal terutama sekali ketika pengurusan tertinggi benar benar percaya kepada proses dan menyokongnya.

Namun Ferdinand yakin, tarikan yang ada pada Man United terlalu mustahil untuk diabaikan Arteta jiia Red Devils datang menawarkan jawatan pengurus kepadanya.

Bercakap mengenai perkara itu dalam sesi podbeas dengan Vib with Five, dia berkata: “Mikel Arteta akan meninggalkan Arsenal untuk menyertai Man United, 100 peratus.

“Tiada siapa yang mengatakan ia berlaku tetapi jika Man United dalam mimpi liar berkata, ‘anda tahu ni kan, Erik ten Hag, terima kasih’ atau Erik ten Hag telah diburu oleh Bayern Munich,

“Dan dia pergi ke sana, dan kemudian Man United berkata yang teratas dalam senarai ialah Arteta, Arteta akan masuk dan berkata kepada para pemain, ‘dengar kawan-kawan, ia beremosi tetapi saya perlu berpindah, saya perlu pergi [ke Manchester United]. ‘”

Manchester United kini dalam proses untuk bangkit semula. Erik Ten Hag menegaskan bahawa projek beliau di Man United berada dalam landasan yang tepat.

Selepas kekalahan di tangan Fulham beliau berkata: “Selepas satu kekalahan berlaku, kamu harus melihat gambaran yang lebih besar. Dan gambaran besar itu kelihatan sangat bagus,” tegas pengurus asal Belanda itu.

“Kami harus mendapatkan rentak di beberapa posisi dan mendapatkan kambali pemain yang cedera. Dan kemudian barulah kita akan lebih seimbang dan boleh menguatkan lagi skuad ini menerusi jendela perpindahan.

“Kamu tengok ada ramai pemain yang akan muncul [kembali daripada kecederaan] dan pemain yang benar benar berpotensi besar. Mereka akan menjadi lebih baik. Jadi, sudah pastinya kami sedang berada di landasan yang tepat.

“Jadi, apabila kami sudah memiliki ramai pemain tersedia kelak, kami akan memiliki pasukan yang sangat bagus.

“Malah hari ini, kami sebenarnya boleh menang perlawanan ini, bahkan kami patut menang perlawanan ini tadi, dengan karakter yang hebat ditunjukkan oleh kami sebagai satu pasukan.”

Baca yang lain