Fergie Dah Tahu Dari Hari Pertama, Klopp Akan Sukses Di Liverpool

Sir Alex Ferguson pernah mengakui sebelum ini bahawa beliau pernah menyenaraikan nama Jurgen Klopp sebagai calon pengganti beliau di Old Trafford.

Namun ia gagal berlaku kerana situasi ketika itu Klopp masih menikmati detik beliau di Borussia Dortmund.

Man United pernah menghubungi Klopp selepas itu, namun Klopp mendedahkan beliau ketika itu terpaksa menolak untuk menggantikan David Moyes di Old Trafford.

Tidak lama kemudian Klopp memutukan untuk menyertai Liverpool.

Selepas beberapa musim di Liverpool. Klopp membangkitkan semula Liverpool dengan sangat baik.

Beliau membawa Liverpool mara ke 3 final Eropah dalam masa beberapa musim di Anfield. 2 kekalahan pada final pertama dan disusuli dengan kejayaan menjuarai UCL musim lalu.

Agak tragis buat Liverpool yang sekali lagi dikenang pasukan malang apabila menamatkan saingan EPL di tangga kedua selepas menjadi juara Krismas.

Paling perit Liverpool menamatkan saingan dengan 97 mata. Mata tertinggi pernah dicapai pasukan tangga kedua.

Sebelum ini salah seorang peminat United menyifatkan Jurgen Klopp telah membentuk Liverpool sama dengan apa Sir Alex buat kepada United.

Di mana kedua duanya membina pasukan berdasarkan karakter mereka. Jika Sir Ferguson dikenali dengan perwatakan beliau yang tegas dan garang. Maka United dahulu pun sama.

Penyokong Man United Ini Kongsi Cerita Bagaimana Klopp Sedang Menghancurkan Hidupnya

Liverpool pula merupakan pasukan yang sangat seronok dan bertenaga disaksikan, sesuai dengan karakter Klopp.

Fergie Tahu Klopp Sesuai Untuk Liverpool

Sir Alex Ferguson sudah tahu bahawa Jurgen Klopp adalah individu yang tepat untuk mengisi jawatan di Anfield.

Ini selepas Liverpool bergelut mencari pengurus yang mampu membentuk identiti pasukan Liverpool.

Ketika Klopp dilantik oleh Liverpool Sir Alex antara yang terawal mengucapkan tahniah kepada Klopp.

“Ianya satu perlantikan yang sangat bagus oleh Liverpool. Saya kenal Klopp dengan dekat ketika kami bersama-sama dalam persidangan kelas kejurulatihan di Geneva.”

“Seorang yang memiliki personaliti kuat, sangat keras kepala, sangat berkeinginan, dan prestasi beliau ketika kariernya di Dortmund adalah luar biasa dan beliau sedang mendaki ke puncak.”

“Saya rasa beliau akan melakukan tugasannya dengan baik di Liverpool.”

“Saya tak suka menyatakan ayat itu, kerana ianya Liverpool. Adakah saya takut dengan perlantikan beliau di Liverpool? Tak! Tetapi saya yakin beliau akan sukses di sana.”

Fergie kemudian membidas hierarki Liverpool yang sebelum ini menggunakan transfer committee sebagai penentu kepada pembelian pemain.

Fergie meminta Liverpool menghapuskan sistem seperti itu dan percayakan pengurus mereka.

“Jika kamu tak percayakan pengurus kamu, buat apa kamu lantik mereka? Kamu harus percayakan mereka. Klopp adalah pemain yang harus menentukan sesiapa sahaja pemain yang beliau mahukan, jenis yang macam mana dan posisi mana.”

“Ini kerana pengurus lebih tahu daripada orang lain apa yang beliau mahu dan perlukan sebagai jurulatih.”

Fergie kemudian mulai merasakan Manchester United akan hanyut dan diatasi Liverpool sekali lagi, jika mereka tidak melakukan sesuatu.

“Ia boleh berlaku kepada kelab besar yang hilang taring mereka. Selama dua dekad, Liverpool menukar pengurus mereka tanpa membina identiti mereka sendiri,” kata Ferguson tentang pengendali Jerman itu pada 2016.

“Kini anda benar benar merasakan anda perlu berikan perhatian kepada mereka, pada tahun ini.”

“Anda boleh lihat dedikasi yang ada pada Klopp di tepi padang, saya yakin gaya beliau di dalam padang latihan adalah serupa.”

“Beliau ada personaliti yang kuat. Itu sangat penting untuk menjadi pengurus sebuah kelab besar.

“Satu perkara yang sangat tidak dikehendaki oleh United adalah Liverpool untuk mengatasi kami. Anda harus risau tentangnya.”

Fergie Adalah Betul

Apa yang dikatakan oleh Sir Alex Ferguson itu semakin menjadi kenyataan jika United tidak melakukan sesuatu di Old Trafford.

Selepas kejuaraan Eropah musim lalu, Liverpool membawa dua lagi trofi ke Anfield untuk menjadikan mereka sebagai pasukan paling banyak major – sekali lagi – selepas dipintas Man United.

Malah Fergie mengakui bahawa Klopp adalah pengurus terbaik di dunia pada ketika ini.

Klopp diiktiraf sebagai jurulatih terbaik untuk musim 2018/19 oleh FIFA Best.

Fergie merasakan Klopp memiliki aura yang tersendiri apabila mengendalikan pasukan yang besar seperti Liverpool.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan