Ferguson Anggap McGregor Mabuk & Tak Sedar Diri, Tiada Siapa Takut Dengan Dia Sekarang

Tony Ferguson terus berlatih di rumahnya walaupun UFC 249 dibatalkan. Ini selepas ESPN menolak untuk meneruskan hasrat Dana White ketika situasi darurat kesihatan di Amerika Syarikat ketika ini.

Dana White sebelum ini sedaya upaya mahu menjadikan UFC249 terus berjalan walaupun terdapat kesukaran.

Khabib Nurmagomedov terpaksa menarik diri kerana terperangkap di Rusia. Di mana negaranya sedang lockdown.

Dana White kemudian menggantikan Khabib dengan Justin Gaetjhe. Tetapi tidak lama selepas pengumuman itu, UFC mengesahkan acara UFC249 terpaksa dibatalkan.

Jadi ketika ini, kesemua acara UFC ditangguhkan buat sementara waktu.

Namun itu bukan alasan untuk Tony Ferguson hanya berehat. Malah beliau terus mempersiapkan diri untuk pertarungan seterusnya.

McGregor perasan

Tony Ferguson mendedahkan bahawa berat badan beliau kini 70.3 kg. Ia telah membuatkan Conor McGregor menyatakan bahawa El Cucuy cuba membentuk berat badannya kerana mahu bertarung dengannya.

McGregor berkata: “Hahaha, jaga kau, bila aku dapat kau nanti budak.”

Tony Ferguson kemudian menganggap McGregor mabuk dan tiada siapa pun takut dengan beliau sekarang ini.

Ini kerana zaman kegemilangan McGregor sudah berakhir. Malah McGregor sudah melepaskan kejuaraan beliau beberapa tahun yang lalu kepada Khabib Nurmagomedov dengan pertarungan di mana beliau melakukan tap out.

McGregor cepat-cepat memadam tweet itu dan El Cucuy tak sempat nak membalasnya. Tony Ferguson kemudian menembak McGregor menerusi ESPN.

Beliau menyatakan bahawa, McGregor hanya mahu bertarung dengannya kerana dia sekarang ada nilai. Ianya lebih kepada kerana McGregor mahukan pertarungan yang mendatangan wang yang banyak.

Walaupun tidak sehaluan dengan Khabib Nurmagomedov, namun dari segi penetapan pertarungan, El Cucuy senada dengan musuhnya itu.

Menurut Ferguson, Conor McGregor kena melalui beberapa pertarungan lain lagi untuk membolehkan dia bertarung dalam acara merebut kejuaraan.

Perkara yang sama ditegaskan Khabib Nurmagomedov ketika McGregor beberapa kali mencabar dia untuk rematch.

Di mana petarung dari Rusia itu menyatakan, kalau pertarungan yang potong barisan seperti McGregor – kembali dari rehat terus dapat aksi merebut kejuaraan – itu adalah tak adil.

Tony Ferguson memberitahu ESPN: “Dia mungkin sedang mabuk. Saya tak kisah pun dengan apa saja dia cakap.”

“Dia nak bertarung dengan saya sekarang sebab saya dah ada nilai. Tak ada peluang la.”

“Saya tak pernah teringin nak bertarung dengan kamu dude. Saya bersiap sedia untuk Justin Gaethje, itu saja yang saya fikirkan sekarang ini.”

Conor McGregor baru sahaja kembali ke gelanggang UFC selepas sekian lama. Beliau masih berusaha mencari pertarungan berprofil tinggi sekali lagi.

Sebelum ini beliau berjadapan dengan Donald Cerrone – yang disifatkan Khabib sebagai sudah menunju ke fasa akhir kariernya.

Khabib menyindir McGregor yang selalu menuduh Khabib hanya memilih lawan yang lemah.