Ferguson Gelar McGregor Jantan Tak Ada Telur Kerana Mengelak Lawan Lebih Kuat

Petarung UFC kelas ringan Tony Ferguson semalam mengamuk di Twitter dan menyeru nama Conor McGregor.

Tony Ferguson mahu mengakhiri tahun ini dengan pertarungan besar selepas aksi terakhirnya dia kalah di tangan Justin Gaethje.

Ia mengakhiri rekod kemenangan 12 pertarungan berturut turut El Cucuy.

Mantan juara sementara UFC itu awalnya beberapa kali menembak Michael Chandler untuk acara pada Disember akan datang.

Di mana pertarungan Ferguson vs Chandler akan menjadi salah satu kad utama dalam petarungan tersebut.

Walaupun kekalahan TKO pusingan kelima kepada Gaethje, Tony Ferguson masih kekal sebagai petarung elit di dalam kategori ringan.

Pertarungannya yang seterusnya diramal akan menjadi pertarungan El Cucuy bangkit dan menunjukkan perubahan di dalam corak pertarungannya.

Sebelum ini Ferguson dilihat terlalu ofensif. Dan kekalahan di tangan Gaethje akan mematangkan lagi strateginya di atas octagon.

McGregor vs Dustin Poirier

Conor McGregor yang kali terakhir bertarung pada Januari 2020 di mana dia menang mudah ke atas Donald Cerrone dengan TKO 40 saat.

Pertarungan berlangsung di kelas welter dan menunjukkan bahawa McGregor sudah kembali ke landasan untuk bertarung dengan petarung elit.

Namun, dia kini kembali semula ke bahagian ringan dan pandangannya tertumpu kepada kejuaraan UFC pertama selepas kehilangannya beberapa tahun lalu.

‘The Notorious’ dianggap sebagai lawan terbaik untuk Tony Ferguson. Selain daripada prestasi semasa, kedua dua petarung juga sangat berpengaruh dan boleh mewujudkan pertarungan mega.

McGregor dan Ferguson akan menjadi tontonan besar bagi peminat di seluruh dunia. Kedua-dua atlet mempunyai gaya unik pada mikrofon dan kemampuan mereka di dalam octagon.

Ferguson kemudian melemparkan kutukan tajam ke arah Conor McGregor yang dianggap tidak mempunyai keberanian untuk melawan pejuang UFC ringan berkelas dunia.

Tony Ferguson merujuk kepada rancangan pertempuran yang akan membawa Conor McGregor ke pertarungan menentang Dustin Poirier.

Tony Ferguson merasakan McGregor sengaja meminta bertemu dengan Dustin Poirier yang dilihat boleh dikalahkannya.

McGregor dan Poirier akan bertanding dalam pertandingan utama UFC 257 yang akan diadakan di Fight Island, Abu Dhabi pada Januari 2021.

Walaupun pertandingan tidak disahkan secara rasmi, kerana ternyata McGregor belum menandatangani kontrak pertempuran, namun kenyataan Ferguson itu seolah olah mengesahkannya.

Ini kemudian menjadikan Tony Ferguson mengutuk McGregor sebagai petarung yang memilih lawan bukan ranking tertinggi.

“Tak ada telor ke nak bertarung dengan petarung terbaik.”

“Conor McGregor masanya sudah habis.”

“Kamu akan terus menjadi replika, pengecut. Sampai jumpa dalam waktu terdekat ini Leprechaun (pari pari dalam mitologi Ireland).

Ramai kemudian mengingatkan Tony Ferguson bahawa lawan McGregor iaitu Dustin Poirier ketika ini berada di ranking lebih baik daripadanya.

Sebelum ini Ferguson pernah mencabar McGregor untuk bertarung dengannya. Namun tidak dilayan petarung itu.

Ferguson kemudian memanggil McGregor menentang Poirier sebagai pertarungan dua orang s*undal.”

“Mereka berdua sama sama b — hes. Mereka mahu bermain permainan meraba bontot dan pergi bermain tinju.”

“Mereka tidak bermain MMA. Ini sama sekali berbeza. Kamu pun tak nak pertarungan seperti itu bukan?”

Baca yang lain