Ferguson Kekal Sokong Ole Dan Minta 270 Minit Tentukan Nasib Pengurus United Itu

Sir Alex Ferguson mungkin menjadi figura penting yang menyelamatkan karier Ole daripada dipecat serta merta selepas kekalahan 0-5 di tangan Liverpool.

Sangat sukar untuk pengurus yang dalam tekanan seperti Ole masih boleh mengekalkan tempatnya lagi selepas kalah besar di tangan seteru utama dalam sejarah kelab.

Semalam Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Ole akan terus diberikan kepercayaan selepas beberapa pegawai pengurusan tertinggi kelab dan juga Sir Alex memberikan sokongan kepadanya.

Dan Ole dikatakan akan kekal dalam aksi berdepan Spurs selepas ini.

Namun kemaskini terbaru daripada Fabrizio Romano, selain daripada Spurs, Ole akan diberikan dua lagi perlawanan untuk menyelamatkan nasibnya iaitu aksi berdepan Atalanta dan derbi Manchester menentang Man City.

Ianya selepas perbincangan dalam mesyuarat tergempar yang turut melibatkan Sir Alex. Di mana mereka sebulat suara setuju memberikan ole 270 minit lagi. Itulah jarak yang memisahkan Ole dengan pintu keluar dari Old Trafford ketika ini.

Menurut laporan yang sama, Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan latihan pasukannya seperti biasa. Dan Sir Alex turut berada di pusat latihan di Carrington sebagai tanda sokongan kepada protegenya itu.

Ole mendapat tekanan sejak beberapa musim ini kerana gagal menghadirkan trofi kepada kelab. Dan beliau antara pengurus yang diberikan dana yang cukup besar untuk mendapatkan pemain yang beliau mahukan berbanding dengan pengurus lain selepas era Ferguson.

Bukan itu sahaja, apabila kamu memiliki nama nama seperti Ronaldo dan pemain mahal seperti Sancho di dalam pasukan, atas kehendak kamu sendiri, maka pasukan tersebut bukan sekadar untuk mencabar 4 teratas, sebaliknya perlu mencabar kejuaraan liga.

Walaupun kejuaraan liga masih panjang lagi perjalanan persaingannya, namun peminat peminat Man United mulai kecewa dengan corak permainan pasukan.

Apabila terlalu bergantung kepada kualiti individu, biasanya sesebuah pasukan itu akan bergelut dengan konsistensi.

Musim lalu, Ole berjaya membentuk pasukan yang menunjukkan konsistensi pada separuh kedua musim. Ianya membuatkan beliau mulai berjaya memenangi hati beberapa peminat yang sebelum ini menentangnya.

Malangnya, Ole musim ini berdepan dengan masalah konsistensi sekali lagi. Kemasukan beberapa bintang baharu gagal untuk memperbaiki isu tersebut.

Tugasan Ole dalam 3 perlawanan akan datang adalah sangat penting. Terutama sekali perlawanan derbi Manchester menentang Man City.

Walaupun Ole masih mendapat sokongan majoriti di kelabnya, namun tekanan kepadanya adalah sangat tinggi.

Antonio Conte sudah bersedia bila bila masa untuk menggantikan Ole di Old Trafford.

Baca yang lain