Ferland Mendy, Edouard Mendy Kesal Gambar Digunakan Dalam Laporan Benjamin Mendy

Benjamin Mendy semalam dilaporkan dikenakan 2 lagi pertuduhan merogol. Membuatkan pemain itu kini berdepan hukuman penjara.

Mendy merupakan pemain bek sisi untuk Man City, dan skuad kebangsaan Perancis.

Namun apa yang lebih gila apabila beberapa media di Eropah termasuk di UK sendiri menggunakan gambar Mendy yang salah.

Awalnya, Edouard Mendy menjadi mangsa, gambarnya digunakan dalam laporan Benjamin Mendy.

Kemudian Ferland Mendy pula yang menjadi mangsa. Ferland Mendy bersatu hati bersama dengan Edouard Mendy, tampil mengecam tindakan wartawan dari Britain yang menggunakan gambar mereka.

Bagaimana editor boleh terlepas pandang perkara sedemikian dalam laporan melibatkan kes yang sangat serius.

Benjamin akan menjalani perbicaraan dalam beberapa siri pertuduhan serangan seksual dan rogol. Malangnya, gambar Ferland dan Edouard pula menjadi mangsa, silap muat naik, hanya kerana mereka sama nama keluarga dan berwarna kulit yang sama.

Edouard Mendy menulis di IG beliau: “Sedih betul melihat apabila dan tahun 2021, di Perancis mahupun England, orang kulit hitam ada nama pertama mereka sendiri dan wajah berbeza,” tulis penjaga gol terbaik Eropah itu.

“Kesilapan ini nampaknya tidak disengajakan, namun di sebaliknya, ianya sangat simbolik [melambangkan stereotaip ke atas orang kulit hitam],” tambah juara Eropah itu lagi.

“Tak susah pun nak membezakan wajah dua orang yang berbeza, terutama sekali mereka memakai baju yang berbeza,” tulis Edouard Mendy yang merujuk gambarnya memakai jersi Chelsea digunakan untuk berita pemain Manchester City.

Tidak lama kemudian, tampil seorang lagi Mendy iaitu Ferland Mendy dari Real Madrid. Ferland Mendy berterima kasih kepada Edouard yang terlebih dahulu bersuara tentang perkara tersebut.

Ferland Mendy ternyata tidak dapat menerima kesilapan sperti itu dan meminta orang di luar sana menghormati orang kulit hitam seperti mereka.

Ferland menulis: “Terima kasih Edouard! Kita dah berada di tahun 2021! Ianya akan mengambil masa, namun akhirnya kamu harus menghormati kami. Sama ada kamu suka ataupun tidak.”

Benjamin Mendy merupakan pemain yang dianggap istimewa selepas dia berjaya menambat hati Guardiola. City membayar GBP52 juta untuk membelinya dari AS Monaco.

Selepas musim awal yang baik, Mendy kemudian bergelut dengan prestasi dan isu kecederaan.

Dia kemudian bertukar menjadi error prone di atas padang, membuatkan dia hilang tempat dalam pasukan utama Man City.

Baca yang lain