Fernando Santos: Ada Pemain Korea Yang Tak ‘Respect’ Ronaldo Suruh Dia Keluar Cepat

Cristiano Ronaldo menjelaskan kenapa dia bertikam lidah dengan pemain Korea Selatan.

Menurut Ronaldo, dia bertekak dengan pemain Korea Selatan yang tidak berpuas hati dengannya kerana lambat meninggalkan padang ketika dia digantikan.

Portugal masih di kedudukan teratas kumpulan H walaupun kalah. Dan keputusan itu turut menghantar Korea Selatan ke pusingan kalah mati.

Namun Ronaldo jelas tidak berpuas hati ketika dikeluarkan dan berjalan perlahan lahan keluar daripada padang. Ketika itu ada pemain Korea Selatan yang dipercayai boleh berbahasa Portugis telah meminta Ronaldo bergerak cepat kerana mereka memerlukan masa untuk cuba memenangi perlawanan itu.

Ronaldo berkata: “Insiden berlaku ketika saya dikeluarkan. Ada pemain Korea yang memberitahu saya agar keluar lebih cepat.”

“Saya minta dia tutup mulutnya kerana dia tak ada sebarang kuasa untuk mengarahkan saya berbuat begitu.”

“Jika saya dirasakan tidak cukup cepat keluar meninggalkan padang, ianya tugas pengadil untuk menegur saya. Jadi tak akan ada kontroversi. Ianya cuma momen panas dalam perlawanan.”

Fernando Santos kemudian menyatakan bahawa pemain Korea Selatan telah mengeluarkan kata kata kesat ke arah Ronaldo dan tidak menghormati pemain itu. Itulah yang membuatkan CR7 bengang nak mampus.

Santos berkata: “Dia benar benar marah dengan pemain Korea Selatan tersebut. Semua orang melihatnya.”

“Pepe malah pergi ke arah pemain Korea itu kerana dia benar benar menghina Ronaldo dengan mengarahkan pemain itu segera meninggalkan padang. Ronaldo memberikan tindak balas ke atas pemain itu.”

“Saya sendiri nampak dia bertukar tukar ayat tanya pemain Korea, saya pasti.”

Dalam perlawanan tersebut, Korea Selatan menang 2-1. Gol kemenangan itu terhasil ketika Ronaldo menyaksikan di bangku simpanan. Ronaldo jelas tidak gembira dengan kekalahan tersebut walaupun pasukannya sudah mara. Membuktikan bahawa dia memiliki mentaliti kemenangan yang sangat kuat.

Korea Selatan mengiringi Portugal untuk mara ke pusingan kalah mati.

Ronaldo meneruskan misi memburu Piala Dunia pertama untuk dirinya dan negaranya.

Portugal memiliki sejarah yang hebat dalam bola sepak, namun malangnya negara itu tidak pernah sekalipun memenangi Piala Dunia.

Baca yang lain