Fernando Santos: “Kemenangan Belgium Tak Adil, Bola Portugal Tak Nak Masuk Walau Cuba Macamana Sekalipun”

Tidak pasti siapa pemain Portugal yang memperkenalkan Fernando Santos kepada Lord Fakri. Ini kerana ayatnya persis kepada ayat legenda yang popular di Malaysia.

Di mana Lord Fakri pernah berkata: “Bola kalau tak nak masuk, buat macam mana pun tetap tak akan masuk.”

Namun harus diingat pada 2012 Fakri Saarani pernah ditawarkan kontrak untuk ke Portugal menyertai Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) yang berpangkalan di bandar Evora, Portugal.

Dipetik daripada Awani, Fakri pada 2012, berkata: “Saya turut dipanggil oleh (ketua jurulatih bola sepak kebangsaan) Datuk K. Rajagobal untuk membarisi skuad negara pada Piala AFF Suzuki penghujung bulan ini, jadi saya terpaksa melupakan seketika hasrat untuk pergi lebih awal ke Portugal,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan perkara itu.”

Fakri kemudian sah menyertai kelab tersebut dengan kontrak semusim. Ditanya mengenai peluang mengisi kesebelasan utama pasukan Atletico S.C., Ahmad Fakri, yang boleh mampu bermain di posisi serangan dan sayap kanan, berharap beliau mampu mempamerkan persembahan terbaik bagi memikat jurulatih kelab Portugal itu, Paulo Simao.

“Saya juga berharap mampu mempromosikan nama Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa,” katanya yang baru tiba di tanahair selepas membantu skuad kebangsaan mengharungi dua aksi persahabatan di Vietnam dan Thailand.

Berbalik kepada kisah Santos dan Portugal…..

Portugal gagal mempertahankan kejuaraan mereka kali ini. Tersingkir di peringkat 16 akhir di tangan Belgium.

Pengurus Portugal, Fernando Santos menganggap keputusan ini sebagai tidak adil. Dan bola Portugal semuanya tak nak masuk ke gawang walaupun mereka melakukan 23 percubaan ke arah lawan.

Rembatan deras Thorgan Hazard menjadi pemisah dan penentu perlawanan. Belgium mara ke suku akhir denga bergaya.

Ronaldo yang kecewa sempat membaling lilitan kapten dan menyepaknya. Mana tidaknya, beliau berada di kedudukan teratas carta kasut emas Euro 2020. Dan kini terpaksa pulang awal.

Santos berkata: “Ini keputusan yang tidak adil. Mereka cuma ada 6 percubaan 1 on target terus ada 1 gol. Kitorang pula ada 29 [sebenarnya 23, mungkin atok terlepas pandang sebab hati tengah panas], dan tak ada satu gol pun.”

“Kita cuba macamana pun, bola tak nak masuk. Ada beberapa orang budak saya menangis nangis di bilik persalinan kerana kecewa.”

Wartawan kemudian bertanya adalah Fernando Santos kecewa dengan Ronaldo dengan kenyataan seperti itu? Kerana Ronaldo menjadi penyerang utama pasukannya.

Bercakap tentang prestasi Ronaldo, Santos berkata: “Ronaldo sudah skor 5 gol dalam pertandingan ini. Tiada masalah dia tak skor hari ini. Dia tetap seorang kapten sejati. Dia cuba membantu mengubah perlawanan ini. Tiada isu dengan Ronaldo.”

Sebelum perlawanan, Fernando Santos menyatakan bahawa mereka sudah mengesan kelemahan Belgium selepas melakukan kajian ke atas corak permainan lawan mereka.

Namun sayangnya, Portugal gagal mencari kelemahan pasukan lawan ketika bertahan. Kerana Belgium bertahan dengan sangat baik, sehinggakan Roberto Martinez mahu pasukan akar umbi di Belgium menonton video perlawanan ini sebagai rujukan mereka di akademi tentang seni bertahan dalam bola sepak.

Selepas tersingkir daripada Euro 2020 Fernando Santos menyatakan bahawa mereka sudah tidak sabar untuk cuba memenangi Piala Dunia yang akan datang.

“Pada 2018, kita disingkirkan dari Piala Dunia pada pusingan 16 akhir kemudian tahun berikutnya kita menang Piala Bangsa Eropah. Jadi kami sudah tak sabar nak cuba memenangi Piala Dunia [selepas kecundang di 16 terakhir Euro 2020].”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di