Ferns: MU Tak Sediakan Insurans Pemain, Dan Gaji Tertunggak 3 Bulan

Bekas pemain Melaka United (MU), Curran Ferns, semalam tampil meluahkan kekecewaan ke atas bekas majikannya, Melaka United.

Curran Ferns membidas Melaka United sebagai tidak profesional dalam kebajikan pemain. Antara perkara yang dibangkitkan Ferns adalah tiadanya insurans oleh pasukan ke atas pemain yang cedera, ketika berbakti untuk pasukan.

Seterusnya Curran Ferns juga tidak berpuas hati dengan cara Melaka United dalam isu pembayarang dan pemotongan gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ferns sudah memberitahu sebelum itu bahawa beliau akan bersuara mewakili pemain pemain lain yang tidak berani untuk berbuat demikian. Mungkin kerana mereka masih mahu menjaga periuk nasi mereka bersama dengan Melaka United.

Dipetik daripada Nadi Arena, Ferns berkata:

“Selepas tiga bulan, gaji tidak yang dibayar oleh Melaka. Apa yang tidak menggembirakan saya lagi adalah pemotongan gaji selepas gaji pemain telah tertunggak selepas dua bulan,” katanya.

“Saya tidak memberikan sebarang persetujuan dengan perkara itu dan mereka menjanjikan bonus kepada kami jika memenangi perlawanan.”

“Apa yang mengecewakan lagi saya adalah mengenai insurans pemain. Saya tidak dapat menjalankan imbasan terhadap kecederaan hamstring yang dialami dan saya berasakan ia merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.”

Sebelum ini Curran Ferns menyatakan bahawa dia tidak mendapat gaji selama 3 bulan.

 

Kenyataan panas oleh Ferns itu mendapat perhatian Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Mohd Asri Ninggal.

Asri mengakui perkara itu dan menyatakan bahawa pasukan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Asri turut mendakwa segala yang berlaku adalah tidak disengajakan tetapi berlaku kerana pandemik yang melanda.

Dipetik dari sumber yang sama, Asri berkata: “Ya, kami mengakui terdapat tunggakan gaji untuk dua bulan dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini. Ia bukanlah sesuatu yang disengajakan namun ia berpunca daripada pandemik menyaksikan barisan penaja menarik diri.”

FAM menerusi, Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan akan perkara itu.

Stuart berjanji pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil tindakan yang sepatutnya.

Sumber: Stadium Astro