Ferran Torres Berpotensi Dipulangkan Semula Ke City Jika Barca Terus Gagal Mendaftarkannya

Ferran Torres rasminya diperkenalkan kepada umum sebagai pemain Barcelona yang baharu. Ferran Torres bersama dengan Dani Alves berada dalam senarai pemain baru untuk didaftarkan ke dalam pasukan Barca pada Januari ini.

Dani Alves sudah lulus didaftarkan dan sudah pun membuat penampilan sulung bersama Barca musim ini dalam debut keduanya untuk Barca dalam sejarah karier.

Barcelona membuat kejutan apabila berjaya mendapatkan penyerang Manchester City, Ferran Torres dengan pakej keseluruhan bernilai €65 juta.

Di mana €55 juta akan dibayar sebagai harga tetap sementara €10 juta lagi menyusul sebagai bonus tamabah.

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Ferran Torres setuju dengan kontrak panjang selama 5 tahun bersama gergasi Sepanyol itu.

Xavi menjadikan Ferran Torres sebagai keutamaan dalam senarai pembeliannya.

Pep Guardiola kemudian menegaskan bahawa Ferran Torres sendiri yang sudah memberitahunya bahawa dia mahu menyertai Barcelona. Ferran meminta untuk dijual ke Barca.

Pep turut menyatakan bahawa, adalah sukar untuk mana mana pemain menolak apabila Real Madrid atau Barcelona datang kepada mereka.

Lalu Man City terus memutuskan untuk melepaskan pemain itu, kerana sudah tidak ada hati bermain untuk City.

Barcelona terdesak mendapatkan penyerang baharu terutama sekali selepas Sergio Aguero mengesahkan persaraannya. Aguero terpaksa bersara kerana masalah jantung.

Guardiola sendiri menyatakan bahawa, polisi mereka adalah, mana mana pemain yang mahu pergi, dipersilakan. Kerana sangat penting untuk melihat pemain pemain gembira bermain.

Pada masa yang sama Guardiola mengesahkan bahawa City tidak bercadang membeli mana mana penyerang pada Januari ini. Walaupun dijangka mungkin akan mencuba membida semula Harry Kane.

Ferran Torres merupakan penyerang utama City sebelum beliau mengalami kecederaan.

City musim ini sudah beraksi tanpa no.9 tulen sejak awal musim. Dan mereka masih berada di singgahsana liga.

Namun situasi Ferran Torres sekali lagi rumit. Jika sebelum ini La Liga menyekat pendaftaran Ferran Torres kerana isu dokumentasi dari City. Di mana kelab Manchester itu tidak mengeluarkan dokumen pelepasan kontrak Ferran.

Ianya membuatkan Barca terpaksa menunggu untuk mengumumkan pemain itu secara rasmi. Kemudian, Barca berjaya mendapatkannya. Dan Ferran sudah pun diperkenalkan kepada umum.

Namun sumber Fabrizio Romano menyatakan, Barca berdepan dengan satu lagi sekatan. Di mana Ferran Torres masih tidak boleh didaftarkan ke dalam pasukan.

Ianya berkaitan dengan akaun FFP pasukan. Pengarah Barcelona, mengakui bahawa, walaupun mereka sudah melepaskan Coutinho ke Aston Villa, ianya masih belum cukup untuk mereka diberikan kebenaran untuk mendaftarkan Ferran Torres.

Mateu Alemany berkata: “Kita masih tak boleh daftarkan Ferran Torres. Walaupun Phillipe Coutinho sudah ke Aston Villa, ianya masih belum cukup.”

“Sekarang ini kita dalam operasi untuk memastikan Ferran Torres didaftarkan.”

Barcelona gagal menjual beberapa pemain mereka. Ini membuatkan Barca sukar untuk mengosongkan bil gaji dan juga tambahan pendapatan kelab untuk mengurangkan hutang kelab.

Barcelona perlu mengeluarkan beberapa pemain lagi dari senarai bil gaji mereka.

Jika Ferran terus gagal didaftarkan di Barcelona, kelab itu mungkin terpaksa meminjamkan pemain itu ke kelab lain untuk menunggu musim hadapan.

Selain itu terdapat juga laporan menyatakan bahawa dalam klausa Ferran Torres, Barca boleh mengembalikan semula Ferran Torres jika mereka gagal mendaftarkan pemain itu.

Itu terpulang kepada Barca untuk menentukan sama ada mereka mahu mengambil langkah itu. Lagipun Ferran Torres sebelum ini secara terbuka menyatakan dia menjadikan Manchester City sebagai batu loncatan untuk dia menyertai kelab besar di Sepanyol.

Pep Guardiola juga mendedahkan bahawa pemain itu sendiri merengek mahu ke Barcelona. Membuatkan dia terpaksa menjualnya.

Klausa tersebut antara sebab kenapa rundingan dengan Barca sebelum ini rumit. Ini termasuk hutang Barcelona dengan City yang masih belum langsai bernilai EUR1.5 juta.