Ferran Torres Yakin Akan Beri Impak Setaraf Kylian Mbappe Dan Erling Haaland

Pemain baharu Barcelona iaitu Ferran Torres terus menjadi pemain kesayangan peminat di Nou Camp. Torres menyertai Barcelona musim ini dari Manchester City.

Dan terbaru, pemain itu menyatakan keyakinannya akan memberikan impak di hadapan gol setaraf dengan Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

Apabila bercakap tentang pemain muda berbakat besar, nama Haaland dan Mbappe adalah dua nama yang pastinya berada dalam senarai.

Haaland menjadi penggempur elit pada usianya sangat muda dan sangat konsisten di hadapan gol bersama dengan Borussia Dortmund selepas menyertai mereka dari RB Salzburg.

Kylian Mbappe tak perlu diperkenalkan lagi. Pemain yang pernah membantu Monaco menjadi juara Ligue 1 dan beberapa kejuaraan Ligue 1 lagi bersama dengan PSG.

Mbappe turut menjadi pemain utama negaranya ketika Perancis memenangi Piala Dunia 2018.

Kini Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Dengan PSG sedia menawarkan kontrak gaji tertinggi dunia kepada pemain tersebut.

Seorang lagi bakat muda yang menjadi perhatian ialah Ferran Torres. Pemain yang menjadi penyerang penting Pep Guardiola di Manchester City sebelum beliau cedera.

Namun selepas itu Ferran Torres meminta untuk dijual ke Barcelona kerana dia memang sudah menyatakan akan kembali ke Sepanyol semula suatu hari nanti.

Pep Guardiola menegaskan bahawa sangat sukar untuk menghalang pemain apabila kelab seperti Barcelona atau Real Madrid datang menghampiri mereka.

Sama seperti pasukan besar yang lain, Barcelona antara pasukan yang dikaitkan dengan nama besar seperti Haaland dan Mbappe.

Namun Ferran Torres memberikan jaminan kepada peminat Barcelona bahawa beliau akan memberikan impak setanding Haaland dan Mbappe yang konsisten memberikan gol kepada pasukan mereka.

Jadi, tidak perlu risau untuk terlalu mencuba mencari pemain penyerang prolifik berkelas dunia yang lain.

Bercakap kepada Barca Universal, Ferran Torres berkata: “Haaland dan Mbappe? Saya yakin saya akan bersaing dengan mereka. Saya tahu saya boleh pergi jauh.”

Tanpa ragu, Ferran Torres pemain yang sangat berbakat dan masih ada banyak ruang untuk membangun. Jadi, ianya bukan tugas mudah untuk mengejar rekod gol Mbappe dan Haaland yang terus meningkat setiap musim.

Bersama sama kita mengucapkan selamat maju jaya kepada Ferran Torres dalam usahanya mahu memberikan impak di hadapan gol sama seperti Haaland dan Mbappe.

Baca yang lain