Feyenoord Jual Burger Kepada Basel Dengan Harga Kawan Kawan €1 Juta / RM4.95 juta

Berita yang mengejutkan berlaku apabila kelab lama Mohamed Salah telah membelanjakan lebih €1 juta untuk mendapatkan Burger dari kelab liga Belanda – Feyenoord.

Wouter Burger antara pemain muda kesayangan peminat Feyenoord dan menjadi nama yang sentiasa mahu dilihat oleh peminat agar menyarung jersi pasukan tersebut.

Dalam satu kenyataan oleh Transfermrkt Feyenoord, laman tersebut berkata: “Berakhirnya era Wourter Burger [20 tahun] di Feyenoord? FC Basel dilaporkan terbang ke Rotterdam. Kedua dua kelab masih berunding.”

“[Kami] bertaruh perpindahan itu dengan bayaran lebih € 1j+. Pemain tengah boleh mengambil langkah seterusnya untuk berbincang tentang persetujuan kontrak. Tapi tidak ada apa apa lagi yang muktamad.”

Burger mula bermain bola sepak di kelab amatur ZBVH di kampung halamannya di Zuid-Beijerland berhampiran Rotterdam.

Daripada SHO dan Excelsior, dia menyertai akademi belia Feyenoord. Pada 30 Mac 2017, Burger menandatangani kontrak profesional pertamanya pada usia 16 tahun.

Burger membuat debut pasukan utamanya untuk Feyenoord pada 17 Ogos 2018 pada pusingan ketiga Liga Europa UEFA 2018/19 menentang AS Trenčín, masuk pada minit ke-83.

Pada 29 Ogos 2019, Burger menjaringkan gol pertamanya dalam bola sepak profesional dalam kemenangan 0-3 menentang Hapoel Be’er Sheva untuk Feyenoord dalam pusingan play-off Liga Europa UEFA 2019-20.

Pada bulan Disember 2018, dia menandatangani kontrak lanjutan yang baharu, dan mengekalkannya di kelab sehingga 2023.

Burger dihantar secara pinjaman ke bekas kelab mudanya Excelsior pada separuh kedua musim 2019-20. Oleh kerana pandemik, perjanjian pinjaman terpaksa dipendekkan.

Burger bermain dalam semua lapan perlawanan liga untuk Excelsior, sebelum liga ditangguhkan. Menjelang musim 2020-21, Burger dihantar dengan pinjaman lain ke sebuah kelab yang berpusat di Rotterdam – kali ini Sparta.

Karier antarabangsa

Beliau pernah bermain bersama pasukan U17 Belanda. Di mana Burger mengambil bahagian dalam Kejuaraan U-17 UEFA Eropah 2018 di England.

Pasukan ini membantu Belanda memenangi final ke atas Itali selepas penentuan penalti. Burger kemudian dimasukkan dalam senarai pasukan terbaik UEFA  U-17 tersebut.

Wouter Burger dianggap prospek yang bagus di Belanda. Dan Basel dijangka akan mendapat manfaat di masa akan datang daripada pembelian yang dianggap harga kawan kawan ini.