Nama Stadium Ffira Mikah Ditukar Semula Sebab Tak Ikut SOP, Hakim Ariff Turut Ditukarkan Ke PKNK

Kerajaan negeri Kedah telah mengesahkan bahawa mereka baru sahaja meluluskan cadangan penggunaan nama Mini Stadium Padang Terap bagi menggantikan nama Mini Stadium Ffira Mikah yang agak kontroversi sebelum ini.

Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah di Pejabat Daerah Kubang Pasu pada Rabu.

Bukan itu sahaja, bekas Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor juga telah ditukarkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Namun Sanusi menepis spekulasi bahawa pertukaran tersebut ada kaitan dengan tindakan Hakim Ariff menamakan stadium tersebut dengan Ffira Mikah sebelum ini.

Dan ianya hanya kebetulan Hakim Ariff akan bertukar jawatan ke PKNK sebagai sebahagian daripada proses pentadbiran.

Ianya lebih kepada proses biasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Dipetik dari sumber Astro Awani, Sanusi berkata:

“Tadi sudah diluluskan nama bagi stadium di Padang Terap tu ialah Mini Stadium Padang Terap.”

“Itu proses pertukaran biasa… (Hakim Ariff) dah ditukarkan ke PKNK… (ia merupakan) proses pentadbiran pertukaran biasalah, yang itu (bawah bidang kuasa) SS (Setiausaha Kerajaan Negeri).

“(Pertukaran itu) bukan jatuh hukuman, kalau (jatuh) hukum, (dia dah kena) pecatlah.”

Ditanya tentang pertukaran nama tersebut, Sanusi menjelaskan bahawa nama Ffira Mikah ditolak kerana penjenamaannya tidak menepati prosedur yang dietapkan oleh kerajaan negeri.

Di mana perbincangan tentang nama Ffira Mikah hanya dibincangkan di peringkat kerajaan tempatan tanpa diusulkan ke Exco untuk diluluskan.

Ffira Mikah jadi perhatian dunia

Bukan senang nak mendapatkan perhatian media antarabangsa. Namun Pegawai Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor  telah melakukan perkara di luar jangkaan. Membawa nama Malaysia dan Padang Terap sehingga ke UK.

The Independent merupakan media arus perdana di UK dan sangat berpengaruh di seluruh dunia.

Mereka menulis tentang kisah bagaimana nama stadium FFIRA MIKAH sebenarnya daripada bahasa Sepanyol ataupun Greek.

Dipetik daripada artikel: Malaysian official who renamed stadium denies title is his name backwards, insists it is ‘Spanish or Greek’, menyatakan:

Seorang pegawai kerajaan di Malaysia yang bertanggungjawab menamakan semula nama stadium, yang merupakan ejaan namanya terbalik, sebenarnya menyatakan ia adalah gabungan bahasa Arab dengan Sepanyol atau Greek.

Hakim Ariff Md Noor, Pegawai Daerah di negeri Kedah, berkata, nama baru stadium Ffira Mikah hanyalah kebetulan sama ejaan dengan ejaan namanya terbalik.

Independent menambah: “Beliau (Hakim Ariff) menyatakan bahawa nama stadium ini akan diubah sekali lagi untuk mengelakkan tuduhan tidak berasas ke atas beliau.

Ffira Mikah bukan nama saya – Tuan DO

Pada Disember lalu, Sinar Harian melaporkan, Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor tampil memberikan penjelasan tentang nama Stadium FFIRA MIKAH yang menjadi kecaman netizen.

Hakim Ariff menyatakan bahawa nama stadium itu langsung tiada kaitan dengan namanya. Dan secara kebetulan sahaja, ejaan itu kalau diterbalikkan menjadi ejaan namanya.

Sinar Harian membuat temu ramah eksklusif dengan Hakim Ariff. Dan tuan DO itu berkata kepada portal tersebut:

“Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.”

Beliau kemudian menegaskan nama Ffira adalah membawa maksud sesuatu yang hebat dalam bahasa Greek / Sepanyol. Manakala Mikah sempena nama malaikat dalam bahasa Arab.

Nama dari bahasa Sepanyol / Greek campur Arab

“Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, ‘Ffira’ bermaksud sesuatu yang hebat, manakala ‘Mikah’ dalam bahasa Arab sempena nama malaikat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau menyatakan, penjenamaan semula stadium mini itu adalah untuk menyuntik semangat baru. Dan beliau menafikan sekerasnya dakwaan bahawa dia gila glamor

“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya.

Hakim Ariff berkata beliau berjaya meminta dana RM200k daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium tersebut. Di mana sebelum ini kondisinya amat daif.

Akhir sekali beliau menyatakan papan tanda nama Stadium Ffira Mikah akan diturunkan kalau orang ramai masih tak suka dengan nama itu.

“Selepas ini, ia akan dikenali sebagai Stadium Mini Kuala Nerang dan kita akan turunkan papan nama yang mengundang kontroversi itu,” katanya lagi.

Laporan sebelum ini: Netizen penuh kekeliruan nama FFIRA MIKAH disyaki anagram nama tuan DO – HAKIM ARIFF

Sebelum ini Netizen merasa pelik apabila KN Kiara Football Club mengumumkan bahawa nama stadium Kuala Nerang kepada anagram dengan ejaan nama pegawai daerah mereka.

Sebelum KN Kiara FC menyatakan:

“Perbincangan antara KN KIARA FOOTBALL CLUB dengan Pihak MDPT & Pejabat Belia dan Sukan Padang Terap… berkaitan Pengurusan MINI STADIUM KUALA NERANG..”

“Secara lisan pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB bersetuju untuk ambil alih Pengurusan Mini Stadium Kuala Nerang bagi menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan bola sepak akar umbi khusnya bagi Daerah Padang Terap.”

“InsyaAllah pihak Kelab Bolasepak KN Kiara sedaya upaya berusaha akan mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak bawah 12 tahun yang sistematik dan menyeluruh untuk memberi peluang pemain-pemain luar bandar mendapat latihan dan pendedahan ke arah meningkatkan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.”

Dan pada 30 November, nama stadium Kuala Nerang ditukar kepada Mini Stadoum FFIRA MIKAH yang dipercayai anagram nama Hakim Ariff.

Pada 7 Disember KN Kiara FC mengumumkan bahawa mereka menerima penyerahan Stadium Mini FFIRA MIKAH. Kenyataan dibaca:

“Penyerahan dari Pihak MDPT kepada pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB yang disempurnakan oleh Haji Hakim Ariff bin Md Nor AMK., BCK. Pegawai Daerah Padang Terap, merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap.”

Pengumumn itu mendapat reaksi bercampur baur daripada peminat.

Ada yang mempersoalkan kenapa tukar nama stadium mini awam itu kepada nama individu? Adakah tuan DO (Pegawai Daerah) merupakan orang yang bertanggungjawab membina stadium itu.

Netizen menyatakan, tidak perlu Majlis Daerah cuba menertebalikkan nama Pegawai Daerah, lebih baik eja dengan betul dan terang.

Ada juga menganggap tindakan itu tak ubah seperti budak wicet sedang bercinta.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.