FIFA Ambil Tindakan Ke Atas Salt Bae, Kesal Bagaimana Dia Boleh Berada Atas Padang Semasa Keraian Argentina

FIFA mengumumkan bahawa mereka sedang mengambil “tindakan dalaman yang sewajarnya” untuk menangani pelanggaran protokol Piala Dunia oleh seorang chef selebriti.

Di mana chef yang dikenali sebagi Salt Bae itu, sesuka hatinya memegang trofi emas Piala Dunia di atas padang, kata badan induk bola sepak hari ini.

Salt Bae bukan salah seorang daripada delegasi pasukan Argentina ataupu ahli keluarga pemain yang diberikan kelonggaran khas.

FIFA menyatakan bahawa kesalahan tersebut benar benar mengejutkan mereka.

FIFA kesal dengan tindakan Salt Bae itu kerana dia ternyata melanggar protokol keraian Piala Dunia.

Di mana piala keramat itu hanya dibenarkan untuk disentuh oleh bekas pemenang dan ketua negara, serta mereka yang terpilih sahaja.

FIFA dalam kenyataannya berkata: “Susulan semakan daripada kami, FIFA telah mendapati ada individu yang tidak sepatutnya mendapat akses tidak sewajarnya ke dalam padang selepas majlis penutupan di stadium Lusail pada 18 Dissember lalu. Tindakan dalaman yang sewajarnya akan diambil.”

Namun ramai yang mengingatkan FIFA bahawa presiden mereka, Gianni Infantino kerap bersama dengan Salt Bae dan bermesra.

Salt Bae malah pernah berada duduk sebaris dengan Infantino dan legenda legenda Brazil yang lain ketika Piala Dunia 2022.

Infantino sebelum ini mengikuti Salt Bae di Instagramnya dan kini dia telah meng-unfollow chef selebriti tersebut.

Hubungan mesra Infantino dengan Salt Bae memang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh sebab itu, ramai peminat merasakan bahawa Infantino adalah punca kenapa influencer itu mendapat akses untuk masuk ke padang meraikan kejayaan Piala Dunia bersama dengan Argentina. Dia malah diberikan pass akses khas.

Chef, yang mempunyai restoran di Doha, adalah tetamu tetap FIFA dengan akses VIP semasa Piala Dunia 2022.

Kejadian ini menjadi isu yang hangat dibangkitkan selepas beberapa pihak mulai mempersoalkan, bagaimana FIFA boleh memberikan akses kepada Salt Bae menyertai keraian Piala Dunia oleh Argentina.

Baca yang lain