FIFA Bagi Peringatan Sopan Kepada Inter Miami Agar Sertakan Messi Dalam Piala Dunia Kelab 2025

FIFA dikatakan telah memberikan peringatan sopan atau gentle reminder kepada Inter Miami agar menyenaraikan pemain pemain utamanya dalam Piala Dunia Kelab 2025 terutama sekali Lionel Messi.

Kekalahan Inter Miami dalam playoffs MSL Cup membuatkan FIFA risau kelab itu memberikan cuti pasca musim kepada Messi.

FIFA benar benar berharap Lionel Messi akan muncul dalam pertandingan itu kerana faktor publisiti kejohanan.

Sebelum ini FIFA menimbulkan kontroversi apabila memberikan slot Piala Dunia Kelab – untuk pasukan tuan rumah – lebih awal sebelum final MSL Cup yang merupakan juara sebenar MSL.

Inter Miami ketika itu hanya dinobatkan sebagai MSL Peoples Shield, yang mengiktiraf pasukan terbaik dalam liga 2 persidangan MSL. Namun Shield ini bukan piala utama MSL.

Kerana juara sebenar akan ditentukan dengan playoff mempertemukan jaguh antara 2 zon berbeza.

Martyn Ziegler mendedahkan bahawa pemilihan Inter Miami adalah keputusan pra-matang oleh FIFA yang sepatutnya menunggu juara sebenar MSL Cup. Kerana ketika itu Inter Miami sendiri berada ke persaingan playoffs.

FIFA benar benar mahukan Messi terlibat memandangkan bintang seperti CR7 tidak dapat beraksi untuk menjadi daya penarik pertandingan ini.

FIFA menegaskan bahawa setiap pasukan harus menghantar pasukan terbaik mereka untuk Piala Dunia Kelab 2025. FIFA ada mendengar beberapa kelab besar di Eropah mulai merancang mahu menghantar pasukan kedua atau ramai pemain muda mereka.

Hal ini kerana kejohanan ini dikatakan membuatkan jadual mereka menjadi terlalu padat.