FIFA Bakal Umum Inter Miami Main Di Piala Dunia Kelab 2025 Sebagai Pasukan Jemputan

Marca melaporkan Inter Miami yang diwakili Lionel Messi bakal beraksi dalam Piala Dunia Kelab 2025 yang julung kalinya menampilkan 32 pasukan bertanding.

FIFA akan mengumumkan secara rasmi perkara itu. Yang akan menyaksikan Lionel Messi boleh menjadi bintang utama pertandingan mewakili kelab Amerika Syarikat itu.

Inter Miami akan bersama sama dengan satu lagi kelab lain yang juga sebagai jemputan. Kelab tersebut adalah daripada negara penganjur, dan FIFA masih belum memutuskan kelab mana.

Sebelum ini 3 pasukan dari CONCACAF yang layak iaitu Rayados of Monterrey, León, Pachuca (Mexico) serta Seattle Sounders (MLS).

FIFA masih belum menyebut atas kapasiti apa Inter Miami dijemput. Namun Marca merasakan FIFA boleh menggunakan sebab mereka dijemput kerana mereka berjaya memenangi Supporters Shield baru baru ini.

Inter Miami juga dalam persaingan untuk berebut kejuaraan MLS. Di mana mereka antara 4 pasukan yang bermain playoffs. Namun FIFA sudah sedia memberikan slot khas kepada Inter Miami sebelum mereka bergelar juara MLS sekalipun.

Setakat ini ada 30 pasukan sudah disahkan penyertaan oleh FIFA.

CONCACAF: Rayados de Monterrey, León dan Pachuca (Mexico), Seattle Sounders (United States).

CONMEBOL: Palmeiras, Flamengo dan Fluminense (Brazil), Boca Juniors, River Plate (Argentina)

UEFA: Chelsea (juara Champions League 2021), Real Madrid (juara UCL 2022, 2024) dan Manchester City (juara 2023). Bayern, PSG, Inter, Dortmund, Porto, Atlético, Benfica, Juve dan Red Bull Salzburg.

ASIA: Al Hilal (Saudi), Urawa Red Diamonds (Jepun), Ulsan (Korea) Al Ain (UAE Juara ACL 2024).