GENEVA (AP) – Bola sepak kini bakal berhadapan denhan jadual permainan yang padat disebabkan oleh pandemik.
Oleh itu, FIFA ingin membenarkan setiap pasukan pasukan menggunakan lima pemain gantian dalam satu perlawanan apabila bersambung kelak.
FIFA memperincikan rancangan sementara itu pada persidangan mereka hari Isnin.
Ini untuk membantu mencegah lebih banyak kecederaan akibat “potensi masa permainan yang berlebihan” – ketika pertandingan bola sepak disambung semula bagi menamatkan baki saingan.
Cadangan itu memberikan pilihan kepada penganjur pertandingan untuk membenarkan pasukan menggunakan lima pemain gantian dan bukannya tiga orang – dalam 90 minit.
Seterusnya dibenarkan pertukaran keenam dalam pertandingan kalah mati yang memerlukan masa tambahan.
“Satu pertimbangan utama dalam hal ini adalah isu frekuensi pertandingan yang lebih tinggi daripada biasa. Ini akan meningkatkan risiko cedera akibat aksi bola sepak yang berlebihan.”
Kelab seperti Manchester City menghadapi jadual pertandingan yang sengit dalam tiga pertandingan sekiranya aksi bola sepak bersambung semula selepas semuanya selamat dalam beberapa minggu akan datang.
City berpotensi bermain 19 perlawanan lagi – 10 di Liga Perdana, enam di Liga Juara-Juara dan tiga lagi di Piala FA – yang dijadualkan dalam tempoh 10 minggu sehingga Ogos.
Juventus mungkin akan bermain dalam 20 lagi perlawanan: 12 di Serie A, (Sehingga) enam perlawanan di Liga Juara-Juara, dan dua perlawanan Coppa Italia.
Cadangan itu wajib ditandatangani oleh panel pembuat peraturan bola sepak, yang dikenali sebagai IFAB.
Kelulusan IFAB haruslah menjadi peraturan rasmi yang disokong oleh panel yang merangkumi pegawai dari FIFA dan empat persekutuan dari Britain.
FIFA mencadangkan untuk mengekalkan peraturan lima pertukaran pemain pada musim depan. Ini kerana musim hadapan dilihat akan dimulakan dalam masa lebih singkat.
Seterusnya ia juga bakal digunakan dalam aksi pertandingan antarabangsa yang berada dalam kalendar aksi sehingga 31 Disember tahun depan.
Antara kejohanan besar ni yang berada dalam kalendar tersebut adalah EURO 2020 yang telah ditangguh ke Jun 2021.
FIFA menegaskan mereka hanya memberikan kebenaran kepada mana-mana pengendali Liga dan pertandingan. Namun keputusan akhir adalah di tangan pihak penganjur sesuatu pertandingan.
FIFA turut menegaskan bahawa aspek kesihatan adalah perkara yang paling penting pada ketika ini berbanding dengan perkara lain.
FIFA has proposed allowing teams to make up to five substitutions per match to help players cope with the return to action after the coronavirus pandemic.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 27, 2020
Sultan atas beberapa Liga yang merancang untuk kembali semula beraksi. Antaranya adalah Bundesliga.
Namun begitu Liga Belanda sudah secara rasminya mengesahkan bahawa musim mereka dimansuhkan dan tiada pemenang mahupun pasukan yang tersingkir.