Lionel Messi sekali lagi menewaskan Erling Haaland kepada pemain lelaki terbaik dunia dalam FIFA Best 2023. Sebelum ini Messi menewaskan Haaland dalam perebutan Ballon d’Or.
Menurut Sky Sports, kedua dua pemain itu memerlukan undian tie-break kerana keputusan muktamad diserahkan kepada kapten pasukan kebangsaan – ini kerana undian mereka seri.
Akhirnya kemenangan berpihak kepada Messi setelah, Harry Kane (England), Andy Robertson (Scotland), Aaron Ramsey (Wales) dan Jonny Evans (Ireland Utara) – mengundi untuk Messi.
Selain itu kapten Uruguay antara yang mengundi Lionel Messi.
🚨 Official: Fede Valverde's votes for the "FIFA THE BEST" award:
1. Leo Messi
2. Kylian Mbappé
3. Erling Haaland— Madrid Xtra (@MadridXtra) January 15, 2024
Prestasi di Piala Dunia 2022 hanya dipertimbangkan untuk anugerah FIFA Best pada tahun sebelumnya. Messi mengetuai Argentina untuk menjulang kejayaan di Qatar. Jadi untuk FIFA Best kali ini, Piala Dunia 2022 adalah tidak dikira.
Pemain berusia 36 tahun itu merangkul kejuaraan Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain pada 2023 sebelum berpindah ke pasukan Major League Soccer Inter Miami, di mana dia memenangi Piala Liga 2023 – pertandingan antara MLS dan pasukan Liga MX Mexico – menjaringkan 10 gol.
Messi menewaskan Haaland untuk anugerah itu walaupun pemain Norway itu memenangi treble di Man City ketika dia menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan dalam tempoh selepas Piala Dunia dan sebelum 20 Ogos 2023.
Menjadikan dia calon utama dianggap paling layak untuk memenangi anugerah ini jika pencapaian Messi dalam Piala Dunia 2022 tidak dikira.
Malangnya itu tidak berlaku. Kerana sekali lagi Haaland tunduk kepada Leo Messi untuk satu lagi anugerah individu berprestij.
Seterusnya, penyerang PSG Kylian Mbappe menduduki tempat ketiga dalam undian dengan tiada seorang pun daripada tiga finalis yang hadir pada majlis anugerah di London itu.
Messi kini menjadi pemain pertama yang disertakan dalam senarai FIFpro XI untuk 17 musim berturut turut.
Lionel Messi has been in the FIFPro World XI for 17 consecutive years.
The only player to do it 👑 pic.twitter.com/kl4nBCtMWC
— B/R Football (@brfootball) January 15, 2024