FIFA Guna Robot Penjaga Garisan Pada Piala Dunia 2022

Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, FIFA sudah bersedia untuk membuat satu lagi sejarah unik pada Piala Dunia 2022. Di mana pengadil robot akan digunakan dalam kejohanan itu buat kali pertama dalam sejarah bola sepak.

Perkara ini sudah diwar warkan sejak beberapa tahun yang lalu. FIFA menegaskan bahawa mereka akan terus menyokong penggunaan teknologi dalam bola sepak.

Malah, FIFA mengatakan bahawa percubaan pengadil robot yang akan bertindak sebagai penjaga garisan telah berjaya dan hasilnya memuaskan.

FIFA nampaknya selesa untuk memperkenalkan ‘robo linesman’ di Piala Dunia 2022. Tugas pengadil robot adalah membantu pengadil utama menentukan keputusan ofsaid.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, dikatakan mahu memperkenalkan sistem ofsaid separa automatik. Sistem baharu itu akan diperkenalkan pada Piala Dunia 2022 yang bermula November depan di Qatar.

Percubaan sistem itu juga telah dijalankan pada Piala Dunia Kelab 2019 yang dimenangi oleh Liverpool. Selain itu, ujian juga dijalankan pada Piala Arab yang diadakan di empat daripada lapan stadium Piala Dunia di Doha.

FIFA sudah menguji sistem yang menggunakan 10 kamera. Objek akan mengesan 29 data pada setiap badan pemain. Sistem itu didakwa menghasilkan keputusan ofsaid lebih pantas berbanding sistem VAR yang digunakan pada ketika ini.

FIFA juga mendakwa bahawa mereka bersedia untuk memperkenalkan teknologi ini pada Piala Dunia 2022 dalam perlawanan pembukaan antara England dan Iran pada 21 November 2022 akan menggunakan teknologi tersebut.

Keputusan FIFA ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Ada yang bersetuju dan ada yang sebaliknya.

Ramai yang mulai menganggap bahawa tindakan ini secara tak langsung telah membawa kepada semakin terhakisnya kuasa dan peranan pengadil serta penjaga garisan MANUSIA di atas padang.

Ini kerana pada hari ini selain daripada VAR, ada juga teknologi garisan gol. Dan kini ditambah pula dengan robot.

Selain daripada penggunaan robot sebagai penjaga garisan, FIFA juga sudah mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan khidmat beberapa pengadil wanita buat pertama kalinya untuk mengadili Piala dunia pasukan lelaki.

Piala Dunia Qatar 2022 akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.